Salah satu menu pembuka selera jika korang bercamping yang perlu ada ialah ikan pekasam. Lebih-lebih lagi kalau pekasam lomah atau loma. Mancing tak dapat ikan pun tak kecewa sangat. Kalau korang pergi memancing dan dapat ikan dalam jumlah yang agak banyak dan takde idea nak buat apa, apa kata korang buat pekasam. Nak buat pekasam ni takdelah susah sangat, ikut saja cara-cara yang diperturunkan di sini.
Bahan-bahan:
Ikan lomah atau ikan air tawar segar (sebanyak mana yang nak dibuat)
Garam (bergantung pada berapa banyak ikan)
Beras goreng tanpa minyak (disangai dan ditumbuk halus)
Cara membuatnya:
Bersihkan ikan dan toskan airnya semalaman.
Ambil ikan yang telah ditoskan tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.
Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara (disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari).
Pantau jangan sampai ada air (ikan itu mesti dikeringkan selalu airnya).
Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi dibasuhkan & bilaskan serta ditoskan supaya kering.
Salutkan ikan yang telah ditoskan tadi dengan beras goreng dan simpan 2 ke 3 minggu, Baru boleh dimakan ikan itu (lagi lama disimpan, lagi elok menjadi ikan pekasamnya)
Nota Tambahan:
Pastikan jika ikan didapati ada air di bawah bekasnya, buangkan airnya supaya ikan kering tetapi lembab.
Pastikan juga supaya bekas yang digunakan tidak dimasuki lalat atau langau langau kerana bila dihinggapi ditakuti ikan akan berulat.
Simpan Ikan di dalam suhu bilik, tidak perlu di dalam peti ais. Sekiranya selepas 3 minggu bila ia telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh disimpant dalam peti ais.
Sabiki rig atau kita biasa sebut apolo merupakan satu rangkaian perambut bermata kail yang mana mata kailnya disulam dengan bebenang berkilau. Apolo ini biasanya digunakan untuk memancing ikan pelagik pelbagai saiz. Kalau ikan kecil maka kecillah saiz apolo yang digunakan dan begitulah sebaliknya.
Apolo ini boleh dibeli di kedai pancing tetapi jika korang ingin membuatnya sendiri adalah lebih baik. Untuk membuat apolo ini tidak sesukar mana dan kami ada panduan untuk korang menghasilkannya.
Peralatan keperluan:
Tali benang hijau atau tali rafia hijau, merah dan putih
Gunting
Playar
Perambut ibu 30lb
Perambut anak 10lb
Snap swivel
Swivel
Mata kail no 12-16
Tutorial 1
Ambil beberapa helai tali rafia hijau dan putih dan pintal hujungnya bersama.
Tutorial 2
Letak bahagian hujung rafia pada hujung teras mata kail. Ambil pula satu anak perambut dan satukan pada mata kail dan tali rafia.
Tutorial 3
Buatkan satu lingkaran anak perambut sebagaimana ingin melakukan ikatan snell.
Tutorial 4
Kemaskan ikatan yang telah dibuat. Ulangi perkara yang sama untuk sekurang-kurangnya 3 hingga 5 mata apollo.
Tutorial 5
Buatkan satu ikatan yang biasa anda gunakan untuk menyambung swivel pada salah satu hujung ibu perambut.
Tutorial 6
Sambungkan anak perambut pada ibu perambut dengan mata kail menghala ke arah swivel. Pastikan jarak mata kail dan swivel tidak terlalu rapat atau dalam anggaran sejengkal.
Tutorial 7
Pegang bahagian hujung anak perambut pada ibu perambut dan buatkan satu lingkaran kedua-dua perambut tersebut.
Tutorial 8
Masukkan bahagian anak perambut bermata kail dan ibu perambut ke dalam lingkaran sebanyak tiga kali.
Tutorial 9
Tarik simpulan itu sehingga menjadi satu ikatan anak perambut pada ibu perambut yang ketat dan kuat.
Ulangi Tutorial yang sama bagi bagi anak perambut dengan pastikan jarak agar setiap mata kail itu tidak bertemu antara satu sama lain.
Akhir sekali sambungkan snap swivel pada bahagian hujung ibu perambut bagi menyambungkan batu ladung.
Nota tambahan:
Swivel pada apolo disambungkan ke tali utama dan snap swivel pula untuk mencangkuk batu ladung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...