UMPAN: Ceritakan sedikit latar belakang anda & penglibatan dalam industri memancing?
Malek: Berasal dari Jitra, Kedah. Mula meminati dunia memancing dari usia belasan tahun. Kini saya merupakan share partner dan menguruskn bot pertama dan kedua dan segala
urusan melibatkan bot di bawah saya. Kami baru mula menapak kira-kira setahun. Dan di Pulau Langkawi hanya 2 buah ni saja bot kayu yang ada untuk memancing.
UMPAN: Kenapa anda memilih bidang ini dan ceritakan bagaimana ia bermula?
MALEK: Saya memilih bidang ini kerana selain meminati dunia memancing saya juga ingin memperkenalkan hasil laut Pulau Langkawi.
IKLAN
Dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang temptan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dengan kehadiran pemancing-pemancing dari luar Langkawi.
UMPAN: Apa cabaran yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
MALEK: Saya berhadapan dengan kesukaran mendapatkan share partner memandangkan kos bot dan operasi bukanlah main-main.
Saya juga berhadapan dengan kesukaran memuaskan hati para pemancing memandangkan kami baru beroperasi dari tengah tahun 2018.
IKLAN
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda dan pakej yang ditawarkan?
MALEK: Kami memilki bot yang agak besar dengan kemudahan asas seperti tandas yang selesa, tempat tidur dan yang paling penting kami mengikut undang-undang yang
ditetapkan seperti permit, lesen dan juga perlindungan insuran untuk pelanggan kami. Bagi group dari luar Langkawi, kami boleh terus pick up dari Kuala Perlis.
UMPAN: Apa kriteria yang perlu ada untuk menjadi pengusaha bot memancing?
MALEK: Pertama sekali haruslah minat dalam dunia memancing. Kesabaran yang tinggi serta kesungguhan dalam industri ini.
IKLAN
Pakej
Nama bot: EMPAYAR MAHSURI
Saiz bot: 68’X20’
Enjin: CUMMINS 350 TURBO
Harga sewa: Bermula dari RM8,500-RM10,500.
Kapasiti pemancing: 10-12 maksimum
Lokasi memancing: Menyediakan 3 pakej kapal-kapal karam Langkawi, Tukun Perak, luar Tukun Perak serta international water.
Jeti: LKIM Sungai Cenang, Langkawi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pada akhir 1890-an James Heddon merasmikan umpan tiruan buatan tangan di Tasik Dowagiac, Michigan, Amerika Syarikat. Ini menjadi penanda aras era baru – era memancing ikan buatan – untuk semua pemancing.
Diasaskan pada tahun 1894, Heddon Lures adalah perusahaan tertua yang masih memproduksi produk rekreasi perikanan berkualiti. Heddon adalah pengeluar umpan tiruan atau gewang legenda termasuklah Spook, Torpedo, Lucky 13 dan banyak lagi, dan gewang ini menepati visi inovatif yang sama diilhamkan James Heddon lebih dari 100 tahun yang lalu. Bass, redfish, trout, pike… antara tangkapan bersejarah memancing dengan Heddon Lures.
Heddon adalah produk gewang yang diasaskan oleh James Heddon, (pada awalnya peternak lebah) yang diiktiraf sebagai umpan buatan pertama yang terbuat dari kayu pada akhir 1890-an.
Perusahaan Heddon didirikan pada tahun 1902 untuk menjual gewang, yang pada awalnya dibuat dengan tangan di dapur rumah keluarga Heddon di Dowagiac, Michigan. Pada 1910 mereka memiliki pengedar jualan di Kanada dan kilang baru di Dowagiac.
Pada tahun 1950 jenamaHeddon sudah terkenal dan mereka memproduksi lebih dari 12,000 gewang sehari. Dalam tahun-tahun kemakmuran mereka, perusahaan juga membuat joran, kekili dan peralatan pancing lainnya.
Berikutan meningkatnya persaingan dan ingin berhenti ketika masih menguntungkan, keluarga Heddon menjual perniagaan mereka kepada keluarga Murchinson pada tahun 1955.
Sejak itu perusahaan telah dijual beberapa kali, akhirnya berakhir sebagai sebahagian dari EBSCO Industries. Banyak perusahaan pengeluar gewang masih dibuat oleh EBSCO dengan nama asli mereka.
Banyak gewang dibuat kembali oleh pemilik kemudian, dan masih dibuat seperti Lucky 13, Zara Spook, Meadow Mouse dan River Runt, yang kesemuanya tetap popular di kalangan pemancing.
Satu abad setelah pengenalan mereka, sebagai bukti populariti mereka, banyak gewang Heddon ditiru oleh perusahaan lain dengan beberapa perubahan halus untuk menghindari konflik undang-undang.
Trivia
1898 – Gewang pertama yang dihasilkan adalah replika katak yang diukir dari batang penyapu oleh James Heddon. Dia mendapat idea itu ketika dia melemparkan batang kayu yang telah diukirnya ke sebuah tasik yang dikenali sebagai Mill Pond, dan melihat ikan bass mematuknya.
1902 – Gewang buatan pertama dibuat oleh James dan anaknya Will. Will berpindah ke Florida untuk menguji dan mengembangkan gewang baru.
1932 – Gewang plastik pertama kali diperkenalkan. Mereka mendapatkan nama “Spook” kerana penampilan warna transparent mereka. Penciptaan awal ini awal ini mudah terdedah terhadap kerosakan berikutan dari campuran plastik yang buruk.
Apakah yang dimaksudkan dengan gewang permukaan,gewang timbul, selam dan terapung atau suspended serta fungsinya?
Jawapan:
Gewang merupakan umpan tiruan yang digunakan sebagai ganti kepada umpan tradisi seperti cacing, udang, ikan dan sebagainya.
Sebagaimana yang dinyatakan, gewang ini terbahagi kepada ke beberapa aspek dan fungsi yang berlainan. Berikut disenaraikan jenis gewang dan fungsinya.
Gewang Permukaan (TOP WATER LURE)
Gewang permukaan atau ‘Top water /surface lure’ merupakan gewang yang bergerak di atas permukaan air.
Tujuan gewang ini adalah untuk menyerupai ikan atau binatang yang berenang di atas permukaan air. Penggunaan gewang daripada jenis ini adalah dengan mengerak gewang secara ‘popping’, karau beberapa kali, berhenti dan karau semula atau dengan teknik “walk the dog”, bergantung pada jenis gewang yang digunakan.
Terdapat beberapa jenis gewang yang dikatakan top water seperti popper, pencil, katak tiruan dan berbagai lagi. Di dalam istilah pergerakan gewang terutamanya bagi gewang jenis plug, terdapat beberapa istilah iaitu, gewang timbul (floating), gewang tenggelam (sinking) dan gewang terapung (suspending).
Gewang Timbul (FLOATING )
Gewang daripada jenis ini mempunyai daya timbul di mana penggunaannya adalah untuk membaling gewang dan mengarau balik gewang yang akan tenggelam pada had yang di maktubkan oleh pembuat gewang tersebut dan apa bila ia dihentikan karau, gewang tersebut akan timbul, tunggu beberapa saat dan karau semula.
Gewang timbul digunakan untuk memancing di kawasan yang mana terdapat batu atau kayu balak yang tenggelam. Karau gewang dengan perlahan dan apabila terasa sentuhan kayu atau batu, berhenti karau dan biarkan gewang timbul melepasi halangan serta karau semula.
Gewang Tenggelam (SINKING)
Gewang daripada jenis ini mempunyai daya tenggelam pada kiraan, satu saat satu kaki, ia digunakan apabila kita hendak memancing di kedalaman yang diperlukan.
Cara penggunaan adalah dengan melontarkan gewang dan kira satu, dua, tiga dan gewang akan tenggelam pada kadar kiraan kita.
Selepas kedalaman telah diperoleh maka karaulah gewang tersebut dan apabila karau dihentikan maka gewang akan tenggelam semula.
Gewang Terapung (SUSPENDING)
Gewang daripada jenis ini akan terapung apabila kita berhenti mengarau. Ia akan kekal pada kedalaman yang dihentikan.
Cara penggunaan gewang ini adalah dengan membaling gewang dan mengarau beberapa saat dan berhenti untuk beberapa ketika sebelum dikarau semula.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?
FARDY: Saya mula membeli bot fiber kira-kira 10 tahun yang lalu. Ketika itu saya bekerja sebagai kontraktor dan membeli bot untuk pergi memancing saja.
Bot itu panjang 23 kaki dan lebar 6 kaki. Kemudian saya jual bot itu dan saya beli bot untuk memukat pula… panjang 25 kaki lebar 7 kaki.
Selepas itu saya jual pula bot memukat itu dan saya buat bot lain pula sepanjang 29 kaki lebar 8 kaki untuk memukat boleh memancing pun boleh.
Apabila saya dapati memancing ni lebih sukses, saya jual bot itu dan buat lain pula sepanjang 50 kaki lebar 9 kaki setengah.
Dan bot ini saya guna hingga sekarang. Dan sekarang ini saya sudah menjadi tekong kira-kira 5 tahun.
UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?
FARDY: Kerana saya memang suka memancing. Memancing dan menjadi tekong begitu menyeronokkan. Kerana itulah saya sanggup mengorbankan kerjaya sebagai seorang kontraktor.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?
FARDY: Bagi saya untuk jadi seorang tekong kita perlulah ada keberanian serta kesabaran. Parking bot hendaklah tepat pada lubuk. Rajin dan kena teroka spot baru.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
FARDY: Rintangan yang dihadapi banyak juga. Antara ialah masalah urusan permohonan lesen dan ketara ialah banyak karang serta tukun dah rosak akibat bot-bot pukat tunda tarik sesuka hati. Bila rumah-rumah ikan ni dah takde, mana nak ada ikan.
Harapan saya semoga pihak berkuasa dapat pantau bot-bot tunda ini dengan lebih cekap dan kerap agar dapat pelihara kembali karang-karang kerana itulah rumah ikan.
UMPAN: Ceritakan sedikit pengalaman memancing (trip) yang manis atau pahit?
FARDY: Pengalaman manis bila dapat banyak ikan dengan kena cuaca baik, air pula lenang macam tasik. Pengalaman pahit satu hari satu mlm dapat sekor ikan saja.
Pakej sewaan bot:
Nama bot: Cik Adi
Saiz: 50’ X 9’6”
Enjin: Mercury 150 hp x 3
Harga sewa: Pakej 2H1M – RM1,850 dan 3H2M – RM4,000
(umpan, air mineral dan ais disediakan)
Jumlah pemancing: 8 pemancing
Waktu memancing: Keluar jam 3.00 petang dan kembali jam 3.00 pada hari terakhir trip
Lokasi memancing: Kapal karam, karang, lubang, unjam
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...