Ketika itu kami berlima sedang leka memancing di sebatang sungai yang sememangnya terkenal dengan ikan baung dan lampam, namun penuh dengan misteri. Seekor demi seekor ikan baung kuning sebesar lengan dan ibu jari kaki dinaikkan dengan berumpankan udang mati.

 

Setelah puas memancing di lubuk tersebut, rakan kami yang dikenali sebagai Chor berpindah tempat ke bahagian hulu. Rakan-rakan yang lain hanya membiarkan saja Chor berpindah tempat itu kerana tidaklah jauh dari mereka.

 

Disembunyikan Puteri Bunian Bernama Sheila

 

Semakin lama semakin seronok melayan ikan baung sehinggakan kami terlupa tentang Chor yang jauh dari kami. Sehinggalah suasana hampir gelap di mana kami mengambil keputusan untuk balik. Namun sesuatu perkara pelik telah berlaku di mana Chor tidak ditemui walaupun namanya dipanggil berkali-kali.

 

Akhirnya kami mensyaki Chor telah tersesat kerana suasana bertukar menjadi gelap sedangkan Chor Chor langsung tak membawa apa-apa kecuali joran dan baldi umpan udangnya.

 

Setelah puas mencari akhirnya kami mengambil keputusan untuk melaungkan azan agar Chor dapat ditemui. Setelah Azan dilaungkan, kelibat Chor masih belum kelihatan sehinggalah rakan saya mengambil keputusan untuk menjemput seorang ustaz agar dapat membantu mencari Chor.

IKLAN

 

Disembunyikan Puteri Bunian Bernama Sheila

 

Sebelum membawa Ustaz masuk ke dalam hutan, rakan saya singgah sebentar di rumah Chor kalau-kalau Chor ada di situ dan balik secara senyap-senyap. Namun ternyata melalui keterangan mak Chor, dia dah keluar dari pagi tadi lagi sehingga ketika itu.

 

Rakan saya merahsiakan kehilangan Chor dari pengetahuan ibunya agar ibu Chor tak risau. Setelah itu rakan saya bersama Ustaz Ramli meneruskan perjalanan ke sungai di mana kali terakhir kami melihat Chor.

 

IKLAN

Setelah Ustaz Ramli memerhati kawasan tersebut, ustaz memberitahu Chor bukannya hilang cuma disorokkan oleh penunggu sungai dan berada di sekitar kawasan tersebut. Ustaz Ramli melaungkan azan sekali lagi dan ketika itu barulah kami melihat Chor sedang bercakap-cakap seorang diri di balik pokok yang tumbang sambil menjulurkan kaki ke air.

 

Disembunyikan Puteri Bunian Bernama Sheila

 

Rakan saya memanggil Chor dengan kuat sehingga Chor terkejut dan memarahi rakan saya kerana terperanjat. Kami memberitahu Chor bahawa dia dah hilang. Namun dibalas dengan dekahan ketawa sambil memberitahu dirinya memang berada di situ bersama Sheila!

 

Kami terpinga-pingga mendengar nama yang disebut oleh Chor. Ustaz Ramli menuruni tebing dan berdiri di sebelah Chor sambil membaca satu surah sebelum menepuk bahu Chor. Ketika itu barulah Chor terkejut apabila melihat suasana gelap gelita dan hanya diterangi oleh lampu suluh yang Ustaz bawa. Chor disuruh minum air mineral yang dibawa oleh Ustaz.

IKLAN

 

Disembunyikan Puteri Bunian Bernama Sheila

 

Keesokan harinya barulah Chor menceritakan apa yang berlaku kepadanya semalam. Di mana sewaktu leka menunggu umpan diragut ikan, seorang gadis cantik berasal dari Kuala Lumpur datang seorang diri untuk memancing di sungai tersebut.

 

Dan kebetulan dia duduk berhampiran dengan Chor. Dalam berberapa minit saja Chor dan Sheila begitu mesra sambil melayan pancing bersama. Chor akui saat ustaz menepuk bahunya barulah dia nampak wajah sebenar Sheila yang menyerupai lembaran daun besar.

 

Disembunyikan Puteri Bunian Bernama Sheila

 

Dan ketika itu barulah Chor tahu waktu telah menunjukkan sepuluh malam. Jika tidak pasti Chor akan berada di tempat yang terang serta redup sambil berbual-bual dengan Sheila, jelmaan gadis KL yang memancing bersamanya.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI