Status ikan alien atau pendatang adalah merujuk kepada spesies ikan yang dibawa masuk atau diperkenalkan ke habitat, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kebanyakan kita beranggapan ikan pendatang merbahaya, namun tidak kesemuanya mempunyai kesan negatif.

 

Perlu diingatkan tujuan diperkenalkan pada peringkat awal semua bertujuan positif. Yang tinggal hanyalah bagaimana pengawalan itu dilakukan terhadap spesies yang dibawa masuk.

 

Asian Redtail Catfish

 

Ikan ini dipasarkan secara segar sebagai ikan makanan dan menjadi industri akuakultur di beberapa negara asia. Spesies ini dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan akuarium dan juga sebagai ikan sukan di kolam-kolam pancing air tawar komersial.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 1

 

Baung ekor merah ini tidak memilih dan memakan apa sahaja makanan. Spesies ini turut didakwa sebagai ikan air tawar paling agresif di dunia dan sudah pun bertebaran luas memasuki sistem sungai di negara kita.

 

Peacock bass

 

Spesies yang berasal dari Lembangan Amazon ini pada asalnya, ikan ini diperkenalkan untuk tujuan akuakultur dan aktiviti memancing secara komersial. Namun disebabkan sifat ke pemangsaannya yang melampau, spesies ini dikatakan tidak sesuai dalam akuakultur.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 1

 

Risiko bagi ekosistem yang mempunyai kemasukan spesies ini dan tidak dikawal selia dengan baik mungkin mengakibatkan penurunan bilangan spesies tempatan lain dan kehilangan spesies tertentu dalam sesebuah ekosistem.

IKLAN

 

Arapaima

 

Spesies gergasi dari Lembah Amazon ini diakui menjadi spesies yang ganas. Spesies ini mula memasuki perairan tempatan atas kepentingan sebagai ikan hiasan dan juga ikan sukan. Arapaima tidak dinafikan lagi menjadi buruan bagi mana-mana kaki pancing.

 

Akibat pancingan tanpa kawalan, spesies ini dikatakan semakin sukar ditemui. Bagi ekosistem tempatan pula, ikan ini mampu menurunkan populasi spesies tempatan dengan drastik jika dilepaskan tanpa kawalan ke dalam satu ekosistem.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 1

 

Amazon Redtail Catfish

 

Spesies ini merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Pengenalan spesies ini kepada habitat tempatan ialah menerusi kepentingan dalam bidang ikan hiasan serta ikan bagi buruan pemancing sukan.

 

IKLAN

Kekuatan ikan ini menjadikannya menjadi spesies ikan sukan yang semakin popular di kalangan pemancing tempatan. Terdapat kolam-kolam pancing komersial sudah mula memperkenalkan spesies ini di kolam mereka.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 1

 

Walaupun diakui ganas, namun masih tiada rekod jelas menunjukkan ancaman risiko tinggi kepada ekosistem tempatan ataupun kemampuan spesies ini untuk membiak sendiri di ekosistem bebas tempatan.

 

Mekong Giant Catfish

 

Patin Mekong merupakan antara spesies ikan buruan kaki pancing yang terbesar. Patin Mekong berasal dari Sungai Mekong dan sehingga kini spesies ini dikatakan semakin berkurangan akibat eksploitasi tanpa kawalan.

 

Pengenalan spesies ini kepada perairan tempatan awalnya atas dasar penyelidikan perikanan dan akuakultur. Dewasa ini, spesies ini menjadi kegilaan bagi pemancing tempatan dan semakin banyak spesies ini boleh ditemui di kolam pancing komersial.

 

IKLAN

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 1

 

Tiada rekod jelas bagi spesies ini terlepas ke dalam ekosistem bebas, justeru tiada ancaman jelas terhadap spesies tempatan lain.

 

Giant Pangasius

 

Giant pangasius atau lebih popular sebagai patin Chao Phraya berasal dari lembangan sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya ini telah disenaraikan dalam spesies yang terancam berikutan aktiviti penangkapan secara berlebihan.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 1

 

Spesies benthopelagik dan bermigrasi ini menjadikan krustasea dan ikan ikan sebagai makanan utama. Ia kini menjadi ikan sukan khususnya di kolam-kolam pancing air tawar komersial dan sangat berbahaya sekiranya terlepas ke sistem badan sungai.

 

Alligator gar

 

Ikan yang kelihatan unik dari Amerika Utara ini mula diperkenalkan di perairan tempatan bagi tujuan ikan hiasan dan juga ikan sukan. Tiada bukti jelas juga menunjukkan ikan mulut buaya ini terlepas tanpa kawalan di habitat dan ekosistem bebas.

 

Ketahui Status Ikan Alien Yang Menjarah Perairan Negara 1

 

Namun, kekuatan ikan ini diakui oleh pemancing seluruh dunia termasuklah pemancing tempatan. Walaupun populasi global ikan ini semakin berkurangan, ini tidak menghalang bagi pengusaha dan penternak spesies ini menjadikan ikan ini sebagai tarikan untuk kolam pancing komersial.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI