Auto Mode – ia telah diprogramkan secara auto mode dari segi bacaan aperture, shutter speed, ISO, AWB (auto white balance). Anda hanya perlu laraskan sahaja, dan gambar akan terhasil secara auto mengikut bacaan persekitaran.
Auto Flash Off Mode – Fungsinya sama seperti auto mode, Cuma ia sesuai digunakan pada persekitaran tertutup seperti dalam muzium, teater, dalam rumah.
Potrait Mode – Penggunaan mode ini akan menghasilkan kulit wajah yang lebih lembut dan mulus. Penggunaan aperture yang lebih tinggi atau rendah akan menyebabkan bahagian belakang gambar tidak fokus.
Landscape Mode – Ia dihasilkan bagi memudahkan juru foto mengambil gambar yang bersaiz landskap terutamanya di waktu siang. ‘Built-in-flash’ akan dimatikan secara automatik dan anda pastinya memerlukan tripod sebagai sokongan.
Ads
Child Mode – Fungsi kamera ini adalah untuk menjadikan latar belakang gambar menjadi lebih terang dan ceria selain membuatkan kulit kanak-kanak menjadi lebih lembut.
Sports Mode – Flash akan automatik tutup dan butang ini akan automatik set pada shutter speed lebih tinggi untuk memegunkan segala pergerakan.
Ads
Close-up Mode – ia akan mengecilkan saiz aperture untuk menghasilkan depth-of-field yang baik. Gunakan tripod bagi mengelakkan gegaran berlaku sewaktu mengambil gambar.
Night Potrait Mode – Flash akan terus dihalakan pada subjek. Ia amat sesuai di digunakan sewaktu mengambil gambar pada waktu malam.
Ads
Manual Mode – ia digunakan sepenuhnya untuk mereka yang lebih profesional. Anda boleh set sendiri shutter speed atau aperture untuk kegunaan dan kesesuaian anda.
Aperture Priority – Gunakan ini jika anda ingin set sendiri aperture anda. Fungsi yang lain seperti shutter speed, ISO, AWB akan ditentukan sendiri secara auto pada kamera.
Shutter Priority – Begitu juga dengan simbol ini. Anda boleh set sendiri shutter speed dan yang lain akan ditentukan oleh kamera.
Program AE Mode – Sangat ideal digunakan untuk mengambil gambar sebarang acara atau kekurangan masa. Kamera akan secara auto set pada shutter speed dan aperture akan tetapi anda perlu set sendiri dari segi AWB, ISO, setting lain dan sebagainya
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
“Percayakah kamu sekiranya saya menyatakan adalah sesuatu yang sangat sukar untuk menaikkan seekor temoleh seberat 40 kg ke dalam sampan kecil berseorangan?”
Dalam fikiran aku, tentu saja sedang kita membongkok cuba menaikkan ikan liar yang terperangkap dalam jala panjang 10 kaki itu ke dalam sampan, sampan akan terumbang-ambing dan terus senget.
“Sudah tentu air akan mencurah-curah masuk. Kamu boleh bayangkan nasib penjala tersebut!” ucap Cek Mat kepadaku ketika aku sedang menghirup kopi pekat di anjung rumah pusaka datuknya. Cek Mat terus menceritakan lagi kisahnya…..
Aku sendiri pun pada mulanya tidak yakin, tapi setelah melihat sendiri Pak Jangit mendayung sampan dengan membawa seekor temoleh besar dalam perut sampannya yang sedang merapat ke tebing memang sungguh mengejutkan.
“Ada orang tolong Pak Jangit tadi ke?” kata aku sambil memerhati sampan Pak Jangit mula merapati tebing.
“Kamukan nampak aku seorang je ni,” ujar Pak Jangit sambil tersenyum.
Aku terdiam. Dalam fikiranku mungkin ada seseorang yang sedang mudik ke hulu bertembung dan membantunya menaikkan ikan tersebut ke dalam sampan. Mana mungkin seseorang menaikkan ikan tersebut bersendirian, fikirku lagi.
Aku segera membantu Pak Jangit memikul ikan temoleh menuju ke rumahnya yang berjarak suku batu. Suasana agak suram bila memasuki lorong kebun getah yang menuju ke rumahnya yang jauh dari rumah jiran-jiran.
Terasa pelik dan kagum apabila melihat Pak Jangit masih gagah memikul tanpa mengeluh ikan tersebut naik ke dapurnya. Pak Jangit mengeluarkan golok dan menyuruh aku memotong mana-mana bahagian yang aku sukai.
Melihat aku masih ragu-ragu, Pak Jangit lantas memotong bahagian kepala dan memasukkan ke dalam buntil tepung dan menyerahkan padaku untuk dibawa pulang.
Esoknya, selepas pulang dari bekerja di Kilang Getah Kati Estate, aku mencapai batang-batang joran lantas mencapai basikal. Hajatku untuk pergi memancing. Di simpang jalan aku singgah di Kedai Runcit Pak Alang Him untuk membeli rokok dan sedikit roti manis buat bekalan.
Bunyi riang-riang rimba yang tingkah meningkah menyambut kedatanganku di pinggir sungai. Dua batang pancing segera kusiapkan dan siap kutambatkan pada anak pokok pinang. Aku pun bersandar pada perdu pokok sambil mengeluarkan bekalan roti yang dibawa.
Tiba-tiba aku teringat pelawaan Pak Jangit mengajak aku menjala ikan bersamanya. Seingat aku Pak Jangit Tamih pernah memberitahu dia berasal dari suku Kerinci dari daerah Jambi, Indonesia. Telah setahun Pak Jangit mengambil upah menoreh getah di kebun ketua kampung. Pak Jangit pernah berkahwin tapi bercerai tanpa meninggalkan zuriat.
Aneh, orangnya. Rela tinggal bersendirian di hujung kampung dan menghuni rumah kecil peninggalan Bidan Mak Limah.
Sekiranya tidak menoreh kerana hujan, dia akan membuat jala. Kadang-kadang ada juga orang kampung turut menempah jala darinya. Cuma dia agak kurang bergaul. Satu-satunya yang menentang keras akan kehadirannya adalah Pak Malim, seorang guru silat di kampung kami.
Pernah tiga bulan yang lalu, Pak Jangit menggemparkan penduduk Kampung Beluru dengan tangkapan ikan temoleh seberat 40kg di Sungai Jawang. Berita kejayaannya telah menjemput kaki-kaki pancing dan pemukat dari kampung-kampung berhampiran.
Namun ramai yang hampa. Cuma Pak Ngah Tago agak bernasib baik dapat menaikkan temoleh 17 kg, itu pun dibantu oleh anak bujangnya yang ikut bersama.
Aku menyalakan sebatang rokok. Nyamuk yang berlegar di sekeliling badanku mulai berkurangan. Ada juga desas-desus menyatakan Pak Jangit mengamalkan ilmu hitam. Ada juga menyatakan Pak Jangit ada pendamping.
Terasa seram menyelubungi diri sewaktu aku berpaling ke kiri. Berderau darahku. Berdiri di bawah pokok salak kelihatan Pak Malim yang sedang melangkah ke arahku. Kami pemuda-pemuda Kampung Beluru dan kampung-kampung sekitarnya sangat menghormatinya kerana ilmu persilatannya yang tinggi.
“Aku mencari kerbau aku yang terlepas!” ujar Pak Malim sewaktu aku bertanya akan kehadirannya. Aku dengar kau nak ikut Pak Jangit menjala? Berhati-hati jangan cepat percaya dengan orang luar.”
Aku mula merasa tidak selesa. Bagaimana Pak Malim boleh tahu rancanganku? bisik hatiku. “Mat, kau ada rasa kelainan tak semasa berada di halaman rumahnya?”. Aku mengangguk perlahan.
Memang aku akui. Ada ketikanya suasana tiba-tiba rasa sejuk yang melampau, bau kemenyan yang nipis menusuk ke hidung sewaktu berada di halaman rumahnya. Lebih-lebih lagi waktu rembang petang.
“Kebaikan kau akan dipergunakannya, berkemungkinan dia akan melepaskan sakanya pada kamu.” Aku merenung jauh memikirkan kata-kata Pak Malim. “Kehebatannya menaikkan ikan-ikan besar seorang diri ke dalam sampan hanyalah dibantu oleh pendampingnya. Tapi ingat itu hanyalah ilmu dunia yang sementara!”
Aku mula merenung muka Pak Malim. Sayup-sayup kedengaran bunyi kereta api barang melintasi jambatan besi Victoria. Petang yang cerah tiba-tiba bertukar kelam. Langit hitam beserta angin kencang membawa gerimis. Sebaik bunyi guruh berdentum kuat, tiba-tiba kami dikejutkan kelibat Pak Jangit di bawah pokok kabong, sambil merenung tajam ke arah kami.
Daripada pandangan mata wajahnya, perlahan-lahan seakan berubah menjadi harimau. Suaranya kedengaran garau dan bersedia dalam kedudukan untuk menerkam kami.
Pak Malim lantas mengeluarkan kain hitam berjalur merah. Dari mulutnya meluncur ayat-ayat suci. “Mat kamu jangan gentar, teruskan membaca ayat Qursi.” Aku akur sambil cuba melangkah pantas ke belakang Pak Malim.
Belum sempat aku berada di belakang Pak Malim, satu tamparan singgah di dada kiriku. Sepantas kilat Pak Malim merentap daunan dan menepuk sambil mulutnya kumat kamit menghembuskan ke dadaku dan tangan kiriku menekup daunan seperti diarahkan. Aneh!
Dalam beberapa saat dada terasa seperti terbakar mula reda seperti di sirami air dingin. Jelmaan Pak Jangit yang telah bertukar wajah kepada harimau jadian mengaum sekuat tenaganya.
Terkamannya yang agak tersasar memberi peluang Pak Malim melibas muka harimau jadian dengan kain hitam dengan sekuat hati. Lantas ghaib dari pandangan mata kami dan meninggalkan bau kemenyan yang tajam. Perlahan-lahan Pak Malim memapahku pulang….
“Peristiwa ini telah 20 tahun berlalu. Pak Malim pun telah lama meninggal dunia. Pak Jangit telah lama menghilangkan diri tanpa berita. Lihatlah ini bekas cakarannya masih meninggalkan parut di dadaku sebagai kenangan,” Ucap Cek Mat sambil tertawa kecil.
Matanya merenung jauh ke puncak Bukit Karai. Sesekali mataku merenungi bunga-bunga teratai di permukaan kolam yang berada di pinggir rumah pusaka Cek Mat.
“Setiap kejadian ada hikmahnya. Cuma kita harus selalu berwaspada. Ingatlah pada yang Esa!” ucap Cek Mat perlahan kepada ku.
“Penah mancing ikan ni kat jeti rm5 tanjung harapan…. masa nak buka mata kail, ntah cmne ikan ni nglupur terkena plak duri atas tu. Die punye bisa… perghh! Hilang mood mancing… berdenyut2… panas…!”
– HAFIZ RAZALI
“Bese gune cengkerik n cacing pncing ikn ni d tg. api… isi sedap tp perut busuk masa siang.”
– ZULKIFLY JALIL ALMALIRI
“Duk atas kelong, mancing celah2 kayu pakai umpan roti… layan. Tp kwn aku kene duri dia, berlubang baq ang tgn dia… mnggelupoq! Haha.”
– KHAYYUM KARIM
“Ikan ni sedap goreng n buat masak lemak cili api… Dulu rajin myiang smpi tgn kena duri dia… bisa ya amat la smpi kena p klinik cucuk!”
– NOOR SAKIAH MAT TASI
“Kalau ikan kitang saiz pinggan… leh guna mata 1 saiz kecik umpan belacan gaul ngn tepung. Pkai pelampong… perambut xyah pnjng. Air gerak pasang dia start mkn. Dh penuh dia x nak lyn. Kwn nk try kt kg pasir putih, pasir gudang.
Ade 1 tip bleh cubalh… ambik buah nenas masak saiz kck jer. Kupas kulit ikat jadikn denak dlm air… ikn ni suka makn buah2an. Pas tu leh guna apollo umpn isi udang or apollo mata kosong.”
– MUSKETER MUSKETER
“Paling senang nak cari ikan ni… kt celah2 sangkar ternak ikan. Guna mata kail kecil shja berumpankan isi udang. Nak dpt bnyk guna shja rod tampa reel. Klu guna joran buluh lgi bagus… dh mcm kt parit pulak rasanya mcm masa budak2 dulu. Tpi awas sirip atas ikan ni… bisa klu kene.”
– ESA MOHAMED
“Bila teman tengok ikan ini… teringat masa trip 3h2mlm plau jarak. Tekong bawa macing ikan kitang tepi pulau2 jarak… aje hawo… naye je kena.”
– ZULKIFLI ZUL
“Ikan ni dlu admin klau kt kuantan mmg sdp. Dlu mse mncing dgn ayh, dkt 20-30 ekor bwk balik goreng belada. Tp sekarang ikan ni klau dpt, nk jamah skit pn xleh buat mkn, sb berbau hanyir. Jd hargai n jaga la kebersihan, hrp sungai, muara kita bertmbh baik, bkn buruk.”
– Al SHAUFIK
“Pengalaman pancing ikan ni kat tiang tengah jambatan pulau pinang. Mula2 tak tahu pasal ikan ni. Selalu nampak ikan ni makan teritip kat tiang jmabatan hanya beberapa kaki dari permukaan air. Kawan ajar macam mana nak pancing. Guna roti, mata kail kecil. ikan ni saya buat bakar je… paling masyuk bila dapat ikan yg ada telur… perghhh…!”
– MOHD FAUZI
“Ikan ni berkawan… mudah nak dapat. Guna joran udang memang best layan. Di Terengganu, ikan ni orang tak makan sangat. Dikategori sebagai ikan pengacau yang mencuri umpan. Kalau dapat, biasa lepas balik.”
– EN ABE DIN
“Cuti baru ni mancing ikan ni kat muara Sg Ibai. Pakai umpan hirisan sotong. Punya susah nak dapat sbb terpakai kail besar sikit. Air masa tu baru nak hala ke surut. Since air jernih nampak ikan ni memecahkan & makan teritip yg terlekat di batu dalam air. Giginya tajam sampai tali braided pun berbulu di tergigitnya.”
– MD RAISYAM
“Seronok mancing ikan nie macam main lelayang bile dia dah makan umpan udang. Goreng pon sedap, kulit macam sandpaper bolih gosok periuk.”
– MOHD FUAD YUSOF GP
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Pacak adalah istilah yang digunakan oleh mat rempit bagi menggambarkan motosikal kapcai yang diwelley tegak dengan niat tunjuk lagak nak mampus kat jalan raya. Istilah pacak jugak digunakan oleh budak-budak sekolah/ remaja pada rambut yang ditegakkan dengan minyak rambut. Pemancing jugak menggunakan istilah pacak. Kami akan mendedahkan beberapa lagi istilah kaki pancing dalam keluaran kali ini.
FRENZY
Banyaknya ikan pelbagai jenis pada sesuatu lubuk, sungai, tasik, muara atau kat laut. Baling je umpan, gerenti kena sambar!
BOILING
Permukaan air kelihatan seperti menggelegak kerana banyaknya pergerakan ikan dalam bulatan di sesuatu kawasan.
PACAK
Menggambarkan seseorang pemancing terpacak berdiri dengan keadaan jorannya meliuk atas kepala masa bertarung dengan ikan.
NGANYIR
Pemancing yang hanyir atau mudah mendapat ikan bila memancing.
RENTUNG
Berpanasan seharian memancing khususnya casting tapi tak dapat ikan bersamaan dengan kumpau.
BORENG
Pelantar minyak. Pancingan sekitar kawasan pelantar minyak
RANGGAS
Spot memancing yang banyak halangan seperti dahan kayu atau tiang atau pokok tumbang
NELAYAN KOLAM
Pemancing yang mencari makan dengan menjual hasil pancingan di kolam
PARIH
Istilah biasa digunakan pemancing di Terengganu membawa makna tali pancing bersilang dengan pemancing lain
TOMAN JALUR
Istilah untuk toman juvana yang belum pecah tompoknya dan sebaiknya dilepaskan kembali.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...