SABTU (day 3/6)

 

Awal-awal pagi lagi, saya telah bangun dan bersiap. Saya membelek apakah warna gewang yang mahu dipertaruhkan.

Antara gewang yang saya bawa termasuklah top water, minnow dan juga selaman dari jenama Rapala, Storm serta Halco, termasuklah gewang yang dikatakan killer Halco Sorcerer 125.

Manakala set joran yang saya bawa adalah joran 10-25lb berserta kekili Daiwa Ryoga 160HL yang dipadankan dengan tali 25LB dan perambut 40lb.

 

Kami melalui banyak spot yang berpotensi. Namun hanya GT juvenil dan siakap merah sahaja menjadi penghibur.

Sentapan yang kuat pada mulanya saya anggap tembaring, tetapi hanyalah siakap merah yang terlekat di mata tiga gewang.

 

Situasi yang sama juga berlaku pada sebelah petangnya. Kali ini lebih teruk kerana perubahan air pasang surut yang terlalu cepat bagaikan torpedo menyebabkan ia langsung tidak sesuai untuk casting dan juga trolling.

 

Apa yang menggerunkan saya adalah, selain tembaring, sungai ini juga dipenuhi buaya dan mereka menasihati, buat tidak tahu sahaja fasal itu.

Setakat ini, buaya di Sungai Paitan pernah tidak kacau orang. Walau diberi jaminan oleh mereka, rasa gerun itu sebenarnya tidak boleh dielakkan.

 

Pada sebelah petangnya kami mencuba nasib di sebuah anak sungai yang agak terpencil yang dipenuhi dengan daunan nipah yang tenggelam.

Kami mencuba menggunakan gewang selaman dalam tetapi hanyalah kawanan bulan yang sudi menyambar.

Kami menukar teknik menggunakan gewang permukaan. Sentapan pertama hasil daripada lontaran Ujang telah disambut oleh sang tembaring.

Aksi akrobatik ikan yang menyambar gewang di tepi sampan kami membuatkan semua tergamam tapi sayangnya kurang kemas.

 

Semua yang berada di atas sampan menukar gewang pensil termasuk la saya sekali.

IKLAN

Balingan ke celah-celah dahan nipah yang tenggelam membuahkan hasil apabila di sambut kemas sang kanai.

 

Ternyata kudrat ikan ini amat dasyat! Kekili dan joran saya di henjut habis, saya cuba mengetatkan drag sedikit demi sedikit dan akhirnya tembaring berskala anggaran lebih 3 kilo menunjukkan dirinya di tepi sampan.

 

Di dalam hati saya, “Yesss akhirnya dapat lesen!” Tetapi sayang sekali henjutan ala-ala torpedo di saat akhir membuatkan saya berputih mata.

Sahabat saya, Ralf yang berada di belakang sampan membuat lontaran yang sama ke arah belakang dan akhirnya menerima sambaran sang kanai dan berjaya mendaratkan kanai berskala 1.5kg.

 

Kami semakin bersemangat untuk memburu spesies ini. Semakin hari menjelang malam semakin banyak sentapan ganas sang kanai diterima, tetapi semuanya tidak berjaya didaratkan.

Hati semakin membara untuk membalas dendam pada keesokan hari.

 

AHAD (day 4/6)

 

Hari ketiga casting, saya berdoa semoga ada tembaring yang berjaya didaratkan.

IKLAN

Daus dan Farhan membawa kami ke jaluran delta Sungai Paitan yang lain pula. Kali ini berhampiran dengan muara laut.

 

Pagi itu, kami memulakan aksi dengan trolling terlebih dahulu. Daus berkata kepada saya, hari ini kami pasti akan berjaya mendaratkan hasil.

Malangnya sehingga ke tengah hari saya masih belum mendapat apa-apa sambaran.

Hanya todak dan baby GT sahaja yang sudi menyambar gewang. Bot yang satu lagi juga belum ada menampakkan tanda tembaring akan diperoleh.

 

Sesi sebelah petang, kami bertukar lokasi lagi. Akhirnya, tiba di satu spot yang berpotensi, saya melontarkan gewang permukaan Zerek trail weaver 65cm ke arah tebing.

Karauan selepas lontaran kali ketiga, tiba-tiba sahaja air di permukaan berkocak perlahan dan terus serta-merta sahaja tali menegang.

 

Saya hanya mampu menahan tali yang mencurah keluar dari kekili Ryoga 1016HL dengan karauan begitu sukar dilakukan.

Akhirnya larian yang disyaki tembaring ini gagal dikawal dan akhirnya putus selepas ia memasuki reba. Terkesima saya seketika.

 

Ralf akhirnya memecah kebuntuan apabila dia menaikkan seekor tembaring yang masih baru. Tidak lama kemudian, dua kali lagi Raif menerima strike, namun tetap gagal menaikkan apabila dengan mudah gewang tersangkut direba.

IKLAN

Di lubuk berhampiran, saya sekali lagi mendapat sambaran, namun gagal menaikkan ikan ini. Kesnya sama sahaja iaitu, tali mencurah keluar bagaikan air walaupun drag diketatkan habis.

 

Malam itu, kami rancak bercerita perihal kejadian yang berlaku disiang harinya sambil saya sempat juga berkenalan dan lepak dengan beberapa orang pemuda kampung yang pulang dari memancing dasar.

Dengan menggunakan umpan ikan jenjulung dipotong dua, mereka pun berjaya memperoleh tembaring dan kerapu.

 

ISNIN (Day 5/6)

 

Ia hari terakhir saya di Sungai Paitan ini. Sama seperti hari semalamnya saya beranggapan hari ini tuah akan mengiringi nasib saya.

Namun malangnya, saya dan Ralf asyik dibuli sahaja. Kami hanya merasai tarikannya sahaja. Alam akhirnya berjaya memperoleh seekor tembaring, namun ia masih bersaiz juvenil.

Saya pula masih kumpau. Hari itu, kami hanya memperoleh siakap merah dan alu-alu sahaja.

 

SELASA (Day 6/6)

 

Dalam kapal terbang pulang ke Semenanjung, saya masih terbayang peristiwa sepanjang memancing di Sungai Paitan ini.

Saya begitu mengagumi kehebatan dan kegagahan tembaring ini. Peristiwa dibuli tembaring menyebabkan saya bertekad untuk datang lagi ke Sungai Paitan ini.

 

GALERI

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI