Saiz terbesar dilaporkan boleh mencapai kira-kira 1 kaki dan saya belum lagi berjumpa dengan mempinang melebihi skala 3kg. Jika terjumpa umpan pada waktu siang atau malam, mempinang pasti menerkamnya dan kawasan karang dicari untuk menyelinap seperti mana kerapu.

 

Ikan mempinang spesies tidak segan silu dengan umpan dan gemar merentap umpan setelah menggetu seketika. Sistem penggera adalah perlu jika anda memancing malam dan pastikan pancing diikat supaya tidak menjunam ke air pada waktu siang apabila mempinang mula merembat umpan.

 

Cara Yang Betul Mengail Ikan Mempinang

 

Sesetengahnya pula akan berenang lari merentasi atau berlegar di kawasan karang berdekatan dengan dasar di mana tangsi (perambut) mudah bergesel dengan karang ketika bertarung. Barisan giginya tidak berupaya memutuskan perambut tangsi dengan mudah. Ia berbeza dengan seroncheng dan assoh yang lebih aktif pada malam hari.

 

Awal pagi dan awal petang adalah waktu terbaik pada siang hari. Manakala lepas senja membawa tengah malam sebelum ia berhenti dengan umpan seketika dan kembali gasak menjelang pagi.

 

Cara Yang Betul Mengail Ikan Mempinang

 

Mempinang biasa bergerak dan mendiami kawasan karang secara berkumpulan. Jika dapat seekor pada peringkat permulaan, tunggu kerana di bawah masih banyak lagi kawanan ikan karang ini.

 

 

IKLAN

Jika berhajat untuk bergasak dengan mempinang pastikan labuhkan bot di kawasan karang atau pinggir karang kerana di situlah mempinang selalu berada.

 

Cara Yang Betul Mengail Ikan Mempinang

 

Umpan

 

Mempinang pada dasarnya tidak memilih jenis umpan. Umpan hidup adalah tidak sesuai kerana saiz mempinang yang kebanyakan sekarang ini dipancing adalah kurang dari sekilo. Umpan yang paling berkesan ialah sotong sama ada hirisan sotong jarum, sotong cumit dan sotong kurita.

 

Sotong kurita lebih berkesan untuk kawasan yang mempunyai anak-anak ikan karang yang banyak kerana ia liat untuk dikutis oleh anak-anak ikan sebelum dijumpai oleh mempinang ini.

 

Ikan tamban sisik potong dan ketam serta udang boleh digunakan bila-bila masa kerana masa yang sama juga anda mungkin boleh menjerat ikan bayan.

IKLAN

 

Cara Yang Betul Mengail Ikan Mempinang

 

Jika ingin hasil yang lebih produktif pemancing perlu berusaha mendapatkan sotong segar sama ada candat ataupun sauk dan potong kecil-kecil dengan memanjang. Isi ikan mudah habis dikerjakan spesies yang bermulut kecil yang berkongsi habitat dengan mempinang.

 

Peralatan Dan Teknik

 

Peralatan terutama jenis perambut bergantung kepada padang pancing, kedalaman air serta saiz peralatan yang dibawa.

 

Jika anda ingin memancing dengan lebih mudah iaitu mengelakkan perambut tersangkut pada karang, gunakan teknik apollo. Pastikan perambut untuk mengikat batu ladung dipanjangkan lagi dan gunakan tangsi halus supaya ia mudah putus apabila tersangkut.

IKLAN

 

Cara Yang Betul Mengail Ikan Mempinang

 

Menggunakan tanduk ketika memancing di air dalam (50 kaki ke atas) dan untuk melayan mempinang yang bersaiz besar lagi. Kekuatan perambut tangsi disyorkan maksimun 50Ib atau 30Ib.

 

Tak perlu pakai dawai. Mata kail saya gemar yang kuat dan tajam seperti Gamakatsu 1/0 dan 2/0 sesuai untuk menembusi ruang mulut mempinang keras itu.

 

Gunakan teknik dua mata (umpan) dan pastikan anda mempunyai perambut standby siap dengan mata kail sekali.

 

Cara Yang Betul Mengail Ikan Mempinang

 

Lepas 3 hingga 5 ekor adalah dinasihatkan tukar sahaja perambut baru kerana tangsi asal pasti banyak tercalar.

 

Jangan terlalu besar kerana mempinang yang bersaiz besar jarang diperolehi lewat masa kini. Peralatan paling sesuai ialah kelas pertengahan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI