Haruan Masak Tempoyak

Share

Resepi masak tempoyak lazimnya dikaitkan dengan ikan patin atau baung sahaja, sebenarnya banyak ikan lain yang cukup enak dibuat masak tempoyak. Salah satunya adalah ikan yang mudah diperoleh iaitu haruan.

BAHAN-BAHAN

  • 5 – 8 keping potongan ikan haruan.
  • 8 belimbing buluh, dibelah dua.
  • ½ biji kelapa, diparut.
  • 3 batang serai, dititik.
  • 1 camca besar tempoyak.
  • 5 tangkai cili padi (boleh ditambah jika suka).
  • 2 inci kunyit hidup.
  • 1 camca teh garam kasar.
  • 2 sudu besar tempoyak (boleh ditambah jika perlu).

 

Langkah penyediaan

  1. Cuci bersih ikan haruan dengan asam jawa.
  2. Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan garam kasar hingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul dengan bahan-bahan ini hingga rata.
  3. Dapatkan satu cawan santan dan tambahkan air ke dalam periuk.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
  5. Masukkan dua batang serai yang telah dititik. Masak hingga mendidih, gunakan api sederhana, masukkan potongan ikan haruan dan belimbing buluh.
  6. Kacau perlahan hingga mendidih dan gunakan api sederhana saja.
  7. Hidangan sedia untuk dihidangkan.
  8. Lebih enak, masakan ini disertakan sekali dengan ulam dan sambal belacan.

 

IKLAN