Apa yang kita ada pada hari ini, amatlah wajar kita hargai dan pastikan ia terus kekal untuk tatapan generasi akan datang. Janganlah kerana kerakusan kita memancing hingga habis limit, anak cucu kita tidak lagi kenal rupa bentuk ikan yang ada di perairan kita.

Adalah sesuatu yang amat malang, jika suatu hari nanti, seluruh perairan kita bukan sahaja dipenuhi ikan pendatang tetapi juga sampah!

 

SILA AMALKAN TANGKAP DAN LEPAS

 

  • Sila cuba mendaratkan ikan andasecepat yang mungkin. Ini mengelakkan dari paras asid lactic dalam ikan menjadi terlalu tinggi dan mungkin membunuhnya.
  • Gunakan tangguk, bukan cangkuk (gaff). Tangguk perlulah dari bahan jaring yang halus dan tidak mencederakan sisik ikan.
  • Basahkan tangan anda sebelum anda memegang ikan. Ini mengelakkan dari lendir ikan dikikiskan. Lendir ini adalah agen pertahanannya dari penyakit!
  • Jika boleh biarkan ikan didalam air ketika anda menanggalkan mata kail.
  • Setelah menanggalkan mata kail, pegang ekornya di dalam air, dan olakkan ikan sehingga ia mula meronta, kemudian lepaskanlah ia.
  • Jika anda ingin mengambil gambar ikan, buatlah secepat mungkin. Setiap saat ikan itu di luar air, maka semakin kurang peluangnya untuk hidup. Jangan gantung ikan dari insang atau bibirnya saja. Ini merosakkan organ dalamannya. Gunakan kedua-dua tangan anda, biarkan ikan itu dalam posisi mendatar.
  • Jangan sekali-kali melepaskan ikan pendatang balik ke dalam air (kecuali anda memancing di kolam berbayar).

Etika Memancing Ekstra : Tangkap Lepas & Pemuliharaan Alam

IKLAN

 

SEKITAR KEBERSIHAN

 

  • Bawa balik apa-apa barang yang andabawa memancing. Jangan tinggalkan atau buang sampah merata-rata.
  • Bila memancing, bawa beg sampah yang besar, supaya sampah lebih senang dibawa pulang. Kutip sampah orang lain juga. Moga-moga anda menjadi contoh kepada orang lain!
  • Tumpukan perhatian kepada tali pancing lama, beg-beg plastik dan batu-batu ladung kecil. bahan-bahan ini telah menjejaskan kehidupan seperti burung dan ikan. Bawa pulang bahan-bahan ini.
  • Tin kosong serta beg plastik yang ditinggalkan mungkin akan menakung air hujan dan justeru menjadi tempat pembiakan nyamuk. Bawanya ia pulang!

 

IKLAN

Etika Memancing Ekstra : Tangkap Lepas & Pemuliharaan Alam

 

MENJAGA KUALITI PERAIRAN

 

IKLAN
  • Jangan kotorkan sungai atau tasik yanganda lawati.
  • Kalau tiada tandas untuk andamembuang air, jangan lakukannya di dalam atau berdekatan dengan perairan. Jika anda ingin membuang air besar, gali sebuah lubang, jauh dari perairan, kemudian kambuskan semula.
  • Di perairan seperti kolam atau lombong kecil, jangan gunakan terlalu banyak umpan saham atau rasuah, kerana ini akan menjejaskan kualiti air.
  • Jangan buang apa-apa bahan kimia (seperti sabun, minyak, atau pun air tin berkabonat ke dalam perairan atau pun berhampiran dengannya).
  • Jangan guna terlalu banyak racun serangga (insecticide spray) dan bahan seperti serbuk belerang. Bahan-bahan ini mungkin memasuki perairan.

 

MENJAGA PERSEKITARAN DAN TUMBUHAN

 

Etika Memancing Ekstra : Tangkap Lepas & Pemuliharaan Alam

 

  • Cuba elakkan memotong tumbuhan di sekitar tempat anda memancing. Tumbuhan ini adalah rumah bagi serangga, suatu sumber utama makanan ikan.
  • Jika anda ingin mendirikan khemah,gunakan tapak yang sedia ada. Cuba elakkan membuka tapak khemah yang baru. Tanah yang terdedah akan mengakibatkan lumpur memasuki perairan bila hujan lebat. Ini menjejaskan kehidupan air, termasuk ikan.
  • Jangan membuat unggun api, kecuali perlu. Dapur khemah yang menguunakan gas atau sebagainya adalah lebih mesra alam. Jika anda terpaksa membuat unggun, pastikan ia tidak merebak ke pokok atau tumbuhan berdekatan. Pastikan unggun dipadamkan sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
  • Di tapak khemah atau bila menjelajah hutan, jangan biarkan anak-anak pokok yang ditebang, meninggalkan kayu terpacak dari tanah. Ia ibarat perangkap samar yang mungkin menembusi badan bila anda jatuh ke tanah. Potong rata pada pangkalnya, supaya tiada kayu tajam menonjol.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI