Ikan depu merupakan spesies beracun daripada keluarga Synancelidae. Ikan depu adalah penyerang hendap yang cekap di dasar laut kerana kebolehannya menyamar seakan-akan warna terumbu karang dan menggali lubang untuk bersembunyi di sebalik pasir dan lumpur bagi menyukarkan mangsa mengesan kehadirannya.
Ukuran ikan depu dewasa kira-kira 30cm panjang dan hidup di kawasan perairan laut dalam dan gelap. Walau bagaimanapun terdapat spesies ikan depu yang boleh beradaptasi dan hidup di air tawar untuk mencari makanan.
Habitat: Terumbu karang, kawasan berpasir dan dasar sungai yang berlumpur.
Diet: Ikan-ikan kecil, haiwan krustasia dan moluska.
Ads
Ular Laut (Sea Snake)
Ular laut merupakan keluarga Hydrophiidae yang dikategorikan antara haiwan marin yang berbisa dan berbahaya. Sifat ular laut hampir sama seperti ular yang mendiami kawasan darat, namun berbeza dari segi bentuk ekornya. Ular laut mempunyai bentuk ekor yang pipih seperti bentuk dayung yang berfungsi untuk membantu ular berenang di laut.
Ads
Ukuran badan ular laut ialah antara 1.3 hingga 3 meter panjang mengikut spesies. Kebiasannya, ulat laut akan bertukar kulit dalam tempoh masa 2 hingga 6 minggu sebelum menjadi ular dewasa. Ular laut bersifat aktif pada waktu malam, manakala pasif pada waktu siang dan akan bersifat agresif apabila merasa terancam dan ketika memburu mangsanya.
Habitat: Muara sungai, kawasan terumbu karang, celah-celah batu dan akar pokok tumbuhan laut.
Diet: Ikan, belut laut, dan haiwan krustasia seperti ketam dan udang.
Ads
Tapak Sulaiman Mahkota Berduri (Crown-of-thorns Starfish)
Tapak Sulaiman Mahkota Berduri tergolong dalam keluarga Acanthasteridae. Saiz Tapak Sulaiman Mahkota Berduri dewasa adalah berukuran lebih daripada 35cm panjang. Sifatnya berbeza berbanding dengan tapak sulaiman yang lain hanya mempunyai 5 kaki.
Duri yang panjang membuatkan spesies tapak sulaiman ini dilihat seperti sebuah mahkota. Ia adalah haiwan bersifat `poikilothermic’ iaitu suhu badannya bergantung pada suhu persekitarannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Pengkelasan taksonomi bagi menjelaskan Rasbora adalah genera ikan dalam keluarga besar Cyprinidae. Atau lebih mudah untuk difahami, Rasbora ialah kumpulan ikan yang bernaung di bawah nama seluang. Mereka berasal dari habitat air tawar di Selatan dan Asia Tenggara, serta tenggara China.
Beberapa spesies lebih mudah ditemui di dalam akuarium. Sebagaimana nama genus, ia turut dikekalkan nama genus sebagai nama umumnya, rasbora. Rasbora digunakan untuk banyak spesies dalam genus Rasbora, serta beberapa spesies di genus atau genera Brevibora, Boraras, Megarasbora, Metzia, Microdevario, Microrasbora, Rasboroides, Rasbosoma, Sawbwa, Trigonopoma dan Trigonostigma. Sebahagian daripada genera yang berkaitan ini termasuk dalam genus Rasbora pada masa lalu.
Rasbora adalah spesies ikan-ikan kecil yang hanya mampu membesar panjang sehingga 17 cm dan kebanyakan spesimen yang ditemui tidak melebihi 10 cm. Kebanyakan spesies yang ditemui mempunyai jalur vertikal yang gelap.
Menurut laman web FishBase, kini terdapat 84 spesies yang diiktiraf dalam genus ini. Ini berbeza sedikit berbanding laporan dibuat oleh Catalog Of Fishes, di mana beberapa spesies ini dianggap sinonim juvenil dan beberapa yang lain (tidak disenaraikan di bawah) diiktiraf sebagai spesies yang sah.
Selain ikan kayu (aya kurik / tongkol putih), aya hitam, aya selasih, aya mata besar, aya sirip kuning, aya sirip biru dan aya tenggiri adalah rangkaian ikan yang lebih dikenali panggilan tuna di kalangan masyarakat luar.
Badan aya kurik berbentuk peluru ‘turpedo’ yang padu dan mantap. Mulutnya mampu membuka luas mudah menelan seekor kembong, dan dibarisi gigi-gigi tajam berlapis atas dan bawah.
Ia mempunyai jalur hitam putih yang tidak sekata di atas badan selepas garis lintang dan bermula dari hujung sirip pektoral.
Bentuk dan corak jalur hitam putih inilah yang membezakan aya kurik, aya selasih dan aya hitam. Warna putih mendominasi bahagian bawah badan aya kurik ini dan berbadan gempal dan sedikit gemuk berbanding aya selasih.
Sirip dorsal pertama dan kedua terpisah antara satu sama lain. Sirip-sirip kecil (finlets) hadir selepas sirip dolsal kedua membawa ke pangkal ekor (atas dan bawah).
Pangkal ekor pula terdapat sisik yang keras di tengah pangkal ekor (median keel) yang mampu melukakan tangan jika dikendalikan secara tidak betul.
Ikan aya adalah jenis spesies yang mempunyai darah yang banyak, hanyir sedikit kesan dari bau darah yang berlebihan, cepat mati apabila berada di luar air dan kurang menggelepar seperti mana ikan karang.
Biasanya tongkol ini meronda di lautan yang mempunyai suhu air di antara 18 °C hingga 29°C. Gemar meronda dalam kumpulan yang besar dengan saiz purata 2 hingga 4 kilogram setiap ekor. Rekod terbesar untuk aya kurik ialah 6kg atau 68cm panjang.
Biasanya mengekori kumpulan ikan bilis yang menjadi sumber diet utama. Membiak dari bulan Ogos hingga Oktober di sebelah pantai Timur membawa ke arah perairan Sabah.
Profil Ringkas
Nama Lain: Tongkol, Kayu, Bakulan
Ciri Fizikal: Bentuk badan seperti selinder (peluru), mulut besar dilengkapi gigi-gigi halus. Ekor tirus bercabang dan spesies ini mempunyai lima sirip dorsal dan anal kecil dekat bahagian ekor.
Diet: Gemar makan ikan bilis dan anak-anak ikan pelagik lain.
Habitat: Permukaan air dan persisiran pantai melebihi 20km.
Taburan: Bergerak dari Laut Jepun Ke Australia, Terusan Suez dan seluruh Asia Tenggara.
Tempatan: Pantai Timur, Sabah dan Sarawak, Pantai Barat taburannya lebih ketara dari Pulau Jarak ke arah Tukun Perak.
Goonch catfish, yang juga dikenali sebagai giant catfish, adalah spesies catfish (ikan bermisai) berukuran monster yang ditemukan di beberapa daerah pegunungan di India, Nepal, dan lokasi berdekatan lainnya, termasuklah Malaysia.
Walaupun dari spesies yang sama, ikan yang dinamakan kenerak, baung kenerak atau baung askar ini tidak sempat membesar tahap monster di negara kita.
Di peringkat gobal, ia juga juga dikenali dengan banyak nama seperti giant devil catfish, giant painted catfish, killer catfish, dan juga sand shark. Ikan berskala besar dan bergigi ini mendapat jolokan ‘monster sungai’ karena ukurannya yang besar dan kecenderungan bersifat agresif. Namun, populasi tepat ikan ini di alam liar tidak diketahui.
Profil Kenerak
Saiz: Spesimen dewasa dapat mencapai panjang 2meter.
Berat: Ia mampu membesar lebih dari 200lb.
Kepala: Mulut besar dan lebar dilapisi dengan beberapa baris gigi yang sangat tajam.
Usia: Jangka hayat spesies ini di habitat liar belum lagi diketahui.
Diet: Makanan alami kenerak atau goonch termasuklah ikan-ikan kecil, krustasea, amfibia, dan pelbagai spesies invertebrata.
Klasifikasi Spesies
Belum ada subspesies dari ikan ini yang dideskripsikan oleh ahli biologi.
Karakteristik Perilaku
Sangat sedikit yang diketahui tentang peri laku ikan monster ini di alam liar. Mereka tidak hanya pemakan rakus, tetapi juga perenang yang sangat gagah dan lincah meskipun ukurannya besar.
Taburan dan Habitat
Taburan alami mereka adalah India dan Nepal, dan mungkin juga di beberapa bahagian lain di Asia Selatan dan Tenggara. Mereka mendiami sungai pegunungan yang besar, termasuk yang memiliki arus deras. Ia paling mudah ditemui di Great Kali River.
Ramai pemancing yang telah cuba memancingnya melaporkan bahawa goonch ahli dalam ‘mengunci’ diri mereka dalam posisi mereka sedemikian rupa sehingga sebenarnya amat sukar untuk menghelanya dari dasar sungai, sebaik saja tercangkok mata kail.
Ada sumber mendakwa bahawa ikan ini telah terlihat bertempur dengan buaya air tawar besar, bahkan menyerang dan memakan manusia. Dalam pada masa yang, mereka juga disimpan di akuarium besar sebagai haiwan peliharaan di seluruh dunia termasuklah di zoo akuatik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...