Suatu ketika dulu setiap kaki casting memiliki sekurang-kurangnya seketul jump frog di dalam kotak gewang. Lama kelamaan soft frog mengambil alih kepopularan jump frog. Maka tidak ramai pengusaha pembuatan sendiri jump frog.
Namun belum terlambat untuk korang buat sendiri. Harus diingat ikan bukannya memilih gewang mana yang lebih popular untuk disambar.
Bahan keperluan:
Kayu nangka atau apa saja kayu yang mampu mengapung dengan baik.
Dawai
Mata kail dua mata
Epoxy tahan lasak untuk metal
Solder dan timah
Kertas pasir
Janggut getah
Cat spray
Cara Menghasilkannya:
Cara 1
Potong kayu nangka dengan gergaji mengikut saiz jump frog yang dikehendaki dan raut bentuknya dengan menggunakan pisau.
Cara2
Setelah diraut bentuk gewang dikehendaki, gosok keseluruhan permukaan kayu dengan kertas pasir.
Cara3
Sebaiknya gunakan kertas pasir yang lebih kasar dan digosok dengan menggunakan air sabun. Menggosok kayu yang dibasahi air sabun lebih mudah berbanding kayu yang kering.
Cara 4
Gunakan gergaji untuk membelah dan membentuk lurah (kedalamannya separuh daripada gewang) di mana lurah ini akan dimasukkan dawai.
Cara 5
Pandangan dari arah atas sebagai panduan kedalaman lurah.
Cara 6
Potong dawai keras dua kali panjang dari saiz gewang kemudian lipat dengan menghasilkan lingkaran pada kedua-dua bahagian ujungnya.
Cara 7
Masukkan dawai ke dalam lurah dan tutup sepenuhnya dengan gam epoxy.
Cara 8
Pastikan gam atau epoxy betul-betul kering dan mengeras kemudian barulah digosok hingga licin.
Cara 9
Gewang sudah digosok dengan licin.
Cara 10
Buatkan satu lubang kecil di bahagian bawah perut gewang untuk diletakkan pemberat.
Cara 11
Panaskan solder kemudian titiskan timah yang cair ke dalam lubang tersebut.
Cara 12
Letakkan mata kail pada gewang kemudian uji tahap kestabilannya di air. Sekiranya kepala gewang mendongak ke atas bermakna pemberat sudah mencukupi.
Cara 13
Setelah memperoleh kestabilan yang dikehendaki, Cara seterusnya adalah untuk menutup lubang timah tersebut.
Cara 14
Dengan menggunakan gam atau epoxy yang sama tutupi lubang tersebut.
Cara 15
Pastikan gam sudah kering kemudian barulah ia digosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Cara 16
Cara seterusnya adalah untuk mewarna atau mengecat gewang.
Cara 17
Tentukan dahulu bagaimana anda ingin mengecat gewang tersebut.
Cara 18
Gewang yang telah siap diwarnakan.
Cara 19
Setelah cat kering, lapisi pula dengan cat warna jernih atau clear.
Cara 20
Cara seterusnya adalah memasang getah janggut dan mata kail pada gewang dan selepas itu sudah boleh digunakan.
NYMPH adalah salah satu pattern yang paling efektif dalam fly fishing dan mempunyai peminat yang tersendiri. Ia mungkin disebabkan ianya lebih mudah dimainkan dan senang untuk mendapatkan hasil pancingan.
Apa yang menariknya, kebanyakan fly pattern ini diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang diambil dari bulu-bulu haiwan seperti rusa, tupai, burung dan lain-lain.
Pada saat ini, pemancing mula mempercayai bahawa fly pattern jenis serangga juga boleh digunakan untuk memancing dan digantikan dengan umpan hidup.
Jadi dalam isu kali ini, saya ingin berkongsi satu cara untuk mengikat pattern nymph tanpa menggunakan banyak jenis material. Hanya perlu ada satu bahan asas ianya PHEASANT TAIL iaitu bulu bahagian ekor burung pegar.
Alatan dan bahan
1- Vise
2- Bobbin & thread (olive colour)
3- Whipe finishing
4- Gunting
5- Medium size copper wire
6- Pheasant tail (bulu burung pegar)
7- Mustad hook #12
8- Dubbing material brown
9- Peacock herl (bulu burung merak)
Langkah 1
Mulakan ikatan dari bahagian depan.
Langkah 2
Letakkan copper wire dan ikat sehingga bahagian belakang.
Langkah 3
Ambil sedikit pheasant tail untuk dijadikan ekor.
Langkah 4
Lilitkan lebihan pheasant tail di bahagian badan sehingga kebahagiaan depan dan potong lebihan.
Langkah 5
Lilitkan copper wire berjarak sehingga ke bahagian depan dan potongkan lebihan.
Langkah 6
Ambil lagi pheasant tail dan ikatkannya dari depan (rujuk pada gambar).
Langkah 7
Ikatkan sehelai peacock herl.
Langkah 8
Letakkan dubbing berwarna coklat dan lilitkannya untuk dijadikan thorax.
Langkah 9
Tarik lebihan pheasant tail tadi ke depan dan ikatkannya dengan kemas serta potong lebih.
Langkah 10
Buat ikatan terakhir dan kemaskan pattern yang sudah siap.
Ikan sembilang sering menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang sebagai sumber makanannya.
BELANGKAS
Telur belangkas boleh dikatakan antara umpan yang terbaik untuk memburu sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, kebiasaannya pemancing akan mengepal telur belangkas pada mata kail dan melakukan lontaran ke kawasan yang berpotensi. Mungkin faktor hanyir pada telur belangkas ini yang sering menarik perhatian sembilang untuk menyambar umpan ini.
UMANG-UMANG
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
KERANG
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
MENTARANG
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain,mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
SEPAHAT/PEPAHAT
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkukkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
KUPANG
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...