Ikan hendaklah sentiasa berada di dalam air sepanjang masa. Sekiranya untuk mengambil gambar foto, pastikan jurufoto telah bersiap sedia dan lakukan dengan pantas agar ikan tersebut dengan segera diletakkan semula ke dalam air.
Langkah pertama pastikan kepala ikan tersebut mengarah ke hulu sungai, pilihlah suatu sudut atau kawasan yang berarus perlahan (manakala di tasik atau lautan, arus bukanlah suatu faktor masalah bagi proses merawat pulih tangkapan). Pastikan aliran air memasuki bahagian mulut dan insangnya.
Ads
Gerakkan ikan secara perlahan-lahan dengan menyorong ia ke depan dan undur semula ke belakang berulang kali sehingga kelihatan bahagian insangnya mula membuka dan menutup sehingga stabil. Pastikan badan ikan dipegang dengan lemah lembut.
Ads
Bila ikan tersebut semakin pulih dan stabil dan cuba untuk memulakan renangan, maka biarkan ia terus berenang dengan sendirinya dari tangan kita. Ikan yang besar biasanya mengambil masa untuk kembali pulih, maka ulangi proses tersebut berkali-kali sehingga ia pulih seperti sediakala.
Perhati ikan berenang pergi dengan sendirinya. Jika ikan kelihatan seperti miring maka berilah bantuan sekali lagi. Dan sekiranya sudah tidak berpeluang untuk hidup, bawalah ia pulang untuk dijadikan hidangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sungai Keniam terletak di dalam kawasan Taman Negara Pahang. Sebagai sungai yang terletak di dalam Taman Negara, ia tertakluk kepada akta larangan seperti larangan menebang pokok sesuka hati, membuang sampah dan sebagainya.
Perlu mengambil permit memasuki Taman Negara, Lesen Memancing dan Permit Foto serta mengistihar segala peralatan dan kelengkapan di Pos Renjer Perhilitan di Sungai Tahan sebelum masuk dan selepas keluar.
Sentiasa berhati-hati dengan kehadiran binatang liar yang terdapat di sini. Gajah antara haiwan yang banyak berada di persekitaran Sungai Keniam. Terkini, terdapat renjer yang ditempatkan di Lata Said, bertujuan mengawasi kehadiran pemburu haram dan pencari kayu gaharu oleh pendatang asing, terutama dari Thailand.
Masyarakat Asli yang terdapat di sini, adalah dari suku Batek. Antara lubuk popular adalah Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan puluhan lagi lubuk kecil yang lain.
Kasut getah adalah kasut yang sesuai untuk trekking, memijak batuan dan meredah sungai. Pastikan anda memakai saiz yang tepat. Tidak terlalu longgar atau ketat.
Pakai stoking panjang untuk mengelakkan gigitan pacat dan pakai pakaian yang ringan dan bawa pakaian yang mudah kering.
Sentiasa berhubung dengan tekong sebelum bertolak terutama teknik pancingan dan apa yang perlu dibawa. Untuk pancingan dasar ikan kelah, gunakan tali tangsi 15lb ke atas dan tidak melebihi 35lb. Gunakan mata kail saiz sederhana sahaja saiz 12-14. Kekili spinning yang disyorkan bersaiz 3000 ke atas dan rod medium action.
Kepada kaki casting, sentiasa cari lubuk berpotensi. Lontaran gewang atau sesudu perlulah mengikut arus atau sisi arus. Celah batu besar, reba kayu, celahan pokok tumbang ke dalam air, kawasan lata, cegar dan pertemuan cabang sungai antara spot terbaik mendapatkan hasil.
Percaya atau tidak kaedah slow pitch jigging memang satu kaedah yang menyeronokkan dan sebenarnya banyak ikan akan lebih mudah terjerat dengan kaedah ini. Slow pitch jigging adalah kaedah yang mampu memperdayakan pelbagai jenis spesies ikan dari ikan game fish sehingga ikan dasar. Kaedah ini juga amat praktikal untuk pelbagai jenis mood ikan iaitu bukan sahaja ketika ikan sedang aktif, tetapi juga ketika ikan kurang aktif.
Para pemancing perlu tahu, Ikan bukanlah aktif sepanjang hari. Malah, di kebanyakan tempat, masa aktif untuk ikan berlangsung kira-kira 2 hingga 3 jam sahaja pada satu-satu masa. Ia berlaku beberapa kali sehari atau semasa air pasang dan surut. Jadi, jika anda tidak mahu untuk bersiar-siar di sekitar laut sepanjang hari mencari ikan yang aktif, anda perlu tampil dengan sesuatu yang berbeza.
Jadi bagaimana kita memancing apabila ikan tidak aktif? Slow pitch jigging adalah satu idea dan kaedah yang berkesan untuk menjerat ikan pada masa ia tidak begitu aktif.
Pemangsa sentiasa mencari sasaran mudah untuk makan. Lebih mudah, lebih baik baginya. Ia satu naluri. Perhatikan seekor ikan umpan yang tercedera. Bagaimanakah pergerakannya. Ikan yang tercedera akan membuat pergerakan rawak. Teknik slow pitch jigging adalah meniru pergerakan ikan tercedera ini.
Jadi kita perlu membuat karauan dan henjutan joran dan berhenti beberapa saat, dan dalam arah yang tidak teratur dan jatuhkan jig ke bawah selepas beberapa karauan.
Dalam ekosistem laut, ikan yang terus ke bawah dasar adalah tanda kelemahan, sama ada ia tidak dapat berenang atau ia mencari perlindungan untuk bersembunyi. Jadi inilah dia kaedah slow pitch jigging untuk menjerat dan menggoda ikan.
Slow pitch jigging bukan sekadar dengan karauan perlahan tetapi ia adalah urutan yang bersambungan berhenti dan jatuhkannya ke dalam dasar. Tempo yang sangat perlahan perlu dimainkan berbanding gaya konvensional jigging.
Pada masa anda melakukan karuan, joran akan melentur dan jig akan akan memecut naik ke atas dengan satu karauan, 1/2 atau 1/4 karauan. Anda bolehlah henjut joran sedikit atau tidak, atau melakukan kedua-duanya dengan berselang kali.
Selepas karauan dan henjutan, anda perlu berhenti dan memegang rod. Pada ketika itu joran akan menyokong, melepaskan kuasa dalam tindakan supaya jig dilambung bebas ke tepi. Keseimbanganan jig ke tepi dan bergerak dalam kedudukan mendatar seketika. Ketika ini anda perlu bersedia kerana ini adalah waktunya pemangsa mengejar dan membaham jig.
Anda boleh menukar semua jenis tindakan yang berbeza untuk joran, kelajuan, karauan, irama, masa dan kombinasi semua jenis. Anda tidak akan tahu apa yang menyebabkan ikan untuk bertindak balas terhadap jig anda. Tetapi pada dasarnya, mereka yang jigging perlahan apabila jig dalam keadaan kedudukan mendatar, dan sedang jatuh ke bawah akan mendapat paling banyak sentapan daripada ikan.
Dalam erti kata lain, slow jigging adalah untuk memaksimumkan saat-saat jig berenang bebas dan membiarkan ia berenang sendiri dan biarkan ia jatuh. Kaedah ini telah mencapai keputusan yang luar biasa dengan semua anak-anak ikan, kerapu, jenahak dan lain-lain mudah terjerat dan juga tidak ketinggalan juga ikan-ikan game fish.
Ikan siakap atau barramundi adalah spesies ikan yang cenderung atau berkemampuan merubah jantina (protandrous hermaphrodites). Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam segmen info spesies kesemua ikan siakap dilahirkan sebagai ikan jantan.
Selepas menjalani tempoh kematangan dan beberapa kali mengawan, kebanyakan ikan siakap jantan ini mengalami proses perubahan jantina menjadi ikan betina, bergantung kepada keadaan. Atau erti kata lainnya, bukan semua ikan siakap akan berubah jantina dan ada siakap dilahirkan sebagai jantan dan mati juga sebagai jantan.
Dan setelah bertukar menjadi betina, siakap tersebut kekal sebagai betina. Hal ini mungkin terjadi bagi mengawal populasi ikan siakap agar tidak terlalu banyak. Ini kerana seekor induk betina siakap mampu menghasilkan jutaan telur. Dan sebagai ikan pemangsa, sudahlah tentu ia satu yang bahaya jika populasi berlebihan.
Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina di kawasan tertentu adalah sesuatu yang lumrah kerana pada musim monsun atau musim mengawan, siakap jantan akan meronda masuk ke estuari untuk mencari pasangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...