Ikan belitong/belitung atau dorado merupakan satu spesies yang kuat, laju, akrobatik dan mempunyai warna yang sangat menarik. Padanan ciri-ciri ini cukup menjadikan ia spesies yang menjadi buruan dan hiburan kaki pancing. Lompatan akrobatik saat pancaran tegak cahaya matahari pada warna badannya cukup mempesonakan.

Spesies ikan belitong merupakan spesies ikan yang sering berlegar di permukaan air hampir di kebanyakan perairan di seluruh dunia. Juga sering dikenali dengan nama mahi-mahi atau dorado, ikan ini boleh ditemui di luar kawasan pantai beriklim tropika, subtropika dan sederhana.

Dalam pengelasan saintifik, belitong merupakan salah satu daripada dua spesies yang datang daripada keluarga coryphaenidae dan dikenali sebagai common dolphinfish. Satu spesies lagi ialah pompano dolphinfish iaitu bawal emas.

Info Spesies – Kenali Dorado Si Tornado

 

Terminologi

 

Dari segi bahasa, terma mahi-mahi datang daripada bahasa hawaii dan membawa maksud ‘sangat kuat’. Dalam bahasa inggeris, ikan ini sering dikenali sebagai dolphinfish. Terma ini sering disalah anggap dan kadang-kadang mendatangkan kekeliruan dengan spesies ikan lumba-lumba. Perlu diingat ikan lumba-lumba merupakan mamalia yang bernafas melalui udara sedangkan kebanyakan ikan lain merupakan ikan yang bernafas melalui air menggunakan insang.

Selain itu, jika di sekitar pasifik sehingga ke afrika selatan, kebanyakan komuniti di sana memanggil ikan ini dengan nama dorado. Terma dorado merupakan terma yang datang daripada bahasa sepanyol yang membawa maksud keemasan. Bagi kebanyakan pemancing malaysia pula, terma yang popular ialah ikan belitong. Pun begitu, nama mahi-mahi dan dorado juga antara terma yang mudah difahami untuk merujuk kepada spesies ini.

Genus ikan belitong pula ialah coryphaena. Linnaeus menamakan genus ikan ini berdasarkan perkataan greek iaitu koryphe, yang memberi maksud teratas atau puncak (top, apex).

Info Spesies – Kenali Dorado Si Tornado
perbezaan jantina… atas betina, bawah jantan.

 

Taburan spesies

IKLAN

 

Belitong boleh dijumpai di kebanyakan perairan seluruh dunia beriklim tropika dan subtropika. Taburan spesies ini merangkumi sekitar amerika utara, jurang california, costa rica dan lautan atlantik sekitar new jersey sehingga ke florida. Ikan ini juga sering berlegar di Lautan Hindi.

Selain itu, perairan asia turut menjadi antara lokasi kemunculan ikan ini. Antaranya termasuklah rantau asia tenggara di kawasan laut china selatan. Ikan belitong merupakan spesies yang bermigrasi dan tidak hairanlah spesies ini boleh ditemui dihampir kebanyakan perairan seluruh dunia.

Info Spesies – Kenali Dorado Si Tornado
Spesies penghambat gewang

 

Biologi

 

Pada asasnya, ikan belitong merupakan ikan yang sering ditemui di lautan lepas di luar pesisir pantai. Ikan ini merupakan antara spesies yang bermigrasi merentasi lautan dan sering kali bergerak dalam kawanan atau berkumpulan. Ikan ini boleh ditemui dalam kawasan laut sedalam 85 meter, namun lebih gemar berenang dalam kedalaman 37 meter.

Ikan belitong gemar memburu ikan kecil sebagai diet makanannya. Selain ikan kecil, sotong, zooplankton dan krustasia juga menjadi pilihan kepada spesies perenang pantas ini. Dalam kebanyakan situasi, belitong dilihat gemar memburu dan berenang mengejar ikan terbang (flying fish).

IKLAN

Dalam kelangsungan hidup pula, belitong membiak sepanjang tahun terutama di kawasan laut yang agak panas. Kebanyakan juvenil ikan belitong boleh ditemui di sebalik rumpai laut di mana kawasan sebegini mudah bagi ikan ini mencari makanan.

Secara relatifnya, ikan ini mempunyai jangka masa hidup yang agak pendek dalam anggaran 4-5 tahun sahaja. Pun begitu, belitong merupakan antara spesies yang paling cepat membiak. Populasi ikan ini mampu mencapai dua kali ganda dalam masa 15 bulan. Tangkapan belitong pula sering merekodkan berat sekitar 4 – 13 kilogram.

 

Morfologi

Info Spesies – Kenali Dorado Si Tornado

Dari segi morfologi luaran spesies ini, belitong mempunyai bentuk badan yang nipis. Belitong mempunyai sirip dorsal yang panjang sehingga ke kaudal pedunkelnya. Sirip kaudal ikan ini pula mempunyai bentuk yang cengkung dan agak tirus di hujungnya.

Tarikan utama belitong pastinya tertumpu pada warna pada badannya. Ia mempunyai warna badan yang sangat terang dan mempesonakan. Gabungan warna terang seperti emas, biru dan hijau terang cukup mempesonakan bagi tatapan lensa kamera.

IKLAN

Bagi ikan belitong jantan biasanya mempunyai kepala yang lebih menonjol keluar menjadikannya kelihatan mempunyai kepala yang lebih besar. Bagi belitong betina pula, kepalanya lebih membulat dan kurang tertonjol selain mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding belitong jantan.

 

Pengkelasan Saintifik

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Perciformes

Family : Coryphaenidae

Genus : Coryphaena

Spesies : C. hippurus (Linnaeus, 1758)

Nama Lain : Belitong, Mahi-mahi, Dorado, Dolphinfish

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI