
Paus biru
Selain memegang rekod sebagai haiwan terbesar yang pernah ada di muka bumi ini, paus biru juga antara haiwan yang berbunyi kuat.
Suara ‘nyanyian’ ikan ini boleh berterusan sehingga 30 minit dan dapat didengari hingga 161 km jauhnya.
Haiwan ini juga menggunakan suaranya untuk berburu dalam gelap di dasar lautan.
Ikan hering
Ikan ini mengeluarkan bunyi yang terhasil dari pancaran gas duburnya. Pancaran gas ini juga berfungsi sebagai komunikasi sesama mereka selain untuk menakutkan pemangsa.
HAIWAN YANG RAKUS
Yu Harimau (Tiger shark)
Ikan ini cukup terkenal dengan kebuasannya dengan akan memakan apa sahaja yang ada di persekitarannya.
Kajian pernah mendapati di dalam perutnya terdapat kasut, pinggan tanda ia cukup rakus bila lapar.
Di dalam perut induknya, mereka juga saling melahap antara satu sama lain.
Paus biru
Paus biru makanannya adalah krill (invertebrata kecil mirip udang yang panjangnya kurang 1 inci). Paus biru mampu mengambil (melahap) 40 juta krill sehari.
SOTONG YANG PALING GERGASI
Sotong raksasa (giant squid) terbesar yang pernah dicatatkan oleh para saintis adalah hampir 43 kaki (13 meter) panjang.
Sotong raksasa tidak berjaya ditangkap secara hidup-hidup dan saiz terbesar jika ditimbang beratnya hampir satu tan (1,000kg)
Mata sotong raksasa mempunyai diameter 10 inci. Ia adalah saiz bola pantai. Cacing raksasa mempunyai mata terbesar di mana-mana makhluk hidup di dunia.
Trivia Mantap Spesies Dorado Laut

Di peringkat global ikan ini lebih dikenali sebagai dorado, mahi-mahi di Hawaii dan dolphin di Florida. Di Indonesia dikenali sebagai ikan lemadang. Sementara panggilan tempatan pula pelbagai dari golok awak, parang, lumba atau golok. Namun ia lebih sempurna dengan nama ikan belitong.
Belitong memiliki badan leper memanjang, lebar dicbahagian kepala dan menirus hingga ke ekor. Sirip dorsal memanjang hampir ke sirip kaudal. Manakala sirip pelvik bersambung dengan sirip anal. Ekor tirus memanjang dan bercabang.
Spesies jantan dan betina berlainan serta kombinasi warna badan mengikut usia spesies ini. Spesies jantan lebih mudah dikenali dengan kehadiran bonggol di kepalanya. Ia menjadikan ikan pelagik seperti kembong, tamban, selar, bilis sebagai diet dan sotong atau udang.
Lazimnya ia boleh ditemui di laut lepas, kawasan pesisir pantai yang jernih terutama berdekatan dengan unjam. Taburannya boleh ditemui hampir kebanyakan negara terutama kawasan tropika.
Belitong jantan mempunyai kepala yang agak membonjol sedikit jika dibandingkan dengan spesies betina. Sirip Dorsal belitong jantan agak rapat di bahagian kepala spesies betina.
Spesies ini adalah salah satu spesies yang mempunyai kombinasi warna badan yang cantik terutama apabila dilihat di bawah air. Warnanya akan pudar dengan cepat apabila berada di lantai bot.
Warna biru metalik untuk tompokan bintiknya dengan warna hijau menawan di badan menukar kekuningan dari tengah badan sehingga bahagian perut. Warna sirip dorsal pula gelap seperti kehitaman.
Semakin besar spesies semakin cantik kombinasi warna. Sekalipun badan kelihatan leper, belitong berkeupayaan membuka luas mulutnya kira-kira 3/4 dari lebar bahagian kepala. Barisan gigi tajam dan halus mampu mencengkam mangsa dengan mudah dan tidak boleh terlepas lagi.
Ia dilaporkan mampu membesar panjang sehingga 126cm bagi spesimen jantan dan 112cm untuk betina dengan linkungan berat sehingga 40kg.
Di negara kita saiz purata belitong yang dipancing sekitar 50cm hingga 100cm dengan purata berat diantara 2kg hingga 15 kg.
Sesuai dengan sifat yang suka memburu kawanan ikan-ikan pelagik, ia mudah ditemui dikawasan unjam di mana ada kawanan anak ikan bermain. Jika kawasan perairan negara dipenuhi dengan unjam buatan, nescaya jumlah spesies yang cantik ini akan bertambah.
Ikan ini aktif pada waktu dinihari dan jarang dipancing pada masa gelap. Di pantai Timur terutama gugusan pulau-pulau Terengganu, Pahang dan Johor, musim yang paling banyak belitong ditemui ialah di antara Mac hingga Julai.
Paling baik sebaik saja musim tengkujuh berakhir di mana kawanan ikan ini akan lebih rapat ke pantai.
Belitong mempunyai isi yang agak liat berbanding pemburu ikan pelagik yang lain. Rasanya agak tawar sedikit. Oleh kerana lapisan kulit luar yang tebal dan liat, kebanyakan pengemar belitong mengambil isinya sebagai hidangan.
Di Hawaii spesies ini menjadi pilihan pengusaha hotel sebagai hidangan istimewa. Ia dimasak secara grill atau goreng dengan mentega, lada hitam dan sedikit garam. Masyarakat Cina suka stim dan goreng isi yang dipotong nipis-nipis dan dicelup dengan telur.
Toman sebagai pancingan sukan!!

Spesies toman sememangnya menjadi spesies trofi dalam sukan memancing. Boleh dikatakan spesies ini merupakan antara spesies pemangsa yang sangat kuat dan menduduki carta teratas andai diambil kira kekuatan dan keagresifannya.
Dalam aspek pancingan toman secara tradisional, teknik pancingan dasar dan pra permukaan sangat berpotensi dalam menjerat ikan ini.
Umpan yang biasa digunakan ialah anak ikan hidup seperti lampam, anak sebarau, tilapia, seluang dan lain-lain lagi.
Namun, dalam penggunaan umpan hidup ini tidak dapat dinafikan ikan keli merupakan umpan yang efektif dan paling banyak digunakan.
Ikan toman biasanya tidak akan melepaskan peluang membaham umpan hidup yang terkodek-kodek di hadapan matanya.
Selain umpan hidup, umpan ikan mati yang segar turut boleh digunakan dan tidak kurang efektif berbanding umpan hidup.
Dikatakan, kepala ikan sebarau merupakan umpan boleh menimbulkan kemarahan toman untuk membahamnya.
Selain itu, potongan belut yang memiliki darah yang banyak dan hanyir untuk berkesan untuk menjerat toman.
Selain pancingan dasar, spesies toman pastinya menjadi pilihan utama kaki mengilat atau pemancing yang gemar menggunakan umpan tiruan.
Hal ini sudah pasti disebabkan oleh sikap agresif dan kerakusan toman membaham gewang.
Penggunaan gewang bagi memburu toman pula tidaklah terlalu cerewet kerana lazimnya toman akan membaham apa saja bentuk gewang yang menyerupai ikan yang berhampiran dengannya.
Anda boleh menggunakan apa saja gewang permukaan, gewang selaman cetek dan selaman dalam, juga gewang sesudu.
Secara peribadi, penulis lebih gemar menggunakan gewang permukaan kerana ia lebih mendebarkan.
Deburan dari hasil sambaran itu sahaja sudah cukup menghiburkan, apatah lagi setelah gewang diragut dan dihenjut ke dasar.
Kaedah memburu toman juga tidak sukar. Selain mencari dan menanti kemunculannya meneguk udara di permukaan air, toman juga boleh dikesan melalui kewujudan anak-anaknya.
Apabila terjumpa anak-anak toman yang masih kemerahan, peluang untuk anda merasai strike amat tinggi.
Selagi ia belum pernah ditemui oleh pemancing lain, pasti akan ada induk yang mengawasi anak-anak tersebut.
Kedudukan induk penjaga pula lazimnya bergantung kepada saiz kumpulan anak-anaknya. Jika anak masih kecil dan kemerahan, lazimnya ia berada betul-betul di bawahnya.
Maka balingan gewang haruslah tepat ke kawasan anak-anak tersebut.
Selaku ikan trofi, adalah wajar selepas pertarungan ikan toman dilepaskan kembali ke habitat asalnya.
Apatah lagi jika toman tersebut adalah induk yang sedang mengawasi anak-anaknya. Begitu juga jika ia hanya toman bujang.
Sekiranya peluang untuk kesinambungan hidupnya lebih tinggi maka eloklah dilepaskan kembali. Namun, jika berhasrat untuk dijadikan hidangan, bawalah pulang dengan kadar yang sepatutnya sahaja.
Amatlah rugi jika ikan kebanggaan para pemburunya ini ditangkap secara berlebihan.
Tip & Trik Jigging Ruby Snapper!!

Selain teknik dasar atau bottom fishing, ikan ruby snapper juga boleh dipancing dengan aplikasi jigging atau lebih tepat lagi menerusi teknik jigging perlahan.
Malah melalui teknik jigging inilah, spesies dasar ini menjadi popular dalam masa singkat dan hampir semua pemancing mahu mencubanya.
Dengan kaedah ini pemancing harus menggunakan metal jig yang berukuran besar antara 300 gram hingga 600 gm.
Mengunjun jig seberat 300 gm di padang pancing kedalaman 200 hingga 400 meter bukanlah satu usaha yang ringan. Belanja peralatan untuk jigging ruby snapper juga bukan kecil.
Tapi saat kita berhasil strike, kepuasannya akan sangat luar biasa, itulah salah satu sensasi memancing dengan teknik jigging.
Sensasi ini bermula saat kita menurunkan metal jig, pastikan jig kita sampai menyentuh dasar karang, kemudian karau atau pitch dengan berlahan karena ikan ruby pergerakannya
sangat lambat saat menyambar umpan, dibandingkan dengan jenis amberjack atau dogtooth.
Kemudian (setelah karau perlahan) dengan anggaran metal jig sampai pada kedalaman 10 meter atau 20 meter dari dasar laut, kemudian kita turunkan kembali dan begitu seterusnya, sampai kita berhasil mendapatkan sambaran.
Ketika slow jigging masih baru diperkenalkan, jigging ruby snapper ini dianggap satu aplikasi membunuh diri.
Memadai memperoleh seekor sahaja ruby walaupun berskala saiz 2-3 kg sahaja pun, ia memerah kudrat dan keringat untuk mengepamnya ke permukaan dari kedalaman 200 meter.
Hari ini, dengan peralatan pancing yang semakin efisien untuk jigging laut dalam seperti memburu ruby snapper ini, sensasi yang dirasai dan kepuasan amat sangat setelah
mendakap ruby snapper itu membuatkan aplikasi jigging ruby snapper ini menjadi fenomena besar dalam industri perikanan rekreasi tanah air.