Nama: Zulkhairi bin Zakaria

Nama sosmed: Zul Khairiey Zakaria

Nama produk: Jaring Ketam Manja (JKM)

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha jaring ketam?

ZULKHAIRI: Bermula dari tahun 2015 saya berjinak-jinak dalam pengusahaan jaring dan mula menjual kepada rakan-rakan dan ahli kelab.

Setelah hampir 4 tahun, produk JKM sudah dikenali dan tidak asing lagi buat kaki pancing ketam.

 

IKON: Entreprenuer – Pengasas jaring ketam

 

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?

ZULKHAIRI: Saya memilih bidang ini berpunca dari hobi memancing dan bagaimana ingin mempelbagaikan tangkapan selain dari ikan.

Bermula dari buat untuk kegunaan sendiri sehinggalah menjadi salah satu sumber rezeki utk saya sekeluarga.

 

Semasa kecil saya selalu ikut ayah menjaring. Disebabkan pernah lemas dan rasa takut dengan air membuatkan saya berubah minat kearah memancing.

Tambahan pula, memancing ini lebih santai dan hobinya bukan sahaja dikalangan kaum lelaki. Mula dari sini, datangnya inspirasi memancing menggunakan jaring.

IKLAN

 

IKON: Entreprenuer – Pengasas jaring ketam

 

UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

ZULKHAIRI: Tidak dinafikan setiap pengusaha menerima tekanan dan rintangan dalam setiap perusahaan. Tahun pertama dalam usaha mempromosikan produk JKM sangat perit.

Benda yang dianggap baru dan bakal mencabar teknik yang sedia ada dan sudah lama bertapak semestinya memerlukan bukti dan hasil yang nyata.

 

IKON: Entreprenuer – Pengasas jaring ketam

 

Bagi meyakinkan pengguna, saya mengajar cara yang betul terutamanya jika pengguna pertama kali menggunakan JKM.

IKLAN

Dalam usaha ini saya banyak dibantu oleh rakan-rakan kelab yang diberi nama ‘Mabuk Kelaut’. Mereka banyak menyokong dan memberi pandangan berguna dalam menentukan hasil tangkapan.

 

Pasaran meluas bukan sekadar Semenanjung, bahkan sampai ke Sabah, Sarawak, Singapore & Brunei.

Melalui rakan pancing terutama dari kenalan FB, mereka berkongsi pengalaman membuatkan produks JKM ini lebih cepat berkembang.

 

IKON: Entreprenuer – Pengasas jaring ketam

 

UMPAN: Bagaimana dengan persaingan dari pengusaha lain?

ZULKHAIRI: Tidak dinafikan persaingan yang sihat di antara pengusaha-pengusaha lain. Ia tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan pada 2016.

Pengusaha dari Pantai Timur, Lembah Klang dan selatan tanah air. Pada masa itu, jaring yang dikeluarkan hanyalah 1–3 lapis jaring bagi setiap set.

IKLAN

Bermula dari 2017, persaingan ini nampak semakin sihat dan berkembang positif dengan mempelbagaikan jenis dan lapisan jaring.

 

JKM sendiri mengeluarkan jaring pancing jenis berpelampung, jaring 4 lapis, 5 lapis, 6 lapis dan 8 lapis. Setiap jaring ada kelemahan dan kelebihan tersendiri.

Makin banyak lapisan, potensi untuk lekat dan dapat ketam agak tinggi. Namun dari segi balingan sedikit mengalami kesukaran kerana tinggi rintangan angin.

Balingan biasanya makin dekat dan bebanan pada rod menjadi makin berat.

 

Bermula tahun lepas, saya memperkenalkan JKM bertangsi hijau lumut. Tangsi jenis ringan berdiameter sederhana tebal dan kurang memori membuatkn jaring tampak lebih kembang dan senang diuruskan. Ini salah satu usaha saya dalam penambahbaikkan produk JKM.

 

IKON: Entreprenuer – Pengasas jaring ketam

 

UMPAN: Apa pencapaian yang membanggakan telah diperoleh?

ZULKHAIRI: Setakat ini, memancing ketam pencapaian yg membanggakan dari segi kutipan paling banyak 40 ekor untuk 1 malam.

Selain dari bilangan tangkapan, dari segi saiz ketam juga merupakan kebanggaan. Ketam saiz kasar yang pernah dapat ketam nipah muara Sg. Pelek Selangor, ketam biru  Pulau Besar Melaka dan Kuala lukut Negeri Sembilan.

 

IKON: Entreprenuer – Pengasas jaring ketam

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI