Ikan patin merupakan spesies catfish (ikan bermisai) yang popular di Asia. Taburan ikan patin banyak berada di Asia khususnya kawasan Asia Tenggara. Antara kawasan utama ialah Sungai Chao Phraya dan Lembah Sungai Mekong di mana cukup dikenali di serata dunia. Selain itu, perairan di sungai-sungai di Thailand, Myanmar, Borneo, Malaysia, Kemboja dan Vietnam turut dihuni oleh spesies ikan patin.
Berikut disenaraikan antara spesies ikan patin yang telah ditemui oleh para penyelidik yang kesemuanya ditemui di Asia.
(Nama saintifik – tahun ditemui – saiz maksimum)
Pangasius bocourti – 1880 – 120 cm
Pangasius pangasius (Pangas catfish – 1822 – 300 cm
Pangasius polyuranodon – 1852 – 80 cm
Pangasius nieuwenhuisii – 1904 – 60 cm
Ads
Pangasius djambal – 1846 – 90 cm
Pangasius conchophilus – 1991 – 120 cm
Pangasius hypophthalmus – 1878 – 130cm
Pangasius krempfi – 1949 – 120 cm
Pangasius kunyit – 1999 – 70.2 cm
Pangasius larnaudii (spoy pangasius) -1866 – 130 cm
Ads
Pangasius lithostoma – 1989 – 25 cm
Pangasius elongatus – 2002 – 28.2 cm
Pangasius humeralis – 1989 – 38.9 cm
Pangasius kinabatanganensis – 1991 – 23.8 cm
Pangasius macronema – 1850 – 30 cm
Pangasius mahakamensis – 2002 – 18.2 cm
Ads
Pangasius mekongensis – 2003 – (tidak diketahui)
Pangasius myanmar – 1991 – 100 cm
Pangasius nasutus – 1863 – 90 cm
Pangasius pangasius (pangas catfish) – 1822 – 300 cm
Pangasius rheophilus – 2000 – 77.5 cm
Pangasius sabahensis – 2003 – (tidak diketahui)
Pangasius sanitwongsei (giant pangasius) – 1931 – 300 cm
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Memancing ikan sepat tidak sama memancing ikan lain yang lebih besar. Malah, sekiranya anda memancing ikan puyu sekali pun, peluang untuk mendapatkan ikan sepat amat tipis.
Perlu diketahui, ikan sepat adalah ikan yang gemar memakan lumut, rumpai air dan serangga kecil.
Dan untuk memulakan sesi memancing ikan sepat, anda perlu cari habitatnya terlebih dahulu.
Cara mudah untuk mengesannya, selain melihat kudap ikan di permukaan ialah muncung ikan ini akan kelihatan di permukaan air tanda ia bermain udara.
Ikan ini biasanya kerap muncul di ruang kiambang atau rumpai air yang terbuka. Jika tidak ada atau ruang amat kecil, anda perlu membuat sendiri lubang ruang berkenaan sebesar saiz bola sepak dengan cara menyelak rumpai air berkenaan.
Sesetengah pemancing yang gemar mencari ikan ini, lubang ini akan dibuat sehari sebelum memancing. Ini bagi mengelakkan ikan ini culas untuk memakan umpan.
Cara memancing
Anda boleh gunakan sama ada pelampung kecil atau tidak untuk melihat getuan sepat mula memakan umpan.
Letakkan umpan perlahan-lahan ke dalam air. Sebelum itu, anda perlulah berdiam diri tidak membuat bising semasa menghampiri spot yang telah dikenal pasti.
Ikan sepat begitu sensitif terhadap sebarang pergerakan bayang atau bunyi bising. Kerana jika ikan takut, menyebabkan ikan ini tidak mahu timbul.
Jatuhkan umpan juga mestilah perlahan ke dalam air dan perlu dekat dengan ikan sepat. Kemudian tunggu sehingga ikan memakan umpan.
Pegangan joran juga haruslah kuat. Antara sebab mengapa joran jenis teleskopik amat relevan digunakan adalah kerana ia ringan, kuat dan mudah dilaras.
Sebaik sahaja umpan dilarikan, cuba balas dengan perlahan dan jangan menyentapnya terlalu kuat.
Jika terlalu kuat, akan menyebabkan kawanan ikan sepat lain terkejut dan culas selepas itu. Prosesnya sama seperti anda memancing udang galah.
Jangan terlalu lama membiarkan ikan menggetu umpan tanpa sebarang tindak balas. Jika tiada getuan pula, periksa umpan anda mana tahu sebenarnya umpan telah tanggal atau habis.
Seboleh-bolehnya ikan jangan terlepas. Jika ikan terlepas lebih dari sekali di spot yang sama, ikan yang lain akan culas untuk makan umpan.
Jika tiada getuan akibat ikan terlepas dan culas, anda bolehlah beredar ke spot yang berhampiran terlebih dahulu.
Ini kerana kawanan ikan sepat biasanya akan kembali ke lokasi yang ia bermain udara, selain ia tertarik dengan bau dedak ayam tersebut.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
“Saya lebih suka guna braided line sebab ianya sesuai untuk kebanyakan kaedah memancing.
Seperti popping, jigging kedua pancingan ini memerlukan medium heavy atau heavy setup. Begitu juga dengan bottom dan light casting.
Kalau di tempat terbuka boleh gunakan mono tetapi untuk di tempat yang penuh reba kayu memerlukan tali yang lebih kuat seperti braided line.
Braided line juga mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihannya ialah diameter tali yang halus tetapi kuat dan juga ringan untuk membuat balingan yang lebih jauh.
Kekurangannya pula adalah menangkap angin. Kita boleh lihat di mana-mana pertandingan memancing di pantai.
Kita boleh buat perhatian jika angin kuat kita baling tali kita akan membentuk seperti melengkung sedikit.”
WAN MUHD FIRDAUS
“Ikut kesesuaian ikan yang kita nak tangkap. Kalau main ikan kuku, mesti nak kena pakai mainline mono.
Kalau main casting sedap pakai braided tapi di Jepun ramai pakai mono untuk casting largemouth bass.
Kesimpulannya, tali mono lebih baguslah maknanya.”
TARIK MOHD SALEH
“Teori mengatakan braided lebih seganda kekuatan dia daripada mono. Malah ia telah dibuktikan di lapangan.
Teori bukan sekadar teori malah ianya benar. Jadi, korang boleh nilai sendiri tali mana yang lebih bagus.”
MOHD SAIFUDIN
“Tali tangsi ni kita buat main patin kat kolam… benang buat main kat laut dan kolam air masin. Haa… senang kerja. Tak perlu nak bertekak mana yang lebih bagus.”
FARIN SAMSUDIN
“Braided takde spring, tapi proven sebab kukuh. Mono ada spring, maksud spring tu dia boleh memeri.
Kira kalau drag mati pun ikan dalam air still boleh tarik tali dan mengurangkan impak tarikan, lagi best.
Mono kekadang invisible dalam air. Jadi, peluang untuk strike ikan lebih tinggi.”
NAZRI RUSLI
“Mono… lebih sensitif, senyap dan ada regangan. Ia adalah nikmat pancingan maksimum. Braided…. diameter halus, kuat, kasar.
Tapi strike memang tak ingat. Dua-dua ada kelebihan. Jadi, pakai je dua-dua.”
MOHD ZAHIR
“Saya pilih braided sebab dah serik guna mono. Mono ni jenis spring kalau sangkut kat reba atas air lepas tu kita tarik kuat-kuat gewang akan terbang laju ke arah kita.
Dah kena sekali terus serik nyaris kena muka sempat tepis melekat kat tangan. Memang tak guna mono lagi dah.”
KAIL BERACUN
“Kalau nak cast atau surfcast sesuai guna braided. Kalau pancing kat tebing jer saya guna tali mono jer… ikut atas kesesuaian semasa.
Pandai-pandailah buat keputusan dengan bijak.”
KHAIRIL ADLI
“Tali mono jadi pilihan saya. Tali mono lebih sensitif bila ikan yang menyentuh umpan. Tak kisah apa jua tali, apa yang penting tentangan semasa beraksi.
Keasyikannya tak dapat dibandingkan jika menggunakan braided.”
Mata kail merupakan salah satu alat kelengkapan yang perlu ada untuk kegunaan aktiviti memancing.
Untuk mendapat hasil yang diidamkan ketika memancing, pemancing haruslah ada sedikit pengetahuan memilih mata kail yang tepat.
Pada asasnya nama-nama mata kail kail ini ditentukan oleh reka bentuk point (mata jarum), barb (duri pandan), eye (cincin), shank (teras), bend (lingkar) atau saiznya.
Kebanyakan mata kail yang ada di pasaran diperbuat daripada high-carbon steel, steel alloyed with vanadium atau stainless steel.
Sementara nombor saiznya pula tidak standard dan bergantung kepada jenama produk.
10) WORMHOOKS
Reka bentuk mata kail ini cukup luar biasa kerana mempunyai banyak ciri-ciri unik. Gap atau lekuk yang lebih luas untuk cengkaman dan pengekalan ikan yang lebih baik, dan
mengimbangi mata untuk mendapatkan umpan yang lebih baik, menstabilkan umpan, dan menghidupkan point untuk kurang kegagalan.
Mata kail ini banyak digunakan terutamanya dalam umpan yang agak ringan. Ia turut banyak digunakan bersama gewang soft plastick.
11) SWORDFISH HOOK
Mata kail tugas berat ini diperbuat daripada keluli tahan karat gred tinggi. Ia didatangkan dengan kemasan yang digilap.
Mata kail ini mempunyai reputasi meluas di dunia kerana kualiti pembuatannya dan ketajamannya.
Tentu saja ia merupakan pilihan utama untuk memancing ikan-ikan air masin berstatus monster sebagaimana nama mata kail itu sendiri.
12) OCTOPUS CIRCLE HOOKS
Mata lingkar khusus untuk memburu ikan berstatus mega dengan penggunaan peralatan berat. Mungkin inovasi terbaik dalam pembuatan mata kail terbaik masa kini.
Ia bukan saja mesra ikan tetapi juga mesra alam. Reka bentuk cangkuk itu sendiri, apabila digunakan dengan betul, menghalang ikan daripada tertelan hingga usus.
Ramai pemancing mempunyai masalah menggunakan kerana mereka tidak memerlukan sentapan untuk strike ikan.
Mata kail ini direka untuk bergerak ke sudut mulut ikan dan tertancap dengan kemas.
13) NAUTILUS CIRCLE HOOKS
Fungsi dan reka bentuk hampir sama dengan octopus circle hook. Namun ia lebih ringan dan nipis dan amat sesuai untuk kegunaan pancingan berhanyut dengan menggunakan umpan hidup yang lebih kecil.
Dalam pancingan sukan seperi pancingan ikan layaran, mata kail ini adalah pilihan terbaik terutamanya untuk memanjangkan hayat umpan hidup yang kecil seperti tamban.
14) SHINER HOOKS
Mata kail ini direka bentuk berdasarkan bentuk udang. Jika anda perhatikannya betul-betul terbukti ia dibentuk seperti udang.
Berdasarkan reka bentuk tersebut maka ia merupakan mata kail yang paling efisien untuk menyangkuk umpan udang sama ada udang hidup atau pun udang mati.
Cara penggunaannya juga pelbagai. Sama ada menyucuk ke dalam badan udang melalui bahagian ekor atau menggantung seekor atau lebih udang.
Selain itu ia juga sesuai untuk memancing spesies ikan keli atau tongsan yang bermulut luas.
15) ISEAMA HOOKS
Mata kail yang diperbuatan daripada carbon steel ini dengan warna permukaan yang terang berkilat.
Point atau hujung mata kailnya amat tajam dan amat sesuai untuk memancing ikan-ikan yang bermulut tebal dan keras.
Mata kail ini amat sesuai untuk digunakan dengan perambut berangkai dan menjadi pilihan utama untuk pancingan ikan-ikan bermulut kecil seperti rohu atau ikan-ikan bersaiz kecil. Malah ia juga bagus untuk memancing ikan patin dan pacu.
16) CARP HOOKS
Sepadan dengan nama khususnya, carp hooks direka cipta untuk memancing ikan-ikan spesies kap. Ia diguna secara meluas terutamanya dalam terma course fishing.
Selain itu ia juga sesuai untuk terma pancingan layang. Berikutan kedua-dua terma memancing agak kurang menonjol di negara kita maka ramai pemancing di negara kita kurang pendedahan keberkesanan penggunaannya.
17) BREAM HOOKS
Bream hooks sangat sesuai untuk menangkap ikan di laut. Dengan teras pendek dan tempaan keluli tambahan yang kuat menjadikannya sangat kuat.
Sepadan dengan namanya juga ia merupakan mata kail utama untuk memancing ikan yang bergigi keras dan berahang kuat seperti ikan kuku dan bayan, yang sememangnya terkenal dengan kekuatan kunyahannya.
Ia juga mata kail alternatif untuk memancing ikan yang mampu mematahkan teras mata kail seperti ikan pacu.
18) CHINU HOOKS
Mata kail yang diperbuat daripada karbon tinggi yang sangat kuat dan ringan. Ia dibentuk bagi menghasilkan cengkaman tinggi dan membantu proses tancapan yang sempurna.
Ketajamannya diasah dengan kimia. Pateri mata kail ini membantu meningkat nisbah cangkukan terutamanya apabila menyasarkan spesies ikan menggigit dan mengunyah umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...