Info & Panduan Mengatasi Mabuk Laut

101

 

Mabuk berkaitan dengan aktiviti memancing di laut terbahagi kepada dua jenis iaitu mabuk laut dan mabuk darat.

Mabuk laut dipecahkan kepada tiga kategori iaitu mabuk laut ringan, mabuk laut sederhana, dan mabuk laut berat.

 

Bagi mabuk laut ringan, ia tidak terlalu mengganggu aktiviti pemancing. Pemancing yang mabuk laut ringan akan merasa sedikit pening sahaja dan boleh diubati dengan hanya menyapu minyak angin atau apa-apa ubat sapuan.

Bagi mabuk laut sederhana, pemancing akan muntah tetapi masih boleh melakukan aktiviti memancing. Kes mabuk berat pula akan menyebabkan pemancing termuntah beberapa kali dan tidak mampu untuk berdiri apalagi melakukan sebarang aktiviti memancing.

 

Sementara bagi kategori mabuk darat pula, ia selalunya terjadi apabila kita sudah berada di darat. Kesannya boleh dirasai sehingga beberapa hari.

Mereka yang mabuk darat akan rasa terumbang-ambing semasa berdiri dan tidur.

Mabuk darat juga boleh membahayakan jika mereka yang terlibat memandu kenderaan.

Gangguan kecil pada medula oblongata di otak akan menyebabkan individu terasa seakan dibuai-buai. Kesan mabuk darat ini akan hilang dengan sendiri.

 

Pelbagai cara boleh gunakan untuk mengelak dari mabuk laut. Semua kaedah ini diperoleh dari perbualan dengan nelayan-nelayan tempatan dan rakan-rakan pemancing yang lain.

Walaupun anda biasa ke laut, risiko untuk mabuk laut tetap ada.

 

Tip 1

Sebaiknya kurangkan mengambil makanan yang banyak minyak sebelum turun ke laut.

 

Tip 2

Makan asam atau benda masam seperti asam masin ketika mula rasa hendak mabuk laut.

 

Tip 3

Jangan terlalu lama memandang lantai bot. Kerap mengikat perambut atau mata kail di atas bot boleh mengundang mabuk laut.

 

Tip 4

Jangan merenung atau melihat riak air laut dalam tempoh yang lama.

 

Tip 5

Cuba beri tumpuan pada objek jauh seperti pantai, bot nelayan, bukit-bukau dan pulau-pulau.

 

Tip 6

Pastikan anda tidak mencium bau minyak diesel dan asap bot. Duduk di bahagian hadapan.

 

Tip 7

Jangan duduk berdekatan enjin bot. Bunyi yang kuat boleh mengundang mabuk

 

Tip 8

Jangan bermain dengan hasil tangkatan terlalu lama. Bau hanyir boleh meloyakan

 

Tip 9

Terjun ke laut dan menyelam sekali kemudian naik semula. Jaga-jaga ikan jerung.

 

Tip 10

Makan pil mabuk selalunya 20 hingga 30 minit sebelum bot bertolak.

 

 

Perlu diingat, bukan semua panduan di atas mesti serasi dengan anda. Mencuba dahulu adalah lebih baik.

Adalah diharapkan aktiviti memancing anda tidak diganggu dengan mabuk laut.

 

(rujukan: sotonglaut.blogspot.com)

Tinggalkan Komen