Kebiasaannya, rata-rata pemancing layang sangat gemar menggunakan pattern DRY FLY kerana keseronokan menyaksikan umpan layang yang terapung di atas air disambar oleh ikan.
Sama seperti keasyikan apabila kita menggunakan lure jenis top water. DRY fly pattern memang terkenal oleh setiap pemancing layang kerana menjanjikan keseronokan yang berganda.
Siri DIY kali ini kami ingin menunjukkan cara-cara untuk membuat dry fly pattern yang paling simple dan efektif serta mudah untuk dihasilkan.
Langkah 1
Ambil benang hitam dan buat ikatan permulaan.
Langkah 2
Ikatkan sedikit poly yarn dan lebihkan di bahagian belakang.
Ads
Langkah 3
Ambil 2 helai peacock herl dan ikatkan daripada bahagian belakang.
Langkah 4
Lilitkan peacock herl tadi sehingga ke bahagian depan dan buang lebihannya.
Ads
Langkah 5
Ikatkan 2 helaian hackle di bahagian depan dan lilitkan sehingga ke hujung mata kail.
Langkah 6
Setelah melilitkan hackle tadi, buat ikatan terakhir dengan kemas.
Ads
Langkah 7
Warnakan poly yarn menggunakan permanent marker berwarna merah.
Langkah 8
Potong bahagian lebihan ekor (poly yarn) serta kemaskan ikatan dan letakkan sedikit gam di ikatan terakhir untuk mengukuhkan lagi ikatan.
(Video step by step)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tidak semua ikan memiliki kepantasan berenang untuk menyelamatkan diri dari pemangsa. Sesetengahnya dibekalkan dengan sirip dan duri tajam untuk mempertahankan diri. Ada sesetengahnya pula dilengkapkan dengan bisa. Jom kita kenali ikan-ikan tersebut.
KENERAK
Nama saintifik: Bagarius bagarius
Nama umum: Devil catfish, goonch
Sebagaimana keluarga ikan catfish atau ikan bermisai, spesies kenerak juga dipanggil baung askar turut memiliki sirip berduri tajam. Namun ia tidaklah berbisa sebagaimana ikan baung dan lebih bersifat senjata pelindung sebagaimana ikan patin.
BANDARAYA / IKAN CUCI CERMIN
Nama saintifik : Pterygoplichthys disjunctivus (Weber, 1991)
Nama umum : Vermiculated sailfin catfish
Ikan bandaraya merupakan ikan yang tidak dikehendaki tetapi turut mempunyai pelindungan duri dari pemangsa. Ia jelas menunjukkan ikan ini turut menjadi mangsa kepada ikan lain walaupun pada pandangan mata manusia ia adalah ikan yang menjijikkan kerana memakan benda-benda kotor. Sebagaimana ahli keluarga catfish lain, duri tajamnya itu tetap menyakitkan jika tercucuk padanya.
IKAN LIMBAT/ KELI LIMBAT
Nama saintifik: Clarias nieuhofii
Nama umum: Slender walking catfish
Ikan limbat atau keli limbat ini biasanya lebih besar berbanding keli kampung. Habitat utama ikan ini di kawasan berpaya dan berlumpur termasuk tali air dan sawah padi. Ikan limbat mudah dibezakan kerana warna berlainan berbanding keli biasa. Biasanya badan keli limbat mempunyai bintik-bintik kuning. Terdapat juga limbat yang berwarna kuning sepenuhnya. Dan ia juga mempunyai duri bersengat sebagaimana ikan keli.
BAUNG
Nama saintifik : Mystus nemurus
Nama umum : River catfish
Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.
KELI
Nama saintifik : Clarias sp
Nama umum : Walking catfish, catfish
Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.
PATIN
Nama saintifik : Pangasius sp.
Nama umum : Shark catfish
Patin merupakan ikan tersohor dan terpenting di negara kita. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya. Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.
PUYU
Nama saintifik: Anabas testudineus
Nama umum: Climbing perch, climbing gouramis
Ikan puyu tidak memiliki duri berbisa seperti ikan baung atau keli tetapi memiliki sirip yang keras dan tajam. Sirip dorsal yang menegak di sepanjang atas belakang badannya sering kali menimbul kerisauan pemancing apabila ingin menanggalkan mata kail dari mulutnya. Malah ketika disiang, sirip ini juga seringkali melukakan jari jemari.
➡ Pertamanya sesudu ini murah harganya dan boleh didapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan memancing.
Semurah RM3.00 hinggalah yang mahal RM50 atau lebih, bergantung kepada kemampuan anda.
Kerana harganya yang berpatutan, jika sangkut dan putus tidak terasa ralat sangat. Ia juga selalu digunakan sebagai gewang penduga kawasan baru untuk memastikan keadaan di dasaran.
➡ Bentuk sesudu menyerupai ikan perimpin atau anak-anak ikan lain yang menghuni perairan lombong menyebabkan ia realitik pada pandangan ikan.
Kilatan pada sesudu juga sangat menyerupai kilatan yang terdapat pada sisik ikan-ikan kecil.
➡ Fluttering atau gelekan sesudu menghasilkan sinaran berkilat lebih-lebih lagi apabila dipanah cahaya matahari yang terik.
Kilatan ini menyerupai ikan-ikan kecil yang sedang sakit atau panik ketakutan, ini lebih cepat menarik perhatian pemanga walau sebagaimana degil sekalipun.
➡ Perimeter permainan sesudu adalah pelbagai. Ia boleh dimainkan di permukaan air, kolum pertengah dan heretan dasar.
➡ Sesudu biasanya berat dan ia mudah dilemparkan jika anda menggnakan baitcaster.
Kelemahan spoon
➡ Oleh kerana sesudu banyak bergantung kepada kilatnya itu, ia menjadi kurang efektif apabila cuaca mendung, cahaya matahari tidak dapat membalikkan kilatan pada badan sesudu.
Disebabkan itu juga ia tidak beberapa sesuai digunakan pada awal pagi dan lewat petang, jauh sekali pada waktu malam.
➡ Sesudu adalah besi dan lumrah besi ia tidak meresap apa-apa cecair. Jadi cecair bau-bauan tidak dapat disembur padanya.
Kerana ia besi, ia senang berkarat, lebih-lebih lagi apabila catnya sudah tertanggal akibat dibaham ikan.
➡ Oleh kerana ia besi berat, ia cepat tenggelam dan ini membuatkan ia mudah tersangkut pada reba dan rumpaiar, lebih-lebih lagi jika menggunakan mata tiga.
Gelung matakailnya satu, maka hanya satu mata tiga atau mata tunggal digunakan dan apabila ia tersangkut ia sukar dilepaskan apabila menggunakan penyelamata gewang berbanding gewang yang mempunyai lebih mata tiga.
➡ Sifat sesudu yang flutter atau bergelek semasa tenggelam dan wobble (goyang ke kiri dan kanan) semasa dikarau menyebabkan tali pancing mudah kusut, lebih-lebih lagi menggunakan kekili spinning.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...