Ikan di dalam keluarga Prepanidae dan genus Drepane ini boleh ditemui dari Laut India hingga Laut Merah dan Selatan China hingga Australia.
Di negara kita ia boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai Semenanjung.
Ciri-ciri fizikal utama ikan ini memiliki badan berbentuk leper dan lebar dengan rata di bahagian bawah dan tirus di bahagian atas.
Kedua-dua spesies ini memiliki asas warna yang sama iaitu keperakan dan berjalur atau bintik hitam.
Ads
Yang biasa dipancing ialah daun baru bintik di mana tompok-tompok kecil hitam membentuk jalur yang menegak setengah dari badannya.
Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya.
Dietnya pula lebih kepada hidupan kecil yang boleh ditemui di dasar sehingga ke pertengahan air.
Ads
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil sama paras dengan sirip pelvik. Depannya seakan-akan mengunjur hala kebawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam kebawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Spesimen yang biasa ditemui sekitar 13 cm hingga 25 cm sahaja namun ia dikatakan mampu mencapai saiz 46cm.
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil hampir sama paras dengan sirip pelvik. Bahagian depannya seakan-akan mengunjur ke bawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam kebawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Ads
Ikan ini bertelur dalam bulan September di kala bermulanya monsun timur laut. Atas sebab itu ia laporkan banyak ditangkap sebelum musim ia bertelur pada bulan Julai hingga Ogos.
Waktu kemuncak selera makannya sebelum berpuasa seketika ketika musim bertelur.
Kawasan pilihan daun baru untuk bertelur ialah dasar berpasir yang mampu memberi perlindungan pada bakal generasinya akan datang terselindung dari pemangsa lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan sikang ditemui di sungai-sungai pegunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin. Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain.
Sekaligus ia menafikan dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ia sama atau tergolong dalam spesies yang sama dengan trout dan Salmonidae (salmon).
Ikan sikang dilaporkan wujud di China, India, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia.
Spesies ini turut dilaporkan di temui di utara dan selatan Semenanjung namun setakat ini ia disahkan ditemui di sungai-sungai pegunungan Pahang, Terengganu, Kelantan dan di negeri-negeri lain. Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain.
Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan. Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.
Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.
Ia jauh lebih baik daripada menjadikannya juadah kerana isinya juga tidak berapa enak. Apatah lagi membiarkan ia mati kering di atas darat. Sesungguhnya ia adalah satu kerugian yang nyata.
Walaupun sikang lebih dikenali sebagai Burmese trout atau Himalayan trout, ikan sikang sememangnya memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya.
Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.
Javelin grunter atau javelin grunt merupakan anggota dalam famili besar Haemulidae. Haemulidae pula terbahagi kepada dua sub famili, Haemulinae dan Plectorhynchinae (sweetlips).
Spesies dari genus Pomadasys dengan nama saintifik Pomadasys kaakan ini mendapat nama jolokan ‘grunts’ berikutan kemampuan mereka menghasilkan atau mengeluarkan bunyi yang kuat dengan melaga atau menggesel gigi pharyngeal mereka.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulinae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing, profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu. Tiada tulang belakang antrorse sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam muncungnya, ditindih dengan kuning. Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja. Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dasar keruh dengan berpasir pada kedalaman sehingga 75 meter.
Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah. Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Casting mengabang (eging) boleh dilakukan sama ada dari tebing atau menggunakan bot. Tidak perlu set khas atau mahal untuk menjeratnya.
Penggunaan set ‘ringan’ sudah memadai untuk melayan aksi gostan sang mengabang.
Setelah candat dilontar biarkan ia tenggelam seketika sebelum dikarau. Teknik karauan secara santai, lebih sesuai agar mengabang sempat mengejar candat.
Sambil mengarau, joran sesekali disentap ke atas agar candat tidak tersangkut batu.
Di Jepun, para pengilat sotong di sana menggunakan joran khas yang agak keras kerana mereka mengamalkan teknik yang kasar dan agresif disebabkan sotong di tempat mereka sudah lali dengan teknik lemah-lembut.
Tambahan pula dengan bilangan caster yang ramai, sotong sudah biasa dengan kehadiran candat serta lebih berhati-hati.
Drag kekili perlu diselaraskan dengan sesuai. Drag yang ketat akan menyebabkan sotong mudah terlucut. Bila terasa sotong merengut candat joran mesti ditegakkan ke atas.
Mengabang akan menyentap laju ke belakang dengan cara menyemburkan air untuk melepaskan diri.
Setiap kali semburan semakin tinggi ia naik ke atas dan akhirnya sotong tersebut timbul di permukaan.
Jika terdapat banyak sotong mengabang kita boleh melihat kawanannya mengejar candat yang dikarau. Jangan terus menaikkan sotong yang diperolehi.
Biarkan ia di dalam air, supaya rakan anda boleh melontar candat di belakang sotong yang terjerat tadi. Kebiasaannya akan ada sotong lain yang mengejar candat tersebut.
Mengabang diketahui gemar bergerak secara berpasangan atau berkumpulan. Jika seekor mengejar candat, beberapa ekor lagi turut sama mengejar untuk berebut candat yang dianggap sebagai makanannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...