Setelah bertarung habis-habisan, ikan akan menjadi sangat letih dan tidak berupaya. Oleh itu ikan perlu dirawat pulih terlebih dahulu sebelum terus dilepaskan ke dalam air. Walaupun ikan kelihatan masih bermaya sewaktu dilepaskan, sebenarnya ia terdedah kepada bahaya atau mungkin akan menjadi mangsa kepada predator lain.
Ikan hendaklah sentiasa berada di dalam air sepanjang masa. Sekiranya untuk mengambil gambar foto, pastikan jurufoto telah bersiap sedia dan lakukan dengan pantas agar ikan tersebut dengan segera diletakkan semula ke dalam air.
IKLAN
Langkah pertama pastikan kepala ikan tersebut mengarah ke hulu sungai, pilihlah suatu sudut atau kawasan yang berarus perlahan (manakala di tasik atau lautan, arus bukanlah suatu faktor masalah bagi proses merawat pulih tangkapan). Pastikan aliran air memasuki bahagian mulut dan insangnya.
IKLAN
Gerakkan ikan secara perlahan-lahan dengan menyorong ia ke depan dan undur semula ke belakang berulang kali sehingga kelihatan bahagian insangnya mula membuka dan menutup sehingga stabil. Pastikan badan ikan dipegang dengan lemah lembut.
IKLAN
Bila ikan tersebut semakin pulih dan stabil dan cuba untuk memulakan renangan, maka biarkan ia terus berenang dengan sendirinya dari tangan kita. Ikan yang besar biasanya mengambil masa untuk kembali pulih, maka ulangi proses tersebut berkali-kali sehingga ia pulih seperti sediakala.
Perhati ikan berenang pergi dengan sendirinya. Jika ikan kelihatan seperti miring maka berilah bantuan sekali lagi. Dan sekiranya sudah tidak berpeluang untuk hidup, bawalah ia pulang untuk dijadikan hidangan.
Gerong belang adalah ikan tak bergigi, ia jarang meronda di karang tinggi. Cuma pemancing perlu bijak menanganinya ketika ia cuba membelit di tali sauh atau tali bubu berhampiran. gerong belang adalah ikan peka dan bijak menghidu ancaman bahaya.
Ramai berpendapat bahawa mengunakan tangsi kasar terutama saiz perambut boleh menjejaskan tangkapan.
Di sini perambut memainkan peranan utama selain teknik pancing yang betul. Ramai nelayan hanya menggunakan perambut 20lb atau 30lb dengan tali utama 40lb atau 50lb (mereka pakai koyan).
Perambut diguna pakai oleh nelayan amat panjang sehingga 5 depa sebelum disambung pada tali utama tapi ia sukar ditiru oleh pemancing menggunakan joran.
Bagi pemancing pula perambut sedepa atau dua depa sudah mencukupi. Jika yakin dan berani lebih halus lebih baik kadar sentapan ikan. Tapi jangan gopoh pula bila sentapan berlaku. Kebanyakan warna perambut dan tali utama adalah putih atau jernih kurang nampak di dalam air.
Walaupun gerong belang membesar pada skala maksimum 15 kg namun saiz purata tangkapan di negara ialah 3kg hingga 8 kg. Pada angka 5kg sudah dianggap monster.
Ia kuat menekan ke bawah joran dan melarikan sejauh mungkin apabila tersangkut mata kail. Anda akan lihat betapa peritnya kekili diasak. Waktu ini kita perlu memberi dahulu dan melayan seketika kerana tenaga masih kuat. Karau masuk tali sebaik sahaja ia berpatah balik dan beri semula apabila ia menekan semula. Mainkan ia sehingga letih atau kita yang letih dahulu, tengok siapa yang kuat.
Gerong belang biasanya bertahan di pertengahan air, amat jarang menjerumuskan diri ke celah karang kecuali struktur halangan yang tinggi di dalam air.
Teknik Dan Umpan
Gerong belang bersifat kumpulan dan banyak mendiami pertengahan air dari 3 hingga 10 depa dari dasar bergantung kepada kedalaman air. Jadi umpan dasar kurang menjadi kecuali kedalaman air kurang dari 40 kaki. Gantung sedikit umpan sebaik sahaja ia mencecah dasar. Umpan jarang digigit atau digonggong.
Lazimnya gerong belang akan menyedut umpan ke dalam mulut kemuadian ditelannya. Ia bukan ikan bermulut luas seperti kerapu, saiz umpan jangan terlalu besar dari kemampuannya untuk menelan. Bilis sememangnya dikenali penjerat utama gerong belang kerana ia merupakan diet utama ikan trevally.
Selain bilis menjadi senarai utama, anak tamban hidup, udang hidup, anak ikan kekunyit, anak selar, anak kembung dan anak selar kuning berada dalam senarai alternatif dijadikan umpan. Bagaimanapun hirisan ikan mati, sotong dan udang menjadi pilihan terakhir jika bilis atau umpan hidup sukar diperolehi.
Jika tiada unjang untuk mendapatkan anak ikan pelagik kecil, apollo boleh digunakan untuk mendapatkan anak ikan kunyit. Cangkuk sedikit hirisan ikan pada mata kail, labuhkan ke dasar. Tunggu getuan kecil macam biasa kita memancing ikan kecil.
Jika berjaya menawan anak kunyit kecil kurang dari 2 jari sudah dikira cun sebagai umpan hidup menjerat gerong belang. Anak kunyit selain gerong belang, kerapu, haruan tasik, tenuk dan pemangsa lain turut menggemarinya.
Pemancing bijak akan menilai kedalaman air semasa melabuhkan umpan. Selain umpan dinaikkan ke atas sedikit, pelbagai kedalaman air dicuba sehingga ada sentapan. Angkat sedepa, dua, tiga hingga berterusan menantikan umpan ditemui pemangsa yang diburu. Sekiranya air berarus sederhana guna pemberat kecil atau batu hidup.
Tunggu jika ada gerong belang lalu rembat umpan. Saat yang dinantikan oleh semua pemancing pasti akan menjadi kenyataan sebaik sahaja joran melentur disusuli desingan kekili!
Cara terbaik memancing ketarap ialah dengan memegang joran. Ini kerana kita akan cepat merasa getuan dan bersedia untuk melakukan hook up bagi menghela ketarap jauh daripada lubangnya.
Pada permulaannya, ketarap akan memberi tekanan yang paling maksimum, jelas kelihatan joran akan membengkok. Kita tidak perlu merasa panik dan tunggu saja, di mana tidak perlu terburu-buru membuat karauan.
Sekejap saja tekanan semakin kendur dan mulalah mengarau kekili anda, pasti akan merasa seakan menarik seketul batu yang besar.
Daya juang ketarap memang kuat sebaik saja meragut umpan, tetapi sekejap saja ia akan mengangkat bendera putih. Tetapi yang penting, kita dapat mengawalnya daripada menyelinap ke dalam lubang atau struktur berbatu dan karang.
Sekiranya ikan terlebih dahulu menyelinap ke dalam struktur berbatu, lupakan niat anda ingin bergambar dengan spesies cantik berwarna-warni ini.
Perambut kasar 80lb atau lebih disarankan. Ini bukan kerana gigi kapak yang tajam, tetapi untuk mengelakkan perambut mudah putus sebaik saja bergesel dasar berbatu dan berteritip.
Panjang perambut cukuplah sedepa, paling elok sekiranya anda dapat meletakkan umpan anda betul-betul di atas struktur berkarang, dengan batu ladung diangkat sedikit ke atas.
Drag hendaklah dikunci mati, di mana kita tidak boleh bermain tarik tali dengannya. Memancing ketarap disarankan menggunakan joran yang agak keras dengan kekili berkualiti tinggi, agar sistem tegangan berfungsi dengan baik.
Pernah sebelum ini seorang pemancing menggunakan kekili murah. Sebaik saja dihentam ketarap, tali masih lagi keluar dari spool, walaupun sistem tegangan sudah di tahap paling
maksimum. Mungkin ketarap besar sudah membaham umpannya. Ia satu kerugian yang amat dikesali.
Gunakan reel spinning saiz 3000 ke bawah atau LPBC (low profile bait casting) untuk aksi ringan.
Rod
Rod bersaiz 8 – 17lb memadai untuk menerima tentangan siakap merah.
Mainline
Tali utama braided berkekuatan 20lb dan tali leader berkekuatan 30lb sesuai digunakan di sini.
Aksesori
Gunakan split ring dan mata kail yang berkualiti dan heavy duty kerana peluang mendaratkan mangsa lebih tinggi dan kes rabut atau mata kail terkangkang dapat dielakkan.
Boleh guna mata kail tunggal, untuk mengelakkan kes tersangkut kerana persekitaran mempunyai banyak akar bakau atau reba. Tetapi pilih mata tunggal jenis kuat.
Casting menggunakan ikan julung yang diikat dengan dawai adalah umpan terbaik untuk menjerat mangsa disini namun gewang selaman dalam juga boleh di gunakan seperti gewang Rapala TD-7 GFR, SR-7 Pearl White, MR-7 Silver Florescent Chartreuse SFC, SSR-7 Shad, SR-7 Shad, Max Rap-9 Silver Blue dan MR-7, Rapala Tail Dancer 9 cm, Hot Tiger, Storm Thunder Crank 7 cm Clown.
Gunakan gewang berwarna terang ketika air agak keruh dan gunakan gewang berwarna silver atau putih menyerupai ikan julung ketika air jernih.
Pelbagaikan teknik karauan sama ada laju, perlahan atau mengenjut gewang ketika karauan dibuat.
Kenal pasti lubuk dengan melihat ikan membuat sambaran anak ikan kecil di permukaan air atau mengenalpasti reba yang berada di dasar atau tepi alur sungai ketika air surut.