Sering kali kita mendengar bot melanggar tunggul kayu atau apa jua yang hanyut boleh menyebabkan kemalangan. Ini sama sekali boleh merosakkan bahagian bot sama ada fiber atau kayu jika pembuatannya kurang kemas atau sudah reput.

 

Elemen pemegang enjin sangkut yang terletak di bahagian belakang biasanya dilekap dengan kayu yang keras yang berkualiti bagi menampung enjin bergerak ke hadapan atau mengundur.

 

DIY Tapak Pemegang Enjin Bot
Bahagian luar pemegang enjin bagi sampan fiber bersaiz kecil (berbeza mengikut pengeluar).

 

Bagi enjin sangkut bersaiz kecil ia diikat menggunakan 2 skru bagi memudahkan ia dipasang dan dibuka semula dan bagi enjin sangkut bersaiz besar ia di skru pada empat bahagian secara kekal namun boleh dibuka jika diperlukan untuk diselenggarakan.

IKLAN

 

DIY Tapak Pemegang Enjin Bot
Bahagian dalam pemegang enjin. Ia mudah dilihat jika retak atau rosak. Pastikan ketebalan papan cukup untuk memegang enjin dengan kemas.

 

Dua faktor yang menyebabkan bahagian ini rosak adalah kerana kayu di bahagian dalam telah dimamah usia. Walaupun ada bahagian yang disaluti penuh dengan fiber lama kelamaan ia menghakis dan merosakkan bahagian dalam.

 

DIY Tapak Pemegang Enjin Bot
Pastikan ketebalan papan cukup untuk memegang enjin dengan kemas. Lihat tulang fiber yang tebal di bahagian belakang dan nipis di bahagian tengah.

 

IKLAN

Faktor kedua adalah perlanggaran enjin terhadap struktur yang keras yang boleh menyebabkan bahagian ini cepat pecah atau rosak. Lebih malang lagi, enjin boleh terkeluar dari kedudukannya jika dalam keadaan yang laju dan bot juga boleh terbalik.

 

DIY Tapak Pemegang Enjin Bot
Kebiasaannya pengeluar bot telah menitik beratkan bahagian ini. Bahagian pemegang enjin bot bagi bot atau sampan kayu.

 

Bagi mengatasi masalah ini, sila periksa setiap kali ingin memulakan perjalanan dan ketatkan enjin pada bahagian tapak pemegang dengan kemas dan berada di tengah-tengah bot.

IKLAN

 

DIY Tapak Pemegang Enjin Bot
Pastikan kedudukan enjin di bahagian tengah.

 

Bagi bot yang sering dipisahkan enjin sebaiknya buat penanda kedudukan enjin agar memudahkan ia dipasang setiap kali turun memancing.

 

Jika papan pemegang enjin ditukar sebaiknya dicat menggunakan cat anti karat dan di salut dengan fiber dengan kemas supaya air tidak boleh meresapi kayu secara maksima.

 

DIY Tapak Pemegang Enjin Bot
Pastikan skru pengetat ini diikat dengan kemas dan kuat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI