Untuk sesi memancing yang santai dan menyeronokkan di perairan air tawar, anda boleh saja menggunakan umpan seperti cacing tanah, telur kerengga, pelet, cengkerik, udang dan lain-lain sesuai dengan jenis ikan yang jadi target anda.

 

Umpan Perpaduan Terbaik Masa Kini

 

Namun, ramai juga pemancing yang membuat ramuan umpan sendiri dengan menggunakan campuran dari bahan-bahan tertentu sehingga akan menghasilkan umpan power yang mampu memunggah banyak ikan.

 

Berikut salah satu cara membuat umpan untuk memancing ikan air tawar.

 

IKLAN

Umpan Perpaduan Terbaik Masa Kini

 

Siapkan jagung yang tidak terlalu tua, kemudian diparut atau boleh juga anda atau blender. Kemudian campurkan mentega. Kukuslah kedua bahan tersebut hingga matang.

 

Angkatlah kukusan tersebut, setelah itu sejukkannya. Setelah hasil kukusan menyejuk dan terlihat siap, tambahkan sedikit esen dan kemudian gaul sampai rata.

IKLAN

 

Umpan Perpaduan Terbaik Masa Kini

 

Untuk aroma esen, anda boleh saja gunakan perisa strawberi, durian, nangka atau apa saja perisa yang sering digunakan.

 

IKLAN

Untuk hasil yang lebih bagus, ramuan umpan itu seeloknya dicampur dengan sebiji telur itik ataupun belut kukus yang telah dibersihkan tulang dan juga isi perutnya.

 

Umpan Perpaduan Terbaik Masa Kini

 

Agar adunan tidak terlalu lembek, sebaiknya tambahkan ubi kayu yang telah dikukus. Seterusnya tambahkan juga mi segera kering yang telah ditumbuk halus atau diblender. Ia bertujuan untuk lebih meliatkan adunan tadi.

 

Umpan siap untuk digunakan. Tambahkan juga telur kerengga jika perlu. Cara penggunaanya hanya dengan meletakkannya pada mata kail.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI