Tidak semua ikan memiliki kepantasan berenang untuk menyelamatkan diri dari pemangsa. Sesetengahnya dibekalkan dengan sirip dan duri tajam untuk mempertahankan diri. Ada sesetengahnya pula dilengkapkan dengan bisa. Jom kita kenali ikan-ikan tersebut.

 

KENERAK

Nama saintifik: Bagarius bagarius

Nama umum: Devil catfish, goonch

Sebagaimana keluarga ikan catfish atau ikan bermisai, spesies kenerak juga dipanggil baung askar turut memiliki sirip berduri tajam. Namun ia tidaklah berbisa sebagaimana ikan baung dan lebih bersifat senjata pelindung sebagaimana ikan patin.

 

Spesies Ikan Air Tawar Berduri Tajam

 

BANDARAYA / IKAN CUCI CERMIN

Nama saintifik : Pterygoplichthys disjunctivus  (Weber, 1991)

Nama umum : Vermiculated sailfin catfish

Ikan bandaraya merupakan ikan yang tidak dikehendaki tetapi turut mempunyai pelindungan duri dari pemangsa. Ia jelas menunjukkan ikan ini turut menjadi mangsa kepada ikan lain walaupun pada pandangan mata manusia ia adalah ikan yang menjijikkan kerana memakan benda-benda kotor. Sebagaimana ahli keluarga catfish lain, duri tajamnya itu tetap menyakitkan jika tercucuk padanya.

 

Spesies Ikan Air Tawar Berduri Tajam

IKLAN

 

IKAN LIMBAT/ KELI LIMBAT

Nama saintifik: Clarias nieuhofii

Nama umum: Slender walking catfish

Ikan limbat atau keli limbat ini biasanya lebih besar berbanding keli kampung. Habitat utama ikan ini di kawasan berpaya dan berlumpur termasuk tali air dan sawah padi. Ikan limbat mudah dibezakan kerana warna berlainan berbanding keli biasa. Biasanya badan keli limbat mempunyai bintik-bintik kuning. Terdapat juga limbat yang berwarna kuning sepenuhnya. Dan ia juga mempunyai duri bersengat sebagaimana ikan keli.

 

Spesies Ikan Air Tawar Berduri Tajam

 

BAUNG

Nama saintifik : Mystus nemurus

Nama umum : River catfish

IKLAN

Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.

 

Spesies Ikan Air Tawar Berduri Tajam

 

KELI

Nama saintifik : Clarias sp

Nama umum : Walking catfish, catfish

Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.

 

Spesies Ikan Air Tawar Berduri Tajam

IKLAN

 

PATIN

Nama saintifik : Pangasius sp.

Nama umum : Shark catfish

Patin merupakan ikan tersohor dan terpenting di negara kita. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya. Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.

 

Spesies Ikan Air Tawar Berduri Tajam

 

PUYU

Nama saintifik: Anabas testudineus

Nama umum: Climbing perch, climbing gouramis

Ikan puyu tidak memiliki duri berbisa seperti ikan baung atau keli tetapi memiliki sirip yang keras dan tajam. Sirip dorsal yang menegak di sepanjang atas belakang badannya sering kali menimbul kerisauan pemancing apabila ingin menanggalkan mata kail dari mulutnya. Malah ketika disiang, sirip ini juga seringkali melukakan jari jemari.

 

Spesies Ikan Air Tawar Berduri Tajam

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI