Swimbait atau gewang renang merupakan terminal tackle utama dalam artificial fishing. Pada Pameran Konvensyen Antarabangsa Sukan Bersekutu 2017 atau Convention of Allied Sportfishing Trades (ICAST)  telah menampilkan ratusan, malah ribuan gewang yang direka untuk menarik perhatian semua jenis spesies ikan.

Berikut adalah 5 gewang memancing baru yang paling mahal di dewan pameran tersebut.

 

Evolution Baits Grassburner Floating XL (USD 24.99)

 

Ia adalah buzzbait yang besar dan mahal! Ia didatangkan dengan berat 1 auns, sepasang treble hooks dan sepanjang 7.5 inci. Menggunakan split rings tahan karat dan dawai keras tugas berat bagi memastikan ia mampu bertahan daripada hancur dibaham ikan monster. Aksi renangannya juga akan menyebabkan anda tertawan dan tidak kisah untuk berbelanja sebanyak ini.

 

Gewang Bangsawan 5 Tahun Lalu

 

Strike Pro Guppie (USD 25.00)

IKLAN

 

Sekiranya anda umpan, adakah anda mahu dipanggil gapi? Umpan mahal menggunakan spring-screw pada bahagian ekor untuk aksi yang dipertingkatkan dan mempunyai reka bentuk badan cekung untuk meningkatkan aksi gelekan sambil meningkatkan lagi kadar strike.

 

Gewang Bangsawan 5 Tahun Lalu

 

Phantom Lures Xorsist (USD 65.00)

IKLAN

 

Gewang khusus untuk pemburu muskie (pike). Dengan saiz sepanjang 10 inci, ia adalah umpan besar untuk ikan besar. Ini adalah umpan terapung yang direka untuk disambar oleh pemangsa sama ada digayakan secara perlahan atau laju di kawasan pra pemukaan air. Sekiranya menyasarkan ikan monster, dinasihatkan menggunakan leader dawai agar gewang bernilai tinggi ini tidak lebuh begitu saja.

 

Gewang Bangsawan 5 Tahun Lalu

 

Biovex Joint Bait 160 SS (USD 89.95)

IKLAN

 

Gewang yang diperbuat daripada kayu Hiba Jepun. Sebagaimana kayu balsa, ia direka bentuk dengan begitu unik sehingga tiada umpan yang sama mampu beraksi dengan gaya yang sama. Kerja pengecatan juga luar biasa kerana ia dihasilkan dengan 10 lapisan cat bagi membolehkan ia bertahan lama. Dengan kerja seni sebegini maka tidak hairlahlah ia dijual dengan harga USD 89.95 seunit.

 

Gewang Bangsawan 5 Tahun Lalu

 

Evergreen International Noisy Dachs ND-90 (USD 89.99)

 

Satu lagi gewang kayu yang besar. Gewang dari Evergreen International ini mempunyai skema cat yang cantik di atas kerajang yang elegan. Direka sebagai gewang penunggang permukaan, umpan ini mempunyai ekor shad yang menakjubkan dan mata kail yang kuat untuk mencangkuk ikan besar. Mungkin disebabkan itulah harganya 4 sen lebih mahal berbanding gewang Biovex Join Bait 160 SS. Sentuhan dari Evergreen sememangnya jarang berharga mur-mur.

 

Gewang Bangsawan 5 Tahun Lalu

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI