IKLAN

 

Nama penuh : Alyn Haslin Pol

Nama fb : Alyn Myy

Usia : 43 thn

Asal: Sarawak

 

UMPAN: Sejak bila anda mula memancing?

ALYN: Seingat saya pada usia 7 tahun mula mengenali dunia memancing. Ia mungkin bukan perkara biasa bagi seorang perempuan. Mungkin sebab saya agak nakal pada waktu itu.

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini sehingga sekarang?

ALYN: Memancing ni mula-mula hanya suka-suka. Tapi lepas dapat naikkan ikan terus rasa sangat teruja. Sampailah dah tua ni masih menjadikan memancing sebagai hobi.

Apatah lagi sekarang kita disajikan dengan alatan canggih untuk memancing. Terus terang cakap… tak boleh lalu kedai pancing. Macam ada saka panggil masuk dalam. Gerenti ada saja yang dibawa keluar… hahaha.

 

Selain itu dengan memancing ni dapat ramai kawan. Sering bertukar pendapat… mengajar teknik-teknik memancing… buat rasa semakin seronok.

Setakat ini saya lebih ke arah membottom dan casting… teringin pulak nak cuba jigging.

IKLAN

 

 

UMPAN: Apa rintangan dan apa pula harapan anda untuk meneruskan hobi ini?

ALYN: Bercerita tentang rintangan yang dihadapi sepanjang menjadi kaki pancing ni adalah kekangan masa. Bagi saya yang berstatuskan seorang isteri dan ibu… masa itu amat terhad.

Hanya jika ada masa terluang sahaja dan permit diluluskan oleh bigboss baru dapat turun memancing. Alhamdulillah kawan-kawan sehobi amat memahami walau berbeza jantina.

 

Harapan saya selagi kudrat masih mampu untuk turun memancing saya akan teruskan hobi ini.

Saya juga berharap suatu hari nanti saya dapat ikut trip bersama kawan-kawan di laut. Semoga family dan kawan-kawan sehobi support saya.

IKLAN

 

 

UMPAN: Apa pengalaman manis dan pahit sepanjang memancing?

ALYN: Pengalaman manis yang tak dapat dilupakan ialah apabila dapat memancing bersama kawan-kawan. Terjah port-port larangan. Masuk hutan belukar. Bila bersama kawan-kawan yang sama kepala tak terasa kepenatan.

Berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan baru sehobi adalah pengalaman manis yang amat bermakna. Dapat pemberian alat-alat pancing dari kawan-kawan terasa happy sangat.

 

Pengalaman pahit yang tak dapat dilupakan bila tergelincir lalu jatuh dalam sungai. Nasib anak sungai jer tak dalam. Tak payah cakaplah keadaan masa tu… basah habis. Calar-balar tangan dan kaki.

Satu lagi pengalaman pahit campur seram… memancing di kuala sungai Miri. Masa tu jam hampir 10 malam. Nampak mata merah berkelip tak jauh dari kami memancing.

Lepas tu terdengar suara itik. Entah dari mana pulak itik tu tiba-tiba berbunyi. Terasa meremang bulu tengkuk. Saling tengok antara satu sama lain… ambik keputusan kemas barang terus pulang.

Pernah jugak dah jauh-jauh perjalanan, sampai ke destinasi… alatan memancing tertinggal. Tak tau nak salahkan siapa.

Yang paling mengecewakan… bergelut hampir 20 minit. Dah dapat naikkan ikan… tukang ambik terlepaskan ikan tu… apa kau rasa?

 

 

UMPAN: Apa pencapaian terbaik anda dalam memancing?

ALYN: Setakat ni takda rasanya pencapaian yang nak dibanggakan macam lady angler lain. Saya jenis yang low profile. Setakat dapat ikan paling berat pun 4kg macam tu.

Antara ikan yg pernah dinaikkan Cuma ikan kerapu, MJ, ikan gerut, malong, duri, sembilang, haruan, keli, gelama… hehe.

Gambar memancing pun tak banyak yang diambil. Tambah pulak FB pertama saya dulu kena hacked. Tak boleh buka lagi.