Ikatan Mahin Shockleader atau Mahin Shockleader knot merupakan ikatan asas bagi menyambung dua jenis tali yang berlainan material, saiz juga diameter. Ia bagi menyambungkan tali sulam dengan mono filamen atau fluorocarbon.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan biasa atau overhand knot pada perambut.
Tutorial 2
Masukkan tali utama ke dalam simpulan yang dihasilkan.
Ads
Tutorial 3
Buatkan 7-10 lilitan pada perambut.
Tutorial 4
Pusingkan arah lilitan dengan jumlah lilitan yang sama.
Ads
Tutorial 5
Masukkan hujung tali utama antara simpulan pada perambut tadi.
Tutorial 6
Ketatkan ikatan perambut dengan sekuat mungkin.
Ads
Tutorial 7
Tarik tali utama serta hujungnya dengan kuat sehingga terbentuk ikatan kemas pada perambut.
Tutorial 8
Potong lebihan tali utama dan perambut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Syarat utama kalau nak buat ikatan ini kena la ada ibu jari tangan. Sebab itulah namanya thumb knot atau ibu jari. Teknik ikatan ini sesuai untuk mengikat swivel atau mata kail bercincin dengan menggunakan perambut nylon yang berdiameter tebal.
Tutorial 1
Masukkan hujung perambut menerusi cincin swivel atau mata kail kira-kira sejengkal atau lebih bergantung kepada keselesaan korang. Lingkarkan tali perambut (bahagian hujung) ke bawah perambut utama dan kepit bahagian pertemuan perambut tersebut dengan ibu jari dan jari telunjuk.
Tutorial 2
Lilitkan bahagian hujung perambut pada ibu jari dan biarkan lilitan itu menghala ke pangkal kuku.
Tutorial 3
Buatkan lilitan kedua dengan keadaan lilitan tersebut berada di hadapan lilitan pertama ke arah pangkal kuku.
Tutorial 4
Buatkan lilitan yang sama sekurang-kurangnya tiga lilitan. Jika perambut diameter lebih halus, seeloknya buat 5 lilitan.
Tutorial 5
Masukkan hujung perambut ke menerusi ketiga-tiga gelungan (yang terbentuk hasil lilitan) yang dihasilkan tadi.
Tutorial 6
Tarik perlahan-lahan simpulan yang dihasilkan merapati cincin swivel.
Tutorial 7
Ketatkan simpulan yang telah dihasil dengan sempurna.
Tutorial 8
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan telah pun siap dihasilkan.
INGIN MENAMBAH AKSI JIG MIKRO YANG SEDIA ADA DI PASARAN DAN MAHUKAN SATU KELAINAN. APA KATA CUBA PASANGKAN LIDAH (LIP) PADA JIG MIKRO ANDA. SEKURANG-KURANGNYA ANDA TIDAKLAH MENGHARAPKAN 100% PADA JIG MIKRO BERKENAAN, SEBALIKNYA DENGAN ADANYA LIDAH INI, ANDA MEMILIKI TAMBAHAN VARIASI KETIKA ANDA BERJIGGING.
SELAIN itu juga, jig mikro berlidah ini berperanan seperti gewang biasa tetapi pada masa yang sama ia mempunyai kelebihan boleh dilontar jauh ke spot yang dikehendaki. Kini aksi unjunan jig anda kini tidak lagi statik, tetapi anda ada teknik baru yang anda boleh mainkan. Selamat mencuba!
PERALATAN YANG DIPERLUKAN:
LANGKAH 1
Tanggalkan mata kail dan split ring dari jig mikro.
Lekatkan pita pelekat kertas pada tepi badan jig mikro (berkedudukan 45 darjah ). Pita pelekat sebagai garis paduan ketika gergaji badan jig mikro nanti.
LANGKAH 2
Tampalkan juga pita pelekat pada bahagian bawah dan tepi mikro jig.
Gergaji pada kedudukan 45 darjah dan gunakan pita pelekat sebagai panduan.
LANGKAH 3
Gergaji sehingga setengah dari badan jig mikro.
Gunakan pengikir besi untuk membesar kawasan yang digergaji.
LANGKAH 4
Bahagian gergaji yang sudah dibesarkan mengikut ketebalan plastik keras yang akan digunakan.
Letakkan pita pelekat sebagai penanda bahagian yang hendak digunakan dan panduan memotong.
LANGKAH 5
Gergaji plastik keras yang telah ditandakan dengan pita pelekat tadi.
Letakkan plastik keras tadi di bahagian tengah jig mikro. Letakkan pita pelekat sebagai penanda untuk memotong plastik keras.
LANGKAH 6
Lekat pita pelekat pada kedudukan senget.
Potong bahagian pita pelekat tadi (gunakan pisau, pembaris dan berhati-hati).
LANGKAH 7
Bentuk lidah yang telah siap dipotong dari plastik keras.
Lidah jig mikro yang sudah siap.
LANGKAH 8
Gunakan super glue untuk lekatkan lidah jig mikro atau anda boleh menggunakan apa saja pelekat yang kuat untuk mencantumnya.
Ia satu jenis ikatan terus menghubungkan tali pancing dengan gelung atau cincin gewang, mata kail atau swivel. Ciri utama ikatan ini, ia hanya untuk tali sulam atau braided sahaja.
Sekiranya menggunakan tali tangsi (mono atau fluorocarbon), bentuk gelung tidak akan terhasil kerana sifat tali tangsi yang licin tidak akan menjerut dan membentuk gelung.
Kelebihan ikatan ini membolehkan gewang bergerak dengan lebih bebas dan meningkatkan lagi aksi persembahan gewang.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali melalui cincin gewang dan lepasi kira-kira sejengkal bagi memudahkan simpulan yang akan dihasilkan.
Tutorial 2
Lingkarkan bahagian hujung tali yang melepasi cincin menindan bahagian tali utama hingga terbentuk huruf O.
Tutorial 3
Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tadi dengan melilit kedua-dua tali utama dan bahagian tali yang melepasi cincin seperti di dalam gambar.
Tutorial 4
Lakukan lilitan sekurang-kurang 3 kali. Untuk hasil simpulan yang lebih kuat sebaiknya buat 5 lilitan.
Tutorial 5
Perlahan-lahan tarik bahagian hujung tali dan pastikan simpulan tidak bertindih antara satu sama lain.
Tutorial 6
Sebelum simpulan ditarik ketat, rapatkan dahulu simpulan ke cincin dan buat anggaran sebesar mana gelung yang anda ingin hasilkan.
Tutorial 7
Pegang bahagian gelung di hadapan cincin dan jerut ikatan dengan kuat. Kemudian potong lebihan tali yang tidak diperlukan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...