Ikan lomah di sesetengah tempat digelar tongsan loma atau loma. Lomah adalah sejenis ikan air tawar yang hidup antara perimeter pertengahan dan permukaan air. Jika diperhatikan sekali pandang, ikan dengan nama saintifik Thynnichthys thynnoides ini tidak kelihatan seperti air tawar, tetapi lebih kepada ikan air masin dengan mulutnya yang kecil, sisik sangat halus keperakan dan ekor berbentuk V.
Ads
Ikan lomah merupakan ikan yang hidup secara berkumpulan dalam kumpulan yang besar. Jika bernasib baik, kadangkala ia boleh dilihat seperti hujan lebat di permukaan air ketika kumpulannya lalu di sungai, lombong mahupun tasik.
Diet utama ikan yang hampir juga menyamai ikan tongsan sisik halus pada bahagian kepala ialah alga, tumbuhan air dan plankton. Ikan ini boleh ditemui di Sungai Perak dan tasik-tasik serta lombong-lombong yang bersambung dengan sistem sungainya.
Ads
Sebagaimana yang telah dinyatakan, ikan ini tidak memakan umpan pancingan. Ia hanya boleh ditangkap dengan kaedah lain selain memancing seperti jaring, jala ataupun ditangguk.
Ikan ini bolehlah dianggap bernilai rendah. Harganya murah kerana isinya tawar, kurang enak serta bertulang banyak dan halus. Namun harganya boleh menjadi berlipat kali ganda apabila ia bertukar menjadi pekasam.
Dalam arena pancingan rekreasi, ikan loma bukanlah satu spesies ikan yang popular malah berkemungkinan besar ramai pemancing yang tidak mengenalinya. Namun, ikan yang tidak boleh ditangkap dengan kaedah memancing ini cukup popular setelah ia bergelar ikan pekasam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tidak banyak spesies ikan di mana nama saintifiknya diguna pakai secara meluas di dunia. Ia sudah cukup menggambarkan kehebatan ikan arapaima ini.
Arapaima merupakan sejenis ikan air tawar berskala besar dari Sungai Amazon. Ikan ini juga dikenal dengan nama ‘Pirarucu’ di Brazil dan ‘Paiche’ di Peru merupakan salah satu spesies ikan air tawar terbesar di dunia yang masih hidup.
Ikan monster ini merupakan haiwan warisan dari zaman purba yang tidak mengalami evolusi dan belum punah.
Menurut sumber, terdapat 3 spesies ikan ini yang dikenali sebagai Arapaima agaszazii, Arapaima arapaima dan Arapaima mapae.
Kesemuanya adalah natif disekitar Amerika Selatan di dalam sungai air tawar. Ikan ini diburu menggunakan harpoon atau jaring untuk diambil dagingnya yang dikatakan amat lazat.
Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 – 75 kg. Ikan ini akan timbul di permukaan air untuk mengambil udara di mana ketika itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon.
Spesies ini didapati semakin pupus di dalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan.
Ikan arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2-25 meter dengan seberat mencecah 100kg seekor. Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga melebihi 200 kg.
Pada masa ini ikan arapaima yang besar jarang ditemui kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau di jaring untuk dieksport sebagai ikan eksotik pameran.
Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5-10 minit.
Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustasea malahan haiwan kecil lain yang terdapat di sepanjang sungai seperti burung. Ia merupakan predator paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan.
Sekilas pandang apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan kelisa.
Arapaima sememangnya satu famili dengan ikan kelisa iaitu dalam order Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan kelisa berbentuk tubuhnya pipih.
Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang diminati ramai.
Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. Taburan ikan ini terhad jika adanya jeram besar atau air terjun yang tidak boleh dilalui.
Ikan ini memang jenis ikan yang bernafas di permukaan air dengan mengambil udara terus dari atmosfera.
Ikan arapaima juvenil pula sering muncul di permukaan air dengan kekerapan setiap 5 minit sekali manakala ikan dewasa muncul setiap 15-20 minit sekali.
Meskipun arapaima menyelam di bawah air selama beberapa minit, lazimnya dilaporkan ikan ini cenderung untuk berada pada permukaan air.
Ini menyebabkan nelayan sungai sering menunggu untuk berburu ikan arapaima yang sering menghirup udara yang menimbulkan suara khas seperti suara batuk.
Musim banjir di Amazon telah menjadi sebahagian dari putaran kehidupan ikan ini membiak.
Arapaima akan bertelur pada bulan-bulan di mana ketinggian air surut atau mulai naik. Arapaima membuat sarang kira-kira 50 cm lebarnya sedalam 15 cm di dasar air yang biasanya di kawasan yang berlumpur.
Apabila paras permukaan air naik maka telur-telur ikan tersebut menetas dan anaknya akan mengikut air banjir untuk membesar walaupun hanya sebahagian yang hidup. Lazimya ia berlaku pada bulan Mei-Ogos setiap tahun dalam kitaran semulajadi.
Ikan dewasa akan melindungi anaknya didalam mulutnya sehingga ia cukup umur untuk dilepas berenang sendiri.
Arapaima betina juga akan membantu melindungi arapaima jantan dan anak-anaknya dengan mengelilingi dan menghalang pemangsa lain memakan anak ikan tersebut.
Arapaima selalunya boleh sampai 20 tahun lamanya. Ikan ini semakin berkurang didapati dalam keadaan semulajadi kerana ia sedang diancam punah kerana ikan ini bukan termasuk spesies haiwan yang dilindungi.
Kecenderungan arapaima untuk timbul pada permukaan air membuatkan ia mudah diburu oleh manusia yang dengan mudah dapat membunuhnya dengan tombak.
Beberapa masyarakat tempatan di negara tersebut makan daging dan lidah arapaima serta mengumpulkan sisiknya yang dibentuk menjadi perhiasan unik dan barang-barang lainnya.
Toman adalah nama sejenis ikan rakus dari kaum kerabat ikan haruan (Channidae). Memiliki bentuk tubuh yang menyerupai dengan ikan haruan. Toman mampu membesar mencapai panjang lebih dari satu meter dan menjadi spesies yang terbesar dalam famili ini.
Ikan toman dalam nama umum dikenali giant snakehead atau giant mudfish. Ia turut dikenali sebagai red snakehead, redline snakehead merujuk pada warna tubuhnya ketika juvenil, atau mabar snakehead. Nama snakehead merujuk kepada bentuk kepalanya yang menyerupai kepala ular. Sementara nama biologinya adalah Channa micropeltes.
Toman ialah ikan yang berkepala besar dan bermulut besar serta bergigi runcing tajam. Tubuh bulat panjang seperti torpedo dengan ekor membulat. Ikan dewasa berwarna hitam kebiruan, dengan perut putih atau keputihan. Anak-anaknya berwarna kemerahan, dengan garis hitam dan jingga di sisi tubuhnya.
Toman tergolong dalam spesies predator yang memangsa aneka jenis ikan lainnya, serta haiwan-haiwan lain seperti serangga dan amfibia yang berada di lingkungannya. Ikan ini memiliki kebiasaan ‘mengasuh’ anak-anaknya. Induk ikan sering kali didapati berenang di sekitar kelompok anak-anak toman yang masih kecil-kecil.
Dipercayai, induk seperti ini tidak segan-segan menyerang orang yang berenang terlalu dekat, yang dikhawatirkan akan mengganggu anak-anaknya. Perilaku suka menyerang pengganggu ini dimanfaatkan oleh ramai orang untuk memancing induk toman menggunakan pelbagai jenis umpan termasuklah umpan tiruan.
Ikan toman menyebar luas di Malaysia, Indonesia barat Thailand, Laos, Vietnam, India, dan sedikit di Myanmar. Ikan toman merupakan salah satu jenis ikan air tawar yang digemari. Dagingnya yang putih lembut menjadikan toman sebagai salah satu hidangan terutamanya di negara Thailand dan Indonesia.
Di Singapura, toman dipelihara di kolam-kolam dan saluran untuk rekreasi memancing. Ikan ini disukai pemancing karena ‘tarikannya’ yang kuat ketika menyambar umpan di hujung kail.
Ikan toman juvenil berwarna cantik turut disukai sebagai ikan akuarium. Ekoran daripada itulah ikan ini kerap dieksport sebagai ikan hiasan ke serata dunia termasuklah Amerika Syarikat.
Tidak lama dulu spesies snakehead ini menimbulkan masalah di sana. Dilaporkan pada 2002 hingga 2003 ditemukan beberapa ekor toman di perairan di Maryland dan Wisconsin. Dipercayai ikan-ikan ini terlepas atau dilepaskan dari akuarium.
Kewujudan ikan-ikan ini telah meresahkan pihak yang bertanggungjawab di negara itu khuatir akan membiak, menjarah dan mengganggu keseimbangan komuniti alami di perairan setempat.
Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia.
Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...