Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinoptergyii

Order: Carangiformes

Family: Carangidae

Genus: Carangoides

Species: C. Plagiotaenia

Binomial name: Carangoides plagiotania (Bleeker,1857)

 

Mengenal Identiti Ikan Sagai

 

Nama Lain: Putih, Rambai, Retek, Betek

Ciri Fizikal: Berwarna cerah kehijuan di atas, setengah kehitaman di bahagian mulut kebawah, badan lebar memanjang.

Diet: Hampir keseluruhan ikan pelagik kecil , krutesia dan serpihan daging ikan lain.

IKLAN

 

Habitat: Dasar berkarang. Terumbu serta kawasan tukun. Lebih tertumpu di tanjung pulau di mana perolakan arus berlaku.

Taburan: Dari Laut Merah hingga ke kawasan terumbu Australia termasuk Asean.

Tempatan: Sekitar pulau-pulau berkarang di Selat Melaka, Laut China Selatan serta Sabah mendominasi populasinya.

 

Mengenal Identiti Ikan Sagai

 

Salah satu spesies ikan laut yang sukar untuk saya dapat semasa trip memancing. Dalam 20 trip mungkin hanya satu trip saja yang pernah ikan ini diperolehi.  Biasanya dapat ikan cermin (Carangoides dinema),  2 jenis ebek (Alectis ciliaris & Alectis indicus), retek (Carangoides armatus), jemuduk (Carangoides gymnostethus)  dan gerepoh (Caranx ignobilis.

 

Saya sendiri masih lagi keliru dengan banyak nama yang diberikan dtermasuk Sabah dan Sarawak yang nama ikan berlainan sama sekali dengan semenanjung. Di kawasan Pangkor, panggilan ikan sagai yang biasa didaratkan oleh pemancing merujuk kepada satu famili ikan Carangoides lain iaitu ikan rambai menyerupai bentuk ikan cermin tetapi mempunyai hujung sirip dorsal lebih panjang. Bagi saya ia berbeza dengan nama sagai di pantai timur.

 

IKLAN

Mengenal Identiti Ikan Sagai

 

Jumlah tangkapan mengikut sumber pendaratan ikan negara menunjukkan kawasan Pantai Timur Semenanjung  menyumbang hampir 60 % jumlah tangkapan keseluruhan termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Ikan ini banyak dikeringkan di kawasan kepulauan Sabah disebabkan kurangnya kemudahan logistik untuk pemasaran. Teknik tangkapan yang banyak memerangkap ikan ini dengan cara bubu dan pukat cerut atau tangkul di pantai timur.

 

Mengenal Identiti Ikan Sagai

 

Sagai sekali pandang menyerupai ikan cermin berwarna putih cerah kehijauan. Cermin agak gempal atau lebih lebar tetapi lebih pendek dari sagai untuk berat yang sama. Jika sagai dibandingkan pula dengan jemuduk biasa, sagai nampak lebih slim kerana jemuduk bentuknya bujur membulat kurang lebar dari sagai.  Sirip dorsal di atas badan lebih gelap manakala sirip pektorial dan pelvik di bawah badan putih kejernihan.

 

IKLAN

Mulut seakan bentuk negro di mana bibir besar di bahagian bawah. Ekornya tirus bercabang untuk membuat pecutan sambil dibantu sirip yang memanjang hingga setengah badan. Kekuatan ikan ini lebih dibantu oleh badan lebar memanjang. Saiz maksimun kurang dari 2 kaki atau sekitar 5 hingga 8 kg dengan pembesaran maksimun ialah 50cm.

 

Mengenal Identiti Ikan Sagai

 

Di sebabkan bentuk badannya meleper dan berekor tirus memanjang sagai boleh dikelaskan ‘gamefish’ kelas pertengahan. Sistem pertahanan dan pecutannya boleh mengigaukan banyak pemancing.

 

Sagai dan keluarganya yang lain boleh tinggal dalam satu kawasan. Keluarga ikan trevally @ jacks dan Pompanos rata-ratanya gemar berkumpul di kawasan tukun, karang dan tepi pulau yang berbatu. Ikan yang dalam bahasa Inggerisnya dikenali barcheek trevally boleh dijumpai merayau di kawasan unjam, beting dan permatang  pasir, lagun, kawasan alur pesisiran pantai serta kawasan pinggir karang selain habitat utama laut berstruktur karang dan tiang objek berbunga karang lembut.

 

Mengenal Identiti Ikan Sagai

 

Ikan ini lebih tertumpu di kawasan air dengan kedalaman dari 1 kaki hingga 300 kaki dan gemar kepada perairan yang jernih dan banyak berkeliaran dari dasar hingga pertengahan air. Dengan ini ia mampu bertahan dan melawan kudrat dengan pemancing di atas dan bawah permukaan air.

 

Mengenal Identiti Ikan Sagai

 

Sifatnya bergerak dalam kumpulan yang besar bersama-sama dengan spesies yang satu keluarganya. Sejenis ikan karnivor dan sering bergerak mengikut kumpulan ikan dalam rangkaian makanannya seperti anak ikan selayang, ikan tamban yang juga merupakan satu keluarga dengannya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI