Penggunaan mata rambai atau cakar ayam sangat efektif memancing di kolam kerana ia memberi kelebihan umpama mata 3 apabila membuat sembatan. Bagi penggemar rohu, ia adalah senjata ampuh untuk menewaskannya, selain sang pacu yang gemar memutuskan tali.

Jika anda kaki kolam, mata rambai yang dibeli di kedai, ada kalanya mampu menyedihkan anda apabila mata kail sering kali terlucut kerana ikatannya tidak kuat. Jadi untuk lebih berpuas hati, apa kata buat sendiri mata rambai ini.

 

Barang yang diperlukan:

Tali tangsi 20-25lb

Mata kail saiz 4

Playar

Playar pemotong

Super glue

 

Cara-cara menghasilkannya.

 

  1. Ukur tali dua jengkal.
  2. Kemudian lipat dua tali berkenaan.
  3. Kemudian lipat tiga.
  4. Masukkan swivel ke dalam gelungan tali.

 

  1. Letakkan swivel di tengah tali. Lebihkan satu jengkal.
  2. Potong tali selepas diukur.
  3. Ikat swivel pada mana-mana objek yang kuat. Kemudian asingkan tali yang paling panjang dan mulakan sulaman sebanyak 15 kali.
  4. Ukur sama panjang dan potong lipatan tali tadi.

 

  1. Pisahkan kesemua tali dan ia akan kelihatan seperti ini.
  2. Ambil 1 bahagian tali, kemudian ambil tali yang panjang dan pintal sebanyak 5 kali pada tali yang diasingkan tadi.
  3. Setelah dipintal, jerut dengan kuat seperti gambar di atas.
  4. Lengkapkan pintalan pada semua bahagian tali.

 

  1. Hasil tali yang telah dijerut.
  2. Gunakan sebarang objek sebagai pengukur bagi mendapatkan ukuran yang sama.
  3. Hasil daripada tali yang telah ditanda
  4. Mulakan ikatan mata kail.

 

  1. Tarik dengan kuat dan berhati-hati.
  2. Potong lebihan pada tali perambut.
  3. Letakkan super glue pada setiap ikatan mata kail.Mata kail rambai yang telah siap.

Tinggalkan Komen