Jenahak merupakan satu spesies ikan yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran.
Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa menjadi buruan para pemancing.
Bagi yang berjaya menaikkan spesies ini, khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi peribadi.
Ads
Jenahak berwarna emas kebiasaannya diperolehi di lubuk-lubuk yang dalam dan jenahak yang mendiami lubuk yang cetek mempunyai warna yang lebih pudar.
Jenahak dikatakan memiliki waktu makannya tersendiri iaitu antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi. Namun kadang-kadang jenahak kerap juga dinaikkan pada waktu siang.
Ads
Jenahak lebih gemar memilih umpan segar dan masih hidup. Umpan terbaik adalah sotong cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, umpan hirisan juga boleh menggoda jenahak. Kaedah lain seperti jigging juga boleh memikat jenahak, namun ia hanya sesuai di sesetengah tempat lokasi sahaja. Dalam erti kata lain jenahak kurang memakan jig.
Ads
Spesies berharga ini sering bergerak secara kumpulan kecil dan apabila ia mula makan, bersedia dengan serangannya sehingga ia mula berhenti makan. Amat penting, pastikan pada waktu keemasan ini, tidak berlaku kes tali putus atau rabut. Ini kerana jika ia berlaku, tiada lagi ragutan diterima kerana jenahak telah lari dari lubuknya.
Untuk mencari jenahak, tekong kena rajin tukar lubuk.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea, order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong gergasi (giant squid).
Teuthidia merupakan order Cephalopod terbesar iaitu sekitar 300 spesies di dalam 29 famili. Pengkaji meramalkan terdapat lebih kurang 200 spesies sotong yang masih belum dikenal pasti.
Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel. Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan.
Tantakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan. Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan.
Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala sotong.
Di kepalanya terdapat sepasang mata yang besar. Mata besarnya memudahkan ia untuk mencari makanan dan mengesan musuh.
Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang di hujung badan. Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.
Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit.
Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.
Antara keistimewaan lain sotong ialah kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar mengikut warna persekitarannya.
Chromataphore juga berfungsi semasa ritual mengawan. Semasa proses menyamar, chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk menghampirinya.
Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24 inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14 meter (46 kaki). Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga 1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya.
Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan kebanyakkannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun. Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di kawasan yang sejuk dan dalam.
Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasan berkenaan adalah baik.
Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya.
Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.
Perubahan cuaca terutamanya pemanasan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas.
Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.
Dogtooth tuna atau ikan aya budak (pernah juga dipanggil tuna gigi anjing) juga dikenali sebagai lizard mouth tuna, white tuna, vau, dadori tuna, kidukidu. Nama mereka berasal dari barisan giginya yang hampir menyamai barisan gigi anjing. Kerana mereka sering memakan ikan karang, dogtooth diiktiraf pembawa toksin ciguatera di beberapa lokasi.
Tuna pelagik ini mendiami kawasan tropika dan subtropika di Lautan Pasifik Barat, Lautan Hindi dan sekeliling kawasan terumbu karang merupakan habitat utamanya. Ia telah pupus di Laut Merah Selatan dan hadir secara sporadikal di perairan Jepun selatan serta di sekitar Papua New Guinea, Kepulauan Marshall, Kepulauan Society, Kepulauan Marquesas dan dari seluruh Afrika Timur ke Australia.
Ia adalah spesies migrasi, tetapi diketahui memasuki perairan pantai semasa musim panas. Pemangsa ini biasanya ditemui di sekitar atau terumbu, terusan, paloh atau kawasan berbatu, di mana ia banyak didiami ikan karang. Dogtooth akan gemar memakan ikan makarel kecil, sotong atau ikan pelagis kecil lainnya.
Ikan-ikan luar pesisir ini boleh ditemui terutamanya dalam persekitaran terumbu dengan ikan yang lebih kecil yang lebih biasa dijumpai di kawasan terumbu cetek dan yang lebih besar yang menghantui kawasan terumbu karang yang mendalam dan gunung laut. Spesimen gergasi biasanya bersendirian atau dalam kumpulan pada kedalaman 10-300 meter.
Dogtooth tuna boleh mencapai panjang 190-248 sentimeter (spesies jantan) dan berat maksimum sehingga 130 kg. Saiz purata lazimnya ditemui adalah sekitar 40 hingga 120 cm. Mereka mempunyai 12-14 sirip dorsal lembut dan 12-13 sirip anal lembut.
Aya budak ini mempunyai bentuk melengkung dan warna badan tersendiri: hijau biru yang cemerlang di bahagian belakang, keperakan di sisi dan keputihan pada perut, dengan dua tompok putih pada kedua sirip belakang dekat dengan pangkal ekornya. Mereka sentiasa berenang dengan rahang terbuka dengan bukaan mulut yang luas hingga mencapai mata.
Binomial name: Macrobrachium rosenbergii (De Man, 1879)
Udang galah memiliki ciri fizikal yang pelik dengan bentuk penyepitnya yang panjang dan beruas. Udang galah mendapat nama disebabkan kaki berjalan keduanya memanjang melebihi ukuran badannya. Bentuk fizikal inilah yang membuatkan udang galah dikenali, bahkan mudah dibezakan daripada spesies udang air tawar yang lain.
Beberapa penyelidik meletakkan beberapa peringkat pengkelasan bagi mengenal pasti spesies udang berkenaan. Terdapat sembilan peringkat pengkelasan yang meliputi peringkat alam kehidupan hingga spesies. Udang galah (Macrobrachium rosenbergii) dapat ditemukan dengan mudah di sungai air tawar dan payau.
Habitat udang galah sentiasa berubah dan berbeza-beza, terutamanya dari peringkat larva, ataupun poslarva hingga dewasa. Fenomena migrasi juga memainkan peranan penting dalam populasi udang galah. Oleh sebab itu generasi udang galah sukar terhapus di persekitaran sungai walaupun populasinya sedikit.
Udang galah bersifat omnivor di samping memiliki saiz mulut yang kecil untuk makan daging dan tumbuhan. Bahan reput, tumbuhan akuatik, daging haiwan, dan daging ikan juga merupakan sumber makanan udang galah.
Disebabkan makanannya mendap di dasar sungai, udang galah menjadi hidupan akuatik yang amat sesuai mendiami habitat di dasar sungai.
Macrobrachium rosenbergii merupakan spesies terbesar dalam kalangan udang air tawar dengan panjang keseluruhan termasuk kelanya mencecah hingga 70 sentimeter dan berat yang melebihi 500 gram. Kadang-kadang boleh mencecah sehingga 2kg.
Haiwan akuatik ini berwarna kebiru-biruan, kehijau-hijauan dan kelabu dengan memiliki kaki renang sebanyak lima pasang termasuk tiga pasang kaki jalan, sepasang penyepit dan sepasang kaki pemungut makanan.
Kulit udang galah yang berupa eksoskeleton adalah separa lembut dengan diselaputi lima segmen kulit yang memudahkannya bergerak, dan berenang.
Mata kumpulan yang dimiliki oleh udang galah membantunya melihat keseluruhan persekitaran. Hal ini menjadikan udang galah sukar terhapus generasinya dari segi keselamatan.
Deria penglihatan ini memudahkan udang galah mengesan musuh di persekitaran kerana udang galah menjadi kegemaran pemangsa seperti ikan haruan, toman, dan keli termasuk haiwan seperti memerang.
Di samping itu, bentuk udang galah juga memudahkannya melakukan penyamaran semasa berada di dasar sungai. Antenular yang berbentuk sesungut berupaya mengesan gradien kimia serta menentukan punca pencemaran.
Udang galah ini bergerak dan mendiami suatu kawasan dalam bentuk kumpulan yang kadangkala mencecah hingga 50 ekor. Namun, kumpulan yang mengawan sentiasa bergerak mengikut pasangan dan memerlukan lopak di dasar sungai. Udang galah juga merupakan krustasea yang gemar akan suasana separa gelap dan kurang pendedahan cahaya matahari.
Sifatnya yang suka menyorok dicelah batu, kayu dan lubang di dasar sungai menjadikan udang galah sebagai hidupan yang unik.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...