Dropper loop adalah satu teknik ikatan perambut yang banyak kegunaannya. Selain dijadikan simpulan, ia juga boleh digunakan untuk mengikat mata kail secara langsung dan teknik ini dinamakan drop shot. Ikatan ini lazimnya digunakan bagi pancingan menggunakan gewang tiruan soft plastic. Soft plastic akan dilekatkan pada mata kail dan dimainkan bagi memancing ikan bass. Di negara kita, ia sesuai untuk memancing ikan raja atau peacock bass.
Step 1
Masukkan tali perambut ke dalam cincin mata kail. Pastikan kedudukan mata kail itu berada di tengah perambut. Kemudian silangkan hujung perambut dan mata kail kelihatan berada di dalam satu lingkaran.
Step 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran satu persatu. Setelah masukkan hujung perambut di tangan kiri, masukkan pula hujung perambut di tangan kanan.
Ads
Step 3
Untuk memudahkan pintalan, anda boleh melakukan dengan pusingan jari atau masukkan pen di ruang tengah pintalan.
Step 4
Buat pintalan sekurang-kurangnya sepuluh lilitan sehingga ruang tengah pintalan menjadi kecil. Pastikan ruang ini tidak terlepas pegang kerana pintalan akan terlerai atau sukar untuk mencari titik tengah pintalan.
Ads
Step 5
Pegang kedua-dua bahagian hujung pintalan dan masukkan mata kail sepenuhnya ke ruangan tengah pintalan.
Step 6
Tarik kedua-dua bahagian hujung simpulan dan pastikan mata kail tidak terkeluar dari ruang tengah tersebut.
Ads
Step 7
Sebaiknya basahkan dulu pintalan ini sebelum menariknya sehingga ketat. Dalam masa sama pastikan simpulan terbentuk dengan kemas tanpa bertindih. Kemudian barulah mengetatkannya sekuat mungkin.
Step 8
Ikatan drop shot yang siap untuk dipasangkan soft plastic.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika dibuat perbandingan antara buah sawit segar dengan buah sawit yang telah diperam, kelah lebih memilih untuk mengambil buah sawit peram. Oleh yang demikian, sebaiknya gunalah umpan sawit peram. Tapi bagaimana nak menghasilkan sawit peram? Ini dia petua dan teknik yang kami kumpulkan sebagai perkongsian untuk anda.
Kaedah Memeram Sawit
Dapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Atau cari saja buah-buah lerai berdekatan dengan kawasan pokok.
Bungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar. Pastikan semua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai.
Seterusnya masukkan sawit yang dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan. Atau pek plastik pampers bayi pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tak boleh masuk.
Selepas 7 hari atau seminggu, buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengewapan. Jadi, gantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru. Kemudian ulangi semula proses sama dan peram lagi selama seminggu.
Selepas minggu kedua, biasanya sawit sudah lembut dan sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut, boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi.
Kena kerja pada saat-saat akhir merupakan alasan yang paling banyak digunapakai. Terutamanya jika dalam trip tersebut tiada rakan setempat kerja yang turut serta. Kalau ada rakan sekerja yang turut serta sudah tentu alasan tersebut tak boleh digunapakai.
Jiran Kahwin
Tak kiralah sama ada ahli keluarga, rakan atau jiran tetangga yang mengadakan kenduri kahwin ia merupakan antara alasan yang kerap digunakan. Lazimnya ia akan disusuli dengan ayat penyata… `kalau aku tak pergi kenduri tu apa pulak orang kata’. Biasanyalah.
Kes Kematian
Ia merupakan alasan yang agak ekstrem tetapi tetap digunapakai terutamanya kepada pemancing yang sudah kehabisan alasan untuk diberikan. Malah ada sesetengahnya yang ingin menguatkan hujah sanggup menyatakan neneknya yang sudah meninggal, meninggal lagi buat kesekian kalinya.
Silap Tulis Tarikh
Alasan tersilap tarikh trip hampir menyamai alasan lupa juga. Lazimnya ia digunapakai oleh pemancing yang berkeyakinan tinggi dalam temberang. Kalau tak cukup ilmu lakonan dan sandiwara sememangnya sukar untuk meyakinkan pemancing lain bahawa dia betul-betul tersilap tarikh.
Famili Sakit
Alasan jatuh sakit pada hari kejadian (trip) ini biasanya tidak dinyatakan sebaliknya ahli trip yang lain akan tahu sendiri apabila menghubunginya. Biasa juga dia mereka ni akan batuk dulu sebelum jawab salam. Suara pun macam keluar tak keluar. Secara otomatik jugak orang yang menghubungi akan faham dan takkan bertanya panjang lebar lagi.`Sorry bro… anak aku sakit!!’ Mungkin juga dengan alasan nak hantar mak, isteri, adik, kakak atau sesiapa saja ahli keluarga yang ada ke hospital. Ia merupakan alasan common yang biasa dipergunakan.
Kereta Rosak
Kenderaan rosak pada hari kejadianjuga merupakan alasan yang popular. Namun untuk menggunakan alasan ini lazimnya mereka akan menyatakan hal tersebut pada waktu yang tepat. Tidak boleh beritahu kawan-kawan trip terlalu awal dan tidak juga terlalu lewat.
Masalah untuk menanggalkan bahagian sambung joran terutamanya joran 2 pieces sambungan tengah joran merupakan perkara yang biasa dan sering berlaku. Jika joran sambungan pada pangkal mungkin ia agak mudah untuk ditanggalkan.
Anda boleh gunakan apa saja cara untuk mencabutnya tetapi pastikan tidak memegang bahagian cincin (guide) bagi mengelakkan kerosakan pada bahagian cincin pula.
Untuk mengatasi perkara ini anda perlulah menggunakan sesuatu sebagai alas pada bahagian joran yang dapat mencengkam bahagian joran dengan baik. Sebagai contoh, anda boleh gunakan kepingan getah seperti tiub basikal atau motosikal.
Potong tiub kira-kira seinci lebar dan sepanjang enam inci. Kemudian lilit tiub itu pada bahagian atas joran. Lilit secukupnya sehingga dapat menggenggam penuh telapak tangan padanya. Pegang dan putar joran sejajar dengan arah tiub yang membalut joran tersebut.
Pada masa yang sama, kuatkan pegangan sebelah tangan lagi pada bahagian. Lakukan sehingga joran dapat dipisahkan. Sekiranya anda mampu melakukan dengan sempurna, sekuat mana sambungan joran itu ia akan berjaya dipisahkan juga.
Selain tiub basikal atau motosikal ini, anda juga boleh menggunakan alas kepingan getah yang biasa digunakan untuk pelapik dashboard kereta. Pastikan anda menyimpan satu pelapik dashboard kereta ini di dalam kotak memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...