terdapat penjual enjin sangkut individu dan kedai membaiki enjin sangkut di pasaran. Enjin sangkut yang bermasalah dapat dikesan dengan mendengar bunyi yang agak bising apabila dihidupkan.
Sistem rod dan piston mewujudkan bunyi yang agak kasar menandakan enjin sangkut ini dalam keadaan kurang memuaskan.
Ads
Kuasa kudanya akan menurun dan tolakan sampan menjadi kurang bertenaga sekiranya digunakan. Ditambah lagi penggunaan minyak akan menjadi lebih kuat berbanding enjin yang masih baik.
Ads
Sistem coil api juga perlu dilihat supaya enjin sangkut terpakai ini boleh menyalurkan api yang kuat untuk disalurkan kepada plug. Alat ini amat penting dan adakala ia mudah rosak dan harga alat gantinya boleh tahan juga!
Ads
Walau apa jua pilihan pemancing sama ada ingin membeli enjin sangkut baru atau terpakai, penyesuaian terhadap bot amat penting. Padankanlah enjin sangkut sepadan dengan sampan yang digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Mari kita buat sedikit rumusan dari segi aspek peralatan dan umpan bagi sesi pancingan tebing atau menebing. Peralatan dan umpan merupakan nadi utama bagi memperoleh hasil yang disasarkan.
Joran dan kekili
Bagi kebanyakan lokasi menebing terutamanya di muara sungai, joran sepanjang 7’ sehingga 10’ sudah memadai. Jika di pantai mendatar, joran sepanjang 12’ kaki hingga 17’ lebih sesuai. Manakala kekili pula sebaiknya siri 4000 hingga 8000, sebaiknya kekili khusus untuk pancingan air masin dengan ratio sederhana.
Tali utama pula, sama ada tali mono atau braided boleh diguna pakai bergantung kepada situasi lokasi.
Batu ladung
Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling. Tetapi pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika lontaran dibuat. Jika tidak, hujung joran mudah patah ketika permulaan lontaran. Saiz batu juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut serta permukaan.
Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.
Perambut
Mulakan dengan 10lb hingga 80lb bergantung kepada kekuatan tali utama, saiz mata kail, kapasiti kekili dan kekuatan joran yang digunakan.
Pilih warna cerah dengan panjang perambut antara 1 hingga 3 kaki. Sekiranya sekadar memancing ikan-ikan kecil seperti bebulus atau gelama, memadai jenis apollo 10lb hingga 20lb.
Umpan
Untuk kegunaan memancing di pantai atau muara boleh disenaraikan seperti berikut:
Udang (udang hidup dan segar lebih baik)
Perumpun (perumpun sarung lebih baik dari semua jenis perumpun)
Ikan muara (belanak, tamban, beliak mata, selangat, bulu ayam, bilis atau kasai bersaiz kecil)
Hirisan ikan (kembung, selar, Selayang, tamban dan lain-lain)
Hirisan sotong (sotong kurita dan cumit segar)
Ketam angin atau anak ketam batu
Isi sesiput atau spesies bercengkerang lain
Roti untuk umpan belanak besar.
Roti canai atau daging ayam untuk ikan kuku.
Waktu Mancing
Kunjungi pantai atau muara ketika keadaan air yang kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan).
Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang.
Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang hingga sebelum fajar. Terbaik ialah lepas solat Maghrib hingga sebelum habis waktu Subuh.
Sesuai dengan namanya, umpun pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar.
Ada banyak cara untuk mendapatkan umpun pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan penggunakan skop atau cangkul sahaja.
Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular.
Biasanya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian umpun ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Ikan sasaran:
Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari.
Cara digunakan:
Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau apollo.
Penulis bermurah hati untuk berkongsi beberapa panduan dan tip untuk kaki pancing menduga rumah rakit yang ada di Malaysia.
Perkara paling penting untuk kaki pancing sebelum turun memancing di rumah rakit adalah dengan membuat sedikit kajian tentang rumah rakit yang anda ingin pergi. Ini dapat membantu anda untuk mengetahui struktur, kedalaman, dan pelbagai aspek penting yang lain tentang rumah rakit tersebut.
Anda juga boleh mengkaji tentang spesies ikan yang ada di situ. Bila tahu spesies apa yang ada, anda boleh mempersiapkan kelengkapan yang bersesuaian untuk memburu ikan target. Ingat, lain ikan, lain tekniknya.
Membaca air ini mungkin agak subjektif kalau hendak kita ceritakan untuk memancing di rumah rakit. Ada rumah rakit yang sesuai untuk kita pergi ketika air besar dan ada juga yang lebih sesuai sewaktu air bani.
Tapi mengikut pengalaman penulis sendiri, antara waktu yang terbaik untuk menduga rumah rakit ialah ketika perjalanan air bani hendak ke besar ataupun ketika air besar hendak ke bani. Waktu sebegini lebih selamat kerana arusnya tidaklah begitu laju dan juga tidak begitu perlahan.
Untuk memancing di rumah rakit mudah sahaja. Tak perlulah anda menggunakan set mahal atau high end. Cukuplah set ekonomi yang tahan lasak dan diyakini mampu untuk menaikkan spesies-spesies yang ada di rumah rakit.
Untuk kekili, saiz yang biasa digunakan ialah 4000 dan ke atas. Ia kemudian dipadankan dengan mainline sama ada mono atau braided minima 20lb. Seelok-eloknya digalakkan menggunakan tali braided kerana ia lebih tahan lasak jika anda bertarung dengan ikan bersaiz besar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...