Boating atau memancing dari atas sampan kecil amat diminati hari ini. Memiliki bot fiber atau aluminium merupakan satu kelebihan bagi pemancing kerana tidak semua lokasi boleh diterokai dengan cara memancing ‘landbase’ sahaja. Harga bot aluminium dan fiber yang masih munasabah di pasaran menjadikan ia semakin laris dan mampu dibeli oleh sesetengah kaki pancing.
Kebiasaannya pengilang yang mengeluarkan bot telah menetapkan spesifikasi ukuran bot yang boleh dibawa dengan meletakkannya di atas bumbung kereta. Kelebaran bot sekitar 4 kaki dan panjang 12 kaki ke bawah boleh dibawa di atas bumbung kenderaan.
Namun aspek keselamatan adalah perkara yang tidak boleh diabaikan kerana ianya melibatkan nyawa. Beberapa peraturan perlu dipatuhi. Bagi kenderaan yang ingin membawa bot, ia mestilah mempunyai permit kelulusan dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Beberapa dokumen di perlukan iaitu borang permohonan dari JPJ, salinan geran kenderaan dan lakaran saiz bot yang ingin dibawa. Ia adalah percuma namun dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah lengkap sebelum diserahkan kepada Bahagian Teknikal JPJ untuk dinilai. Borang permohonan kelulusan untuk membawa bot boleh di dapati di laman sesawang JPJ.
Peralatan keperluan
Roof carrier atau palang sangkut di atas bumbung merupakan elemen penting kerana ia akan menjadi penahan bot agar tidak mencalarkan cat kenderaan. Terdapat 2 jenis body kereta yang mempunyai gutter dan tidak mempunyai gutter.
Anda boleh ke kedai aksesori atau kedai menjual alat tersebut untuk memasangnya. Tapi perlu diingat, palang hendaklah melebihi kelebaran bot tersebut supaya ia mampu teguh berada di landasannya.
Terdapat pelbagai jenama di pasaran daripada yang biasa hingga yang berjenama. Roof carrier yang biasa digunakan adalah daripada jenama THULE. Walaupun harganya agak mahal namun pembuatannya amat diyakini untuk membawa beban yang dianggarkan sekitar 40 kilogram di atas bumbung kereta.
Cargo Lash atau tali pengikat dengan kekunci wrench juga antara peralatan yang sangat penting untuk mengikat bot.
Bagi sebuah bot ia memerlukan 4 tali pengikat yang kukuh bagi memastikan ia tidak berganjak atau meluncur keluar dari palang penyangkut ketika bot dibawa atau kenderaan berhenti secara mengejut.
Caranya, 2 tali perlu di ikat di bahagian palang bumbung kenderaan bagi memastikan ianya tidak berganjak ke kiri atau ke kanan ketika dibawa. Di bahagian hadapan dan belakang pula, tali perlu diikat kemas dan gunakan bahagian penarik kereta kecemasan sebagai lubang pengikat.
Ini amat perlu di beri perhatian kerana ketika kereta berada di atas jalan ia bukan sahaja membawa sebuah bot malah menempuh angin yang boleh mengancam keselamatan orang lain.
Tali perlu diikat kemas dan dikunci menggunakan wrench secara ketat. Pilih tali yang berkualiti dan ia boleh di didapati di kebanyakan kedai-kedai hardware.
Membuat sesuatu dengan hasil usaha sendiri kadang kadang memberikan kepuasan yang maksima apatah lagi ianya berhubung kait dengan hobi memancing.
Beberapa aspek yang perlu dititik beratkan dalam reka bentuk adalah ianya perlu kalis air (air tidak masuk dalam ruang tampungan), ketahanan, kiraan berat muatan dan lokasi
padang pancing yang ingin di teroka contohnya sungai dan tasik tidak memerlukan tulang asas yang banyak berbanding membuat bot bagi kegunaan laut yang perlu meredah ombak. Semua ini perlu di ambil kira agar ianya dijamin selamat untuk dinaiki.
Ketumpatan air tawar dan air masin juga berbeza dan kiraan berat muatan haruslah tepat.
Langkah Pertama:
Lukiskan rekabentuk bot yang hendak dibuat. Sebaik boleh ambil contoh ukuran dalm internet ataupun size bot yang telah tersedia sebagai ukuran untuk dirujuk.
Sediakan peralatan seperti berus cat roller, penutup hidung dan alat keselamatan lain dan yang paling penting adalah peralatan seperti di bawah:
PERALATAN YANG DIPERLUKAN :
Fiberglass Mat untuk body 15meter persegi
Fiberglass cloth untuk bahagian tertentu
Resin 10kg
Harderner
Plywood 6mm 3 keping
Plywood 12mm 1 keping
Plywood 15mm 1 keping
Cable tie
Gergaji elektrik
Grander elektrik
Kos untuk membuat bot lebih kurang RM550.00. Mungkin di lihat agak tinggi namun kepuasan mencipta sendiri keperluan salah satu hobi kita ianya agak berbaloi.
Step 1
Potong plywood mengikut saiz lakaran.
15mm sebagai lantai.
12mm sebagai dinding belakang.
6mm sebagai dinding kiri dan kanan.
Step 2
Plywood yang telah dipotong mengikut saiz lakaran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...