Berikut antara teknik perambut yang sering digunakan terutama di Kelong Mamod, Kuala Lukut:
Gunakan tali perambut minima 60lb. Panjang perambut lebih kurang satu depa setengah yang dipadankan dengan mata kail bersaiz 12 (paling minima). Lagi baik gunakan mata kail bersaiz 1/0 atau 2/0 sebagai bonus jika mendapat strike ikan besar.
Perambut ini dipadankan dengan batu ladung saiz 8. Ladung perlu bersaiz besar kerana ikan-ikan seperti ini hanya menghendap umpan di dasar. Umpan yang terbaik digunakan ialah sotong cumit hidup, tamban hidup ataupun kurita.
Ads
Gunakan perambut gantung dengan tali perambut 30lb sepanjang sedepa atau sedepa setengah. Mata kail gunakan saiz 10 dan batu ladung kecil maksima saiz 1. Untuk memburu talang, umpan terbaik ialah ikan tamban hidup yang masih cergas, manakala untuk bandang, gunakan umpan udang hidup yang dicangkuk pada badan.
Gunakan teknik ‘flying fox’ iaitu dengan cara melontarkan batu ladung saiz 8 sejauh mungkin dan kemudiannya melepaskan perambut mata sepanjang sedepa dari main line dan biarkan umpan bermain di permukaan atau pertengahan air.
Ads
Perambut mata yang digunakan haruslah menggunakan tali perambut minima 40lb yang disambung dengan dawai 20lb yang diikat pada mata kail.
Umpan yang terbaik untuk memburu spesies ini ialah anak ikan talang hidup, ikan cermin hidup besar tapak tangan, ikan tamban hidup yang besar atau ikan jenjulung hidup.
Ads
Untuk pancingan kelong, ikan siakap lebih sesuai dipancing menggunakan koyan. ini kerana ikan siakap sering bermain di tiang-tiang kelong. Gunakan koyan dengan tali 100–200 lb yang dipadankan dengan mata kail 1/0 atau 2/0 dan batu ladung besar. Caranya dengan hanya melepaskan umpan kira-kira setengah atau tiga suku dari air.
Jika di kelong Mamod, paling sesuai untuk melepaskan umpan cukup pada paras permukaan air surut habis dan tagan umpan sehingga air pasang. Umpan yang biasa untuk memburu siakap ialah belanak hidup, udang hidup dan juga tamban hidup.
Gunakan perambut dua mata yang dipadankan dengan mata kail bersaiz kecil. Batu ladung gunakan saiz 4 ataupun mengikut kesesuaian arus pada masa itu. Umpan cukuplah sekadar menggunakan udang kopek atau umpun-umpun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan tuna (juga dikenali sebagai tunny) adalah ikan air masin yang berada dalam suku Thunnini, subfamili kepada famili Scombridae (mackerel).
Suku thunnini terdiri daripada 5 genus dan terdapat 15 spesies tuna kesemuanya. Spesies tuna memiliki kepelbagaian saiz yang amat mengagumkan.
Dari spesies terkecil bullet tuna yang mampu mencapai panjang 50 cm dan seberat 1.8 kg sehinggalah spesies terbesar, Atlantic bluefin tuna yang mampu mencapai panjang maksimum 4.5 meter dengan berat sehingga 684 kg.
Purata Atlantic bluefin tuna yang ditemui sekitar 2 meter panjang dan dipercayai mampu hidup sehingga 50 tahun.
Ikan tuna, opah dan mackerel sharks merupakan satu-satunya spesies ikan yang dapat mengekalkan suhu tubuh lebih tinggi daripada suhu air di sekelilingnya.
Keluarga tuna merupakan spesies predator atau pemangsa yang aktif dan tangkas. Ikan tuna memiliki bentuk badan bergaris arus, ramping dan merupakan antara ikan pelagik yang paling pantas.
Sebagai contoh, yellowfin tuna mampu mencapai kelajuan sehingga 75 km sejam.
Ikan tuna biasanya ditemui di lautan bersuhu sederhana dan ia ditangkap secara komersial di samping begitu popular sebagai ikan sukan.
Berikutan tangkapan berlebihan, beberapa spesies tuna khususnya southern bluefin tuna diancam kepupusan.
Taksonomi:
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Scombriformes
Family : Scombridae
Genus : Allothunnus, Auxis, Euthynnus, Katsuwonus, Thunnus
Dahulunya ikan ini tiada harga sama sekali, kini semua sudah berubah. debam tidak lagi segan untuk berada di atas lantai simen pasar ikan. Ada peminat yang gemarkan ikan debam dan tahu cara terbaik menikmatinya.
Pemancing pula perlu tahu cara terbaik menjinakkannya. Ikan ini juga dibela oleh segelintir penternak ikan sangkar sebagai `pencuci jaring sangkar’ manakala ikan jurvenil pula dijadikan ikan hiasan akuarium.
Badan leper melebar berwarna hijau kekuningan yang lazimnya lebih terserlah ketika kecil. Badan bertompok-tompok hitam bulat hampir serata badan. Juvernil berwarna hijau kekuningan dan berubah kepada hijau gelap apabila meningkat pembesaran.
Bahagian kepala membongkok sedikit. Bermulut kecil dan bergigi halus. Ekornya melebar tegap. Boleh membesar sehingga 38cm. Saiz ini melebihi berat sekilo dan selebar dulang!
Saiz purata yang dijumpai di kawasan perairan negara ialah 15 hingga 20 cm atau lebih mudah selebar tapak tangan dewasa.
Ikan ini tidak bersisik tetapi memiliki kulit yang kesat serta keras. Sirip dorsal dan sirip pelvik adalah keras dan tajam.
Duri-duri yang terdapat di atas dan bawah badan mempunyai bisa seperti ikan duri. Mangsa akan merasa panas apabila tercucuk duri atau sengat ikan ini.
Ramai pemancing yang tidak tahu dimana sengat debam dan sering terkena ketika cuba memegang seperti mana ikan-ikan lain yang tidak berbisa. Kesannya mungkin akan berpanjangan lebih dari 20 minit atau lebih mengikut daya tahan seseorang itu.
Gemar bermain di kawasan permukaan air. Mudah dijumpai di kawasan muara dan sungai terutama di tepian sangkar ikan, kelong, tiang jambatan dan objek-objek terapung lama termasuklah bot atau tongkang yang berlumut di bawahnya di mana kawasan ini semuanya menyediakan sumber makanan iaitu algae, lumut, rumpai serta krutesia kecil.
Selain itu debam yang hidup di sepanjang sungai adalah penunggu tidak setia tandas awam. Najis manusia juga adalah sebahagian dari diet ikan debam ini.
Walaupun ia dikatakan ikan muara debam juga dijumpai di Samoa, Tonga, Fiji, Selatan Jepun, India dan Bangladesh tentu sekali banyak sesuai dengan kawasan tumpuan utama ikan muara kulit liat ini. Di negara kita debam boleh ditemui dihampir serata sungai dan muara.
Temoleh atau juga dipanggil temelian merupakan spesies ikan air tawar yang menjadi idaman bagi kaki pancing. Selain merupakan spesies kap tempatan yang paling besar, ikan ini juga terkenal dengan sifat agresifnya serta daya henjutan yang sangat kuat.
Nama Lain bagi spesies temoleh ialah Probarbus jullieni. Temoleh juga lebih dikenali dengan nama seven-striped barb selain nama jullien’s golden carp dan isok barb dan datang daripada keluarga cyprinidae.
Spesies ini berasal dari Asia Tenggara dan perairan Kemboja, Laos, Vietnam dan Thailand juga dihuni oleh spesies ini selain Malaysia.
Dari segi morfologi, P. jullieni boleh dikenal pasti berdasarkan ciri utama pada badannya iaitu mempunyai tujuh garisan hitam yang melintang pada badan. Ciri utama ini boleh dikatakan antara faktor utama spesies cyprinid ini dikenali sebagai seven-striped barb.
Mulut ikan temoleh menghadap dan menjulur ke bawah dan bersesuaian dengan sifat pemakanannya. Pada muutnya terdapat sepasang sesungut seperti misai yang dipanggil maksila. Spesies ini merupakan omnivor dan mulutnya membantu ketika mencari makanan di dasar sungai seperti tumbuhan akuatik, serangga dan alga.
Bagi temoleh juvenil, badan dan sirip utama berwarna putih cerah selain tujuh garisan hitam melintang pada badannya. Ketika membesar, warna putih pada badannya akan menjadi lebih kekuningan. Ikan ini mampu mencapai saiz sehingga 70 kg lantas tidak menghairankan jika spesies temoleh ini dikategorikan sebagai ikan trofi pancingan sungai.
Antara sungai-sungai utama yang menjadi habitat bagi spesies ini ialah sungai di Malaysia, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Di Malaysia, ikan ini terdapat di Sungai Pahang, Sungai Perak, Tasik Chenderoh dan Sungai Petuang di Terengganu. Begitu pun, populasi ikan temoleh semakin berkurang dan semakin sukar diperolehi.
Dalam Union for the Conservation of Nature and Natural Resource (ICUN), ikan temoleh dikelaskan dalam senarai merah (Red List) sebagai spesies terancam (Endangered). Antara faktor utama populasi temoleh ini berkurang adalah disebabkan oleh aktiviti kemanusiaan.
Contohnya, pembinaan empangan di sungai utama yang menjadi habitat ikan ini menyebabkan ikan temoleh tidak dapat naik ke hulu sungai untuk menghempaskan telurnya ketika musim mengawan.
Aktiviti pembalakan di hulu sungai serta penggunaan racun perosak juga mendatangkan akibat buruk terhadap populasi ikan ini. Selain itu, penangkapan berlebihan (overfishing) juga mungkin menjadi antara punca yang menyumbang kepada keadaan ini.
Bagi fri temoleh atau anak temoleh, mereka menjadikan zooplankton sebagai diet utama. Semakin membesar (juvenil hingga dewasa) temoleh akan lebih bersifat omnivor dalam diet pemakanannya. Antara diet utama termasuklah tumbuhan akuatik di dasar, alga, udang, invertebrata dasar sehinggalah yang menjadikan buah-buahan yang jatuh di permukaan air sebagai makanannya.
Ikan temoleh menjadikan jangka masa sekitar November hingga Februari sebagai waktu atau musim mengawan. Ketika ini, ikan temoleh induk akan berenang naik ke hulu sungai dan biasanya akan mencari kawasan berair cetek yang berpasir dan berbatu bagi menghempaskan telurnya.
Di Sungai Tembeling, masyarakat sekitar menamakan musim temoleh mengawan sebagai ‘musim temoleh berlaga’. Beberapa lokasi utama juga dikenal pasti sebagai tempat temoleh menghempaskan telurnya. Menghempas telur membawa maksud ikan temoleh betina merembes atau mengeluarkan telurnya.
Telur yang dilepaskan akan melekat pada batu atau pasir kerana sifatnya yang melekit sebelum induk temoleh jantan akan melepaskan spermanya ke atas telur ini. Mengambil kira faktor persekitaran sekarang, peratusan anak temoleh untuk membesar agak rendah dengan pembiakan semula jadi ini langsung menyebabkan populasinya menurun mendadak.
Dari sudut sosio ekonomi, potensi ikan temoleh dilihat sangat tinggi dalam 3 bidang utama perikanan. Dalam akuakultur, spesies ini mempunyai potensi yang tinggi kerana nilai pasaran yang baik selain proses tumbesarannya juga singkat. Ditambah dengan kejayaan untuk dibiakkan secara aruhan, spesies ini potensi tinggi dalam akuakultur.
Dalam industri ikan hiasan, spesies temoleh mempunyai nilai tersendiri. Selain daripada andaian ikan yang semakin sukar diperolehi, temoleh juga mempunyai corak badan yang dianggap unik dan menjadi nilai tambah untuk dijadikan ikan hiasan.
Melihat dari sudut potensi perikanan rekreasi, tanyalah mana-mana pemancing, pasti akan dapat melihat potensi temoleh sebagai ikan pancingan sukan. Dengan saiz, kekuatan dan betapa agresifnya ketika bertarung cukup menjadikan ikan ini sebagai salah satu ikan utama dalam lapangan pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...