Yogurt, sama ada berperisa atau natural bukan saja berkhasiat malah sedap dimakan. Rasa lemak dan masam yang ada dalam yogurt itu merupakan antara bahan utama untuk diadun menjadi daya tarik dan umpan untuk memikat ikan seperti patin dan pacu.
Bahan-bahan keperluan:
2 cup yogurt
1 kotak kecil susu penuh krim
3 biji kuning telur
Mauripan
Pes strawberi
Roti sandwich
Penyediaan Umpan:
Tutorial 1
Masukkan 3 biji kuning telur sama ada telur itik atau telur ayam ke dalam botol bancuhan.
Tutorial 2
Masukkan kesemua 2 cup yogurt natural atau berperisa buah.
Tutorial 3
Masukkan pula kesemua susu krim penuh lemak.
Tutorial 4
Masukkan pes strawberi atau pandan dengan anggaran 5-8 penutup.
Tutorial 5
Goncang botol sehingga adunan menjadi sebati dan berbuih. Ia sudah siap untuk digunakan jika ingin menggunakannya.
Tutorial 6
Masukkan 2 cubit mauripan dan goncang hingga sebati. Adunan ini perlu diperap sekurang-kurangnya 4 jam sebelum digunakan.
Cara Penggunaan Umpan:
Tutorial 7
Potong dadu roti sandwich untuk digunakan bersama umpan yogurt.
Tutorial 8
Curahkan umpan yogurt yang siap diperam ke dalam bekas bancuhan kira-kira 10 penutup. Goncangkan agar ia sebati pada roti.
Tutorial 9
Cucuk roti dadu pada mata kail dan kepalkan pada sebelah mata kail lagi. Umpan yogurt yang telah siap untuk dilontarkan ke spot pilihan.
Dengan bahan-bahan utama seperti yogurt dan minuman tenaga Redbull, anda boleh menghasilkan umpan yang berpotensi untuk mendaratkan ikan seperti patin dan lain-lain lagi.
Jom tengok bagaimana cara menyediakan umpan ini.
Bahan-bahan keperluan:
Yogurt segar 370gm
1 tin Redbull
Pes strawberi Original
1 pek NS Power strawberi
Yis segera
Cara penyediaan umpan:
Langkah 1
Campurkan 1 pek yogurt, setengah atau 3/4 tin Redbull, 5 penutup pes strawberi, 1 pek NS power stawberi dan suku pek yis segera ke dalam bekas pengisar.
Kisar bahan-bahan tersebut sehingga larut dan sebati.
Langkah 2
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (umpan) ke dalam bekas atau botol kedap udara separas 3/4 penuh sahaja.
Biarkan (peram) umpan ini selama sekurang-kurangnya satu malam sebelum ia digunakan.
Langkah 3
Umpan ini sesuai digunakan dengan roti dadu dan juga palet (dedak biji). Tuangkan umpan secukupnya sahaja ke atas roti dadu di dalam bekas bancuhan dan pastikan setiap roti dadu sebati dengan umpan.
Sebaiknya perap seketika sebelum umpan ini dijadikan umpan untuk memancing patin atau lain-lain spesies yang ada di dalam kolam.
Memancing ikan lampam merupakan salah acara wajib apabila berkunjung ke Tasik Kenyir dengan menggunakan perkhidmatan rumah bot atau boathouse. Lazimnya, pengusaha atau pemilik rumah bot akan menyediakan peralatan asas dan umpan untuk para pelanggan memancing lampam. Cara memancingnya pula akan ditunjuk ajar oleh kru rumah bot.
Pemilik atau kru rumah bot merupakan orang yang cukup berpengalaman dalam soal memancing lampam. Begitu jugalah dalam soal menyediakan umpan untuk lampam.
Umpan kerak nasi lemak yang dikongsikan di sini juga merupakan salah satu umpan yang didedahkan oleh kru rumah bot Tasik Kenyir.
Kenapa nasi lemak?
Ikan lampam dipercayai menyukai sesuatu yang berlemak. Oleh kerana itulah buah sawit yang berlemak dan berminyak merupakan umpan yang disukai oleh lampam. Begitu jugalah nasi lemak yang kaya dengan santan yang lemak manis.
Bahan keperluan:
Kerak nasi lemak
Mata kail rambai
Set pancing lampam
Cara Penyediaan Umpan:
Kerak dan nasi lemak yang sudah keras direndam terlebih dahulu di dalam air. Memadai direndam sekadar melembutkannya sahaja. Sekiranya terlalu dan kembang berderai ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ambil kira-kira segenggam keras nasi lemak yang masih melekat dan cucukkan mata kail rambai. Kemudian turunkan umpan tersebut ke dasar lubuk yang mana ikan-ikan lampam banyak berlegar-legar di permukaan air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...