Ikan dolfin (dolphin) atau dolfin merupakan nama umum bagi mamalia akuatik dalam order Cetacea.

Terdapat sekurang-kurangnya 40 spesies yang merujuk kepada ikan dolfin termasuklah dolfin laut dan dolfin air tawar.

Berikut disenaraikan beberapa fakta hebat tentang haiwan laut yang hebat.

 

 

➡ Kebanyakan ikan dolfin tinggal di kawasan cetek lautan tropika dan sederhana dan ada di sungai hingga ke kawasan air tawar.

 

➡ Nama saintifik bagi ikan dolfin ialah Delphinadae (spesies lautan) dan Platanistoidea (spesies sungai).

 

➡ Dolfin biasanya mampu membesar panjang antara 1.2meter – 10.0meter panjang.

 

➡ Mereka biasanya memiliki berat antara 50 kg – 7000kg!

 

➡ Dolfin adalah haiwan karnivor. Ikan, sotong dan krustasea adalah makanan yang dimakan dolfin.

 

 

➡ Dolfin mampu makan makanan 10% dari berat badannya.

 

➡ Dolfin adalah haiwan yang sangat pintar. Mereka sama pintar dengan kera, dan evolusi otak mereka yang lebih besar dam hampir menyamai dengan manusia.

 

➡ Dolfin adalah sebahagian daripada keluarga paus termasuklah paus pembunuh, orcas!

 

➡ Paus pembunuh dikenali sebagai Orca adalah jenis dolphin terbesar. Paus Orca atau paus pembunuh dianggap sebagai makhluk laut terbesar di dunia.

 

➡ Dolfin mempunyai penglihatan yang baik di dalam dan di luar air.

 

➡ Mereka mempunyai frekuensi pendengaran yang baik iaitu 10 kali ganda daripada manusia dewasa.

 

 

➡ Pencemaran, memancing dan memburu adalah ancaman sebenar untuk dolfin.

 

➡ Dolfin boleh hidup sehingga 50 tahun.

 

➡ Dolfin mempunyai 2 perut.

 

➡ Dolfin perlu timbul ke permukaan air untuk bernafas.

 

➡ Tidak seperti mamalia darat, ikan dolfin mempunyai lubang berasingan bagi setiap tugas untuk bernafas.

 

➡ Dolfin makan melalui mulut mereka dan bernafas melalui lubang semburannya.

 

 

➡ Mereka mampu menyelam sehingga 1000 kaki di lautan.

 

➡ Dolfin sangat mesra kepada manusia dan haiwan.

 

➡ Dolfin tidak pernah mengunyah makanan mereka.

 

➡ Mereka mampu berenang dengan kepantasan 30kilometer perjam.

 

➡ Dolfin boleh berkomunikasi dengan satu sama lain dengan mengklik, bersiul dan bunyi lain.

 

➡ Dolfin boleh melonjak setinggi 25 kaki dari air.

 

 

➡ Dolfin sangat sosial, hidup dalam kumpulan yang memburu dan bermain bersama.

 

➡ Kumpulan dolfin boleh mempunyai 1,000 ahli atau lebih.

 

Tinggalkan Komen