Boleh tak admin ceritakan sikit apa kelebihan gewang rattling berbanding gewang yang lain?
JAWAPAN:
Gewang rattling atau rattlebaits merupakan gewang jenis tanpa bibir (lipless rattlebaits). Gewang jenis ini tidak terlalu fokus pada gaya renangan sebaliknya lebih kepada sistem getaran.
Gewang rattlin juga mempunyai prinsip yang sama seperti blade, sejenis gewang seakan sesudu namun diposisikan dan memberikan impak seperti gewang rattling.
Kelebihan gewang rattlin ialah getaran yang menghasilkan bunyi gemerincing yang mampu menarik perhatian ikan.
Malah gabungan goyangan yang menggoda dan bunyi gemerincing dalam frekuensi tinggi mampu menarik perhatian ikan berbanding gewang renangan biasa.
Gewang rattlebaits dianggap gewang yang versatil kerana selain faktor goyangan, getaran dan bunyi gemerincing, ia turut hadir dengan pilihan warna yang bukan saja menarik perhatian ikan malah mata pengilat untuk memilikinya.
Saya sendiri meminati gewang rattling ini kerana ia boleh menghasilkan balingan yang.
Apabila ingin mencari pemangsa yang bersembunyi jauh ke dalam lubuk, gewang rattling dari jenis tenggelam ini akan mudah disuakan di depan pemangsa.
Lantaran ia mampu beraksi dengan baik baik dalam variasi kelajuan maka peluang untuk merasai strike itu lebih cerah.
Saya baru nak main laut… tapi ada soalan nak bertanya. Betul ke kalau kita mancing laut nak beli tali, kita kena cakap kat taukey kedai tu dalam yard?
Sebab ada member bagitahu, kalau kita sebut dalam yard taukey kedai bagi harga murah.
JAWAPAN:
Betul! Memang betul la kalau kita beli dalam unit yard atau ela, pasti ia akan lebih murah berbanding dalam unit meter. Sifirnya cukup mudah… ini dia perkiraan untuk anda faham.
1meter = 100cm
1yard = 91.44cm
1meter = 39.37inci
1yard = 36inci
Jika 1meter tali berharga 10sen, 100meter bersamaan RM10.00. Dan jika anda membeli 100yard, ia bersamaan RM9.14.
Jadi, saya tidak nampak sesuatu yang pelik jika kita beritahu taukey kedai dalam yard, kita akan dapat harga murah.
Namun anda hanya boleh membeli tali dalam perkiraan yard bagi tali pancing yang dijual mengikut ukuran saja. Bukan untuk tali pancing yang didatangkan dengan ukuran yang telah ditetapkan.
Dan jika ada taukey kedai yang akan memberi harga lebih murah hanya dengan menyebut yard (tapi dapat 100meter dan bukannya 100yard), bolehlah pm kat kedai mana buat macam tu.
Admin teringin juga nak cari kedai pancing yang taukeynya amat pemurah ni.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Sejak 2 juta tahun yang lalu, manusia mula mencipta pisau untuk kegunaan memotong. Sejak dari itu, kita terus menginovasi ciptaan pisau hingga ke hari ini. Dan untuk 40 tahun kebelakangan ini, semakin banyak pisau yang lebih baik dihasilkan.
Bagi kaki pancing, pisau merupakan salah satu alatan penting dalam hobi memancing, sama ada sebagai keselamatan ketika memancing, meredah hutan, berkhemah, memotong dan melapah ikan, menghiris umpan dan banyak lagi.
Randall Model 3
Walaupun lebih daripada 20 model Randall wujud, Model 3 dianggap sebagai paling baik oleh W. D. Randall, pemula tempaan pisau Randall. Ramai penempa pisau menjadikan model Randall Model 3 ini sebagai inspirasi dalam menghasilkan tempaan pisau buatan tangan.
Ron Lake Folder
Pisau Ron Lake ini merupakan jenis pisau boleh lipat. Pisau jenis lipat dikatakan lebih sukar ditempa berbanding pisau dengan bilah kekal atau bersarung kerana memerlukan skil dan teknik tempaan selain teknik rekaan. Lake Folder cukup diminati oleh peminat seni pisau kerana kekuatan bilah dan hasil kerja tempaannya.
Marble’s Ideal
Ideal dikatakan antara pisau untuk sukan memburu yang sangat baik dan diperkenalkan sejak tahun 1899. Pisau ini dikatakan mempunyai kualiti besi tempaan yang sangat tinggi. Ideal juga mempunyai nilai oleh pengumpul kerana sejarah serta kualitinya. Ideal yang lama dalam keadaan baik berserta sarung asal mampu dijual sekitar $10 000, satu nilai yang sangat baik untuk pisau yang asalnya ditempa dan dijual pada nilai $1.25.
Busse Batt le Mistress
Rekaan pisau Battle Mistress tidaklah radikal. Dengan bilah konvensional 10 inci, pisau tajam ini mempunyai berat hampir 2 lb. Kombinasi berat, kekuatan dan keupayaan potongan pisau menjadikannya antara tempaan yang unik. Jika anda mempunyai lengan yang kuat, kombinasi dengan pisau ini mungkin pilihan terbaik.
Russell Canadian Belt Knife
Tempaan Russell ini mempunyai bilah bujur dengan hulu kayu agak tirus. Pisau ini mampu digunakan untuk melapah dan memotong selain selesa dalam genggaman walau dalam apa posisi sekali pun. Terdapat banyak pisau yang cuba meniru pisau Russell ini, namun kualitinya tidak mampu mencapai kualiti pisau ini.
The D.E. Henry Bowie
Awal 1960-an, Daniel Edward Henry mula menghasilkan semula pisau Bowie yang dihasilkan sekitar pertengahan abad ke-19. Apa yang luar biasa ialah kualiti hasil tempaan Henry. Hasil tempaannya dikatakan mendahului penempa pisau yang lain pada masa itu. Kini, mungkin beberapa penggila pisau sahaja yang mengenali namanya, namun Bowie ini merupakan antara tempaan yang boleh didapati pada hari ini.
Ka-Bar Marine Corps Fighting Knife
Pisau ini dihasilkan oleh Camillus Cutlery Co. dengan tanda dagangan Ka-Bar pada bilahnya. Pisau ini mempunyai bilah berbentuk Bowie. Pisau ini merupakan antara alatan kelengkapan ketenteraan paling berjaya dan diminati oleh pengumpul pisau. Pisau ini asalnya ditempa setelah mendapat permintaan daripada pihak U.S. Marine Corps.
The Leuku
Leuku ialah pisau dengan bilah yang agak lebar ditempa untuk memotong dan menyembelih seperti sebilah machete. Hulunya diperbuat daripada pokok Birch. Pisau ini merupakan model tradisional daripada suku Saami yang menetap di utara hutan Eropah. Versi 7 inci Kellam Knives antara versi terbaik Leuku.
Leatherman Wave
Leatherman merupakan alat pelbagai guna yang menggabungkan beberapa fungsi dalam satu alat. Selalunya idea pisau pada alat pelbagai guna ini dikatakan tidak berkualiti. Namun bilah yang dihasilkan oleh Leatherman cukup berkualiti. Model Wave mempunyai kualiti bilah pisau yang menakjubkan malah pisaunya mampu melapah seekor rusa!
Loveless Drop Point
Loveless merupakan model dengan bilah yang dipanggil drop-point hunter. Pisau kecil ini mempunyai bilah hampir 4 inci dan dikatakan revolusi tempaan pisau. Material bilah Loveless merupakan besi terpilih dipanggil 154CM yang digunakan untuk membuat ekzos enjin jet menjadikannya sangat kuat dan hampir anti karat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...