Nama penuh: Fazry Erwan

Nama FB: Fazry Gill

Usia: 32 tahun

Status: Tekong

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong / guide?

FAZRY: Oleh kerana bapa saya minat memancing dan semasa saya kecil dia selalu membawa saya pergi memancing, dari situ la minat memancing timbul.

Sejak umur belasan tahun lagi saya selalu bawa kenalan pergi memancing menggunakan bot bapa saya.

 

IKON: Tekong – Pengemudi Lady Herliena

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

FAZRY: Pada asalnya saya adalah seorang jurulatih perahu layar dan juga pengusaha butik pengantin dan juga seorang juru andam.

Setelah memiliki bot sendiri dan terlalu banyak permintaan, jadi sy terus tukarkan hobi kepada salah satu kerjaya.

 

IKON: Tekong – Pengemudi Lady Herliena

 

IKLAN

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

FAZRY: Pada pandang saya sendiri, seseorang itu perlu ada sedikit ilmu dan pengalaman di laut. Berani mengambil pelbagai risiko, sentiasa ada sifat ingin tahu.

Sentiasa mahu belajar dan paling penting sanggup menghadapi segala cabaran.

 

IKON: Tekong – Pengemudi Lady Herliena

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

FAZRY: Setiap kerjaya mempunyai rintangan tersendiri sama aada di darat atau di air.

Rintangan yang paling besar dan sering berlaku adalah faktor cuaca, yang menyebabkan aktiviti memancing terpaksa dibatalkan atau dihentikan serta merta demi keselamatan. Keselamatan pemancing paling diutamakan.

Harapan saya dalam bidang ini, saya harap saya boleh bawak lebih ramai kaki pancing lelaki mahupun wanita merasai pengalaman memancing di kawasan saya sambil menikmati keindahan laut China Selatan dan dapat berkenalan dengan rakan baru dan berkongsi ilmu.

 

IKON: Tekong – Pengemudi Lady Herliena

IKLAN

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

FAZRY: Bagi saya trip paling manis apabila saya dapat merekodkan segala gelagat pemancing ketika sedang melawan ikan dan sewaktu ikan didaratkan.

Itu yang membuatkan setiap orang di dalam satu bot tersenyum manis.

Trip terpahit buat masa ni saya tidak dapat membuatkan pemancing tersenyum kerana kegagalan di atas kesilapan saya sendiri mendaratkan ikan yang dipancing oleh pelanggan.

 

IKON: Tekong – Pengemudi Lady Herliena

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

FAZRY: Kebiasaannya saya akan memberi sedikit teori dan menerangkan secara detail tentang keadaan lokasi memancing.

Dari segi arus, suhu air, kedalaman, tahap kemasinan air pada ketika itu. Keadaan struktur dasar dan umpan yang lebih sesuai.

 

IKLAN

Adakalanya ikan agak culas untuk memakan umpan, jadi teori itu sebenarnya agak membantu pemancing untuk mendapatkan ikan.

Oleh kerana hampir kesemua lokasi memancing di persekitaran saya, saya telah meninjau sendiri dengan menyelam ke dasar laut untuk mengenal struktur dan jenis-jenis ikan yang berada di kawasan sekitar.

Selain itu terserah pada pemancing itu sendiri untuk rajin berusaha. Setiap yang berusaha pasti akan memperoleh hasil.

 

IKON: Tekong – Pengemudi Lady Herliena

 

Pakej servis:

 

Nama bot: Lady Herliena

Saiz: 35f x 10f

Enjin: 200Hp twin

Harga sewa: RM1600

Jumlah pemancing: Max 8 orang

Waktu memancing: 12 jam

Lokasi memancing: Sekitar perairan Kuantan, Kemaman, Pekan

Jeti: Tanjung Api, Kuantan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI