Gejala mabuk laut bukanlah sesuatu yang indah untuk dihadapi apatah lagi dikenang. Namun korang masih boleh mengatasi gejala ini dengan melakukan persiapan awal seperti berikut.
Sebelum menyertai sesuatu trip memancing, pastikan diri anda mendapat tidur yang cukup. Jika tidak dapat 8 jam sekadar 4-5 jam sudah memadai.
Jangan lupa makan terlebih dahulu, tapi jangan sampai terlalu kenyang. Jangan makan makanan yang mengandungi minyak yang banyak. Apabila sudah makan ianya dapat menghindarkan perut daripada dimasuki angin yang boleh menyebabkan mabuk.
Ads
Ubat-ubatan seperti minyak angin, balm, koyok, dan ubat tahan mabuk juga perlu disediakan. Makanlah ubat tahan mabuk 1/2 jam sebelum memulakan sesuatu trip.
Semasa di atas bot, badan jangan terlalu membongkok atau melihat ke bawah, ini kerana jika keadan itu berlaku ianya juga boleh membuatkan anda cepat merasa mual atau loya, cubalah melihat sesuatu yang jauh.
Ads
Cuba hindari daripada duduk berdekatan dengan bahagian enjin, kerana bau asap yang terhasil daripada enjin tersebut juga boleh membuatkan anda mabuk.
Ads
Bawalah bekal buah-buhan segar ataupun jus buah. Air bergas juga mampu membantu mengeluarkan angin dari badan.
Satu lagi tip yang mungkin dapat membantu adalah dengan cara mendengar muzik.
Jika tekak sudah mula merasa mual atau ingin muntah, sebaiknya muntahkan saja kerana ianya akan membuatkan badan anda lebih berasa selesa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Penderita ekzema selalunya mempunyai KECENDERUNGAN GENETIK.. 3 penyakit yang dikaitkan dengan 3 penyakit keluarga dinamakan ATOPI:
1) Ekzema
2) Resdung
3) Asma
Ekzema merupakan PENYAKIT KECELARUAN IMUNITI BADAN yang berpunca daripada perut yang tidak sihat.
Ia menjadikan antibodi badan kacau bilau dan menyebabkannya menyerang badan sendiri.
Dalam genetik kita memang sudah ada kecenderungan alahan tetapi sama ada timbul atau tidak bergantung kepada faktor STRESS yang mengganggu FITRAH badan.
Akibat perut rosak, BADAN JADI SENSITIF. Salah satu kesannya ialah, BAHAN yang sebabkan saraf senstif iaitu HISTAMIN jadi banyak pada kulit. Maka terjadilah Ekzema. Gegata juga penyakit histamin jadi tinggi pada kulit.
Masalah ini banyak berpusat di perut. Di dalam kes alahan, “PENAWAR” kepada sensitif histamin ini terletak di sistem pencernaan. Kita juga boleh ambil suplemen yang boleh meningkatkan penawar ini antaranya ialah vitamin C seperti Redoxamin formulasi bahan makanan untuk meningkatkan enzim penawar penyakit sensitif ini.
Pantang juga makanan yang merosakkan perut dan usus kerana ini akan meningkatkan histamin dan mengurangkan penawar sensitif badan…
Ada apa dengan ikan?
Apa yang penting sangat, sampai nak makan ikan pun kena memilih kalau ada ekzema? Ikan ini memanglah berkhasiat dan salah satu menu yang semua orang tak akan tinggal. Tapi ada sesetengah jenis yang kita perlu elakkan sementara, basically orang yang ada ekzema .
Ikan yang perlu elak dari dimakan adalah seperti :
IKAN KEMBONG
IKAN TONGKOL
IKAN CENCARU
IKAN BAWAL (HITAM/EMAS)
IKAN PARI
Ikan-ikan ini mengandungi kandungan amino asid histidin tinggi dan berpotensi ditukarkan kepada bahan kimia saraf iaitu histamin oleh bakteria yang ada pada ikan tersebut. Sebab tu makanan tinggi histamin ini berpotensi menyebabkan sensitif dan keradangan bagi yang alah.
Senang kata ikan isi hitam elakkan dan juga ikan ternakan sangkar macam ikan siakap sekarang ni banyak yang dibela.
Sebagai penyelesaiannya, cari ikan yang isi putih macam ikan merah, ikan selar, ikan jenahak atau ikan kerisi.
Ada sesetengah pemancing tidak gemar memancing dengan menggunakan set pancing yang dipinjam. Kepuasan menggunakan set pancing sendiri adalah lebih berbanding menggunakan set pancing pinjam. Namun, sekiranya anda harus meminjam set pancing kawan untuk memancing, maka beberapa perkara anda perlu lakukan.
Ambik Tau Spek Pancing
Ini merupakan perkara utama yang perlu dilakukan sebelum meminjam dan menggunakannya. Semak dulu kesesuaian set pancing tersebut dengan jenis pancingan yang anda ingin lakukan.
Contohnya jika ingin berjigging maka pastikan set pancing tersebut adalah untuk jigging. Bukannya untuk memancing di kolam. Kalau memancing di laut, pastikan set pancing tersebut khusus untuk pancingan air masin.
Begitu juga dengan had aksi kekuatan set pancing. Pastikan ia sepadan. Ia penting kerana bukan saja akan melancarkan sesi memancing tetapi tidak perlu berhadapan dengan risiko set pancing tersebut rosak.
Cek Kondisi Set
Ambil sedikit masa untuk menelek sebarang kerosakan atau kesan calar pada set pancing berkenaan. Sekiranya ada sebarang kerosakan atau calar, nyatakan terus situasi tersebut. Ini dapat mengelak daripada timbul sebarang isu selepas anda memulangkannya nanti. Lebih bagus sekiranya anda mengambil gambar set pancing itu sebelum dan selepas menggunakannya.
Mesti Tau Cara Guna Yang Betul
Kalau tak tahu guna, baik jangan pinjam. Tetapi kebanyakan pemancing menyangka set pancing semuanya mudah untuk digunakan. Terutamanya set pancing elektronik seperti kekili elektrik. Kekili elektrik bukan sekadar tekan butang sahaja.
Apa jadi sekiranya mata kail tersangkut pada karang atau sebagainya. Setakat tekan butang sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Itulah pentingnya sedikit pengetahuan tentang menggunakan set pancing sebelum anda meminjam.
Jaga Macam Nyawa Sendiri
Ia sama seperti kita menggunakan kereta sendiri dengan kereta syarikat. Bila bawa kereta sendiri lain kaedahnya tapi bila bawa kereta syarikat, kita lenjan ikut suka. Konsep ini sama sekali tidak boleh diamalkan jika meminjam set pancing member. Malah kita harus menggunakan set pancing pinjam ini mengalahkan kita guna set pancing sendiri.
Jangan Bagi Orang Lain Pakai
Adalah penting ketika menggunakan set pancing tersebut dalam sesuatu trip memancing, jangan cuba pula berikan pada rakan trip menggunakannya. Kedengarannya macam kedekut sangat. Tapi ada baiknya anda bersifat kedekut kerana jika sebarang kejadian berlaku ke atas set pancing tersebut, anda yang bertanggungjawab.
Bukannya rakan trip tersebut. Contoh mudah, jika jorannya patah apa yang akan anda jelaskan pada member yang bagi pinjam tu? Dan bagaimana pula reaksi member anda itu?
Jangan Bagi Pinjam
Situasi ini tidak sama dengan bagi orang lain guna sebaliknya lebih parah dan tidak sepatutnya berlaku. Jika anda nak beri pinjam juga sebaiknya pulangkan dulu set tersebut pada member anda.
Biarlah apa kawan anda yang nak pinjam tu kata apa sekalipun. Ia jauh lebih baik daripada anda memberinya pinjam sama ada dengan pengetahuan pemiliknya ataupun tidak.
Kembalikan Dalam Keadaan Sempurna
Maksudnya di sini, pulanglah set pancing tersebut dalam keadaan sebagaimana anda meminjamnya dulu. Sebelum memulangkannya lakukan sedikit servis kecil seperti mencucinya.
Sebaik-baiknya biar nampak seperti ia tidak digunakan langsung. Lebih bagus sekiranya anda ceritakan sedikit atau buat repot bagaimana anda menggunakannya. Dan lebih-lebih cantik lagi, berilah sedikit hasil memancing yang anda perolehi.
Ikan sembilang merupakan ikan dari keluarga ( familia ) Plotosidae, yang merupakan jenis ikan bermisai atau catfish (Siluriformes ). Ciri khas yang jelas adalah sirip dorsal yang bersatu dengan ekor.
Ada yang mengatakan sembilang seperti ikan linang dan belut sawah karena postur tubuhnya yang panjang. Ikan Sembilang bisa mencapai ukuran panjang hingga 100 cm, dengan besar kira-kira sebetis orang dewasa.
Di desa Kedung Malang, Kecamatan Kedung, Kabupaten Jepara, Jawa Tengah, kebanyakan warganya menganggap ikan sembilang ini adalah ikan keramat.
Menurut warga terutamanya nelayan tempatan, ikan sembilang ini merupakan ikan yang pantang untuk dimakan oleh wanita hamil.
Warga setempat cukup yakin dan percaya bahawa bahwa pemberian nama sembilang itu dari bahasa jawa `ILANG’ yang membawa maksud `HILANG’.
Bagi mereka yang mempercayainya, jika perempuan hamil memakan ikan sembilang ini, maka kandungannya akan hilang dengan sendiri. Tidak kira berapa usia janin yang sedang dikandung akan ghaib begitu saja jika memakan ikan sembilang.
Setiap daerah lazimnya memiliki tradisi dan kepercayaan sendiri. Sama ada untuk mempercayainya atau tidak, terpulang pada diri sendiri.
Sekiranya anda ke desa ini, anda boleh bertanya tentang mitos ini kepada penduduk setempat. Sehingga kini masih ramai warga setempat masih meyakini akan mitos tersebut.
Walau bagaimana pun, kejadian mistik ini hanya berlaku terhadap wanita yang sedang hamil dan sama sekali tidak akan berlaku kepada wanita yang tidak mengandung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...