Gejala mabuk laut bukanlah sesuatu yang indah untuk dihadapi apatah lagi dikenang. Namun korang masih boleh mengatasi gejala ini dengan melakukan persiapan awal seperti berikut.
Sebelum menyertai sesuatu trip memancing, pastikan diri anda mendapat tidur yang cukup. Jika tidak dapat 8 jam sekadar 4-5 jam sudah memadai.
Jangan lupa makan terlebih dahulu, tapi jangan sampai terlalu kenyang. Jangan makan makanan yang mengandungi minyak yang banyak. Apabila sudah makan ianya dapat menghindarkan perut daripada dimasuki angin yang boleh menyebabkan mabuk.
Ads
Ubat-ubatan seperti minyak angin, balm, koyok, dan ubat tahan mabuk juga perlu disediakan. Makanlah ubat tahan mabuk 1/2 jam sebelum memulakan sesuatu trip.
Semasa di atas bot, badan jangan terlalu membongkok atau melihat ke bawah, ini kerana jika keadan itu berlaku ianya juga boleh membuatkan anda cepat merasa mual atau loya, cubalah melihat sesuatu yang jauh.
Ads
Cuba hindari daripada duduk berdekatan dengan bahagian enjin, kerana bau asap yang terhasil daripada enjin tersebut juga boleh membuatkan anda mabuk.
Ads
Bawalah bekal buah-buhan segar ataupun jus buah. Air bergas juga mampu membantu mengeluarkan angin dari badan.
Satu lagi tip yang mungkin dapat membantu adalah dengan cara mendengar muzik.
Jika tekak sudah mula merasa mual atau ingin muntah, sebaiknya muntahkan saja kerana ianya akan membuatkan badan anda lebih berasa selesa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Nama ikan pari lazimnya akan disebut terlebih dahulu bila berbicara soal bisa sengat. Sebenarnya, ikan laut yang paling berbisa bukanlah datang dari pari. Kita letak skala 1-5 untuk mengukur sengat mana yang paling sakit. Skala satu untuk yang kurang sakit dan skala lima untuk sengatan yang paling padu bisanya!
IKAN DURI
Bisa ikan ini tidak sekuat ikan sembilang. Sengatan ikan duri akan menyebabkan rasa pedih dan aliran darah yang banyak kerana durinya yang besar. Jika terkena sengatan ikan duri, bersihkan bahagian itu. Kemudian, letakkan minyak angin ataupun minyak gamat. Seandainya ada pil paracetamol, boleh dimakan untuk mengurangkan rasa sakit. Jika sakit berlanjutan, segeralah ke klinik.
Level Padu Bisa : Skala 2
KITANG
Biasanya seseorang akan terkena sengatan ikan ini ketika menjala. Sakitnya ‘mencucuk’ dan terasa berdenyut. Sakitnya tidak lama, lebih kurang satu jam sebelum ia bernasur-ansur hilang. Jika disengat pada jari, secara automatik tangan akan menjadi lenguh. Namun duri ikan kitang tidak mempunyai toksin yang tinggi sehingga boleh menyebabkan sesiapa yang terkena sengatnya terancam nyawanya.
Level Padu Bisa: Skala 2.5
DENGKIS
Ikan ini turut dikenali sebagai kitang lada. Sakitnya lebih daripada kitang biasa. Bisanya terletak pada duri di sirip ikan ini. Apabila terkena sengatan ini, pandangan mata akan menjadi sedikit kabur. Dikatakan, hampir setengah hari lamanya anggota badan yang terkena sengat akan kebas dan hampir hilang upaya untuk digunakan.
Level Padu Bisa: Skala 3
SEMBILANG / USAT
Sengatan ini masih boleh ditahan. Mampu membuatkan seorang lelaki ‘macho’ mengalirkan air mata tetapi sengatnya jika dirawat segera tidak mendatangkan kesan serius. Jika dibawa ke klinik atau hospital, biasanya akan diberi suntikan untuk mengurangkan sakit sengatan. Petua orang dulu-dulu, kononnya jika disengat sembilang, seseorang itu dinasihatkan untuk gigit dan makan ekor ikan ini. Bolehkah petua ini dipercayai?
Level Padu Bisa: Skala 4
PARI
Biasanya menyengat dan boleh membunuh. Apabila terkena sengatan ikan pari, segeralah dapatkan rawatan doktor. Suatu ketika dahulu kita pernah dikejutkan dengan kematian Steve Irwin yang popular menerusi programnya; The Crocodile Hunter kerana disengat ikan pari tepat pada jantungnya. Sekiranya terkena pada anggota badan lain mungkin masih sempat diselamatkan.
Level Padu Bisa: Skala 4.5
IKAN KETUKA
Terkena bisa ikan ini ada masanya menyebabkan lumpuh pada bahagian disengat. Kesan lumpuh hanya sementara tetapi perlu dirawat segera. Duri ketuka sangat tajam dan mempunyai toksin di dalamnya. Bisanya menyengat. Lebih menyengat daripada sembilang yang bukan main gah lagi namanya sebagai ikan bersengat.
Level Padu Bisa: Skala 4.5
DEPU/LEPU
Depu dikenali kerana senjatanya iaitu duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut. Jadi kepada para pemancing perlulah berhati-hati ketika mengendalikan ikan ini, atau dengan kata mudah tak payah sentuh lansung ikan ini kerana boleh dikatakan seluruh tubuh spesis ini mempunyai bisa yang amat beracun.
Saya membetulkan kedudukan dua joran yang sudah siap landing di pinggir air. Di dada langit, bulan mengambang penuh. Awan pada malam itu tidak sepekat mana. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa, cukup untuk menjadikan badan dan mata saya segar sepanjang malam.
Dalam kelam malam itu, jangkaan saya baru memasuki sebelas malam, air di lombong nampak berkilau disimbah cahaya bulan. Kelibat deburan ikan bermain-main di dalam air kelihatan, membuatkan hati saya agak gembira melihatnya.
Saya melabuhkan punggung di satu kawasan lapang yang sedikit berpasir. Tidak jauh daripada saya, dalam jarak 50 meter, Nasrul dan kawan baiknya Bahtiar juga sedang tenang menunggu umpan diragut oleh sang mangsa.
Sejak petang tadi, kami bertiga memang sudah berjanji untuk memancing di lombong terbiar berdekatan dengan kawasan Sidam Kiri ini.
Dikatakan sekarang adalah musim ikan kaloi dan haruan. Setakat dua, tiga kilo beratnya sudah menjadi perkara biasa penduduk sekitar mendapatnya. Itu yang menyebabkan saya, Nasrul dan Bahtiar geram mendengar cerita-cerita begitu. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk memancing di sebelah malam.
Dengan berbekalkan umpan anak ikan, katak, cengkerik dan cacing, kami bertiga mencuba nasib di lombong seluas dua ekar ini. Tidak jauh dari saya duduk, ada sebatang pokok sena yang berdiri gagah. Daripada cerita orang-orang tua, pokok sena itu sudah tumbuh sejak beratus tahun lamanya.
Umur sebenar pokok itu tidak diketahui, cuma apa saja cubaan untuk menumbangkan pokok itu pasti tidak berhasil. Pasti ada rintangannya. Jentolak rosak, pemandu jentolak jatuh sakit, hujan ribut dan sebagainya. akhirnya pokok sena yang mempunyai banyak akar berjuntaian itu dibiarkan begitu saja kerana dikatakan berpuaka.
Sesekali mata saya pasti melirik ke situ. Sebagai pemuda yang dilahirkan dalam zaman merdeka dengan usia baru mencecah usia 25 tahun, saya kurang percaya dengan cerita-cerita misteri begini. Dalam zaman yang serba moden ini mana ada hantu atau jembalang.
Semuanya mainan perasaan manusia itu semata-mata apatah lagi saya merupakan graduan dalam tahun akhir bidang kejuruteraan awam di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur. Joran saya bergerak. Sekali sentap, mangsa sudah kelihatan.
Seekor ikan kalui sederhana besar mungkin dalam 300 gram menggelepar lemah di permukaan air. Saya mengucapkan syukur, Alhamdulillah ini rezeki pertama setelah lima belas minit menunggu.
Dari jauh, saya lihat Bahtiar dan Nasrul juga sedang sibuk menaikkan joran masing-masing. Ini bermakna rezeki kami agak murah pada malam itu.
Setelah memasang umpan anak katak pada mata kail (dengan harapan kali ini haruan pula yang akan menyambarnya) tiba-tiba mata saya melihat dua ekor ikan kecil sebesar ikan puyu berwarna putih bermain-main di gigi air dengan jinak sekali.
Seperti dua orang budak kecil yang bermain kejar-kejar sambil mengacah sesama sendiri. Saya jadi terpesona dan khayal melihat gelagat dua ekor ikan kecil berwarna putih itu. Di dada langit, bulan semakin mengambang penuh. Cahayanya jatuh berkilauan di atas permukaan lombong yang luas.
Kalau tadi, terdengar suara cengkerik bersahutan dari hutan kecil di sebelah kini suasana sudah bertukar menjadi senyap sepi. Hanya deru angin yang semakin sejuk terasa. Saya pula seolah-olah ditarik perasaan untuk cuba menangkap dua ekor ikan kecil berwarna putih itu.
Gelagat Bahtiar Dan Nasrul tidak saya pedulikan lagi. Begitu juga dengan dua joran yang saya letakkan tadi (sebenarnya umpan saya sedang dimakan ikan). Apa yang bermain di dalam fikiran saya hanyalah untuk menangkap dua ekor ikan kecil berwarna putih yang saya rasa sungguh aneh dan istimewa sekali.
Ketika itulah, tanpa saya sedar, kaki saya sudah mula melangkah ke gigi air lombong tempat dua ekor ikan putih bermain-main tadi. Semakin saya dekat, semakin ikan itu bermain dengan riang seolah-olah mencabar saya untuk menangkap mereka.
Perasaan saya menjadi semakin geram dan tidak sabar. Dalam otak hanya satu yang saya fikirkan, saya mesti berjaya menangkap kedua-dua ikan putih ini untuk ditunjukkan pada kawan-kawan dan sanak saudara.
Setiap kali saya cuba menangguk dua ekor ikan putih itu (dengan tangguk yang saya bawa) pasti terlepas. Ikan-ikan itu pula tidaklah berenang terlalu jauh daripada saya tetapi entah mengapa saya masih gagal untuk menangkapnya.
Pada masa yang sama, saya tidak sedar bahawa saya bukan lagi berada di gigi air, tetapi saya sudah berjalan jauh ke depan dengan air kini separas dada saya!
“Iqbal…Iqbal….” Sayup-sayup saya terdengar suara memanggil tetapi keasyikan saya pada kedua-dua ekor ikan putih itu menyebabkan saya sudah tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling saya.
Tiba-tiba saya terdengar laungan azan. Agak sayup dan sayu pada pendengaran saya. Bukan sekali malah tujuh kali. Ketika itulah ikan putih tadi ghaib dan saya seolah-olah baru tersedar akan kedudukan saya yang berdiri di tengah lombong terbiar itu!
Nasrul datang berenang mendapatkan saya dengan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Qursi. Saya seperti dipukau hanya membiarkan tangan saya ditarik ke tepi tebing. Dengan dibantu oleh Bahtiar, saya didudukkan dan diberi minum air kosong. Selepas itu barulah fikiran saya menjadi waras dan boleh berfikir.
Kejadian ini berlaku beberapa tahun lepas. Walaupun diuji begitu, saya tidak serik untuk ke lombong itu lagi. Setiap kali turun ke Teluk Intan, saya pasti akan memancing di situ. Cuma kali ini saya memancing pada sebelah siang sahaja. Sebelum waktu Maghrib tiba, saya pasti akan angkat kaki dari situ.
Bot dan enjin merupakan aset yang cukup bernilai bagi seorang pemancing ataupun nelayan.
Nilainya boleh diibaratkan seperti kenderaan di atas jalan raya seperti motosikal dan juga kereta.
Harga untuk memiliki bot dan enjin bukannya murah, semuanya ribuan ringgit. Lagi besar saiz dan kuasa kuda enjinnya, lagilah besar nilainya.
Bagi bot-bot yang berkuasa tinggi pula, pastinya ia mencecah angka RM50 ribu ke atas dan hinggalah ke ratusan ribu ringgit. Nilai dan harganya pula boleh beli rumah kalau di atas daratan.
Di sebalik kegembiraan memiliki aset penting aspek penjagaan keselamatan perlu dititik beratkan. Justeru, bagi kaki pancing dan nelayan pesisir pantai perlulah peka terhadap aset yang dibeli, jangan sampai kena curi.
Bagi pengguna bot topper dan memiliki enjin bersaiz kecil yang mudah disimpan mungkin banyak kelebihan ketika simpanan apabila tidak digunakan.
Bot boleh diangkat ke atas bumbung kereta pacuan empat roda ataupun kereta Datsun ‘tonggek’ lama.
Enjinnya pula boleh dipikul di atas bahu. (Merujuk kepada bot bersaiz 13kaki dan enjin 15 kuasa yang masih disimpankan ke darat).
Begitu juga dengan bot-bot yang mempunyai kemudahan trailer yang hanya diturunkan ke air sewaktu hendak digunakan.
Kaedah menurunkan dan menaikkan bot dari air lebih mudah dan cara simpanan lebih selamat jika aspek keselamatan ditingkatkan.
Namun tidak semua jeti di negara kita mempunyai kemudahan tempat menurunkan bot seperti luar negara.
Negara kita perlu mengiktiraf memancing sebagai sukan profesional dan menambah baik jeti supaya kemudahan untuk menurunkan dan menaikkan bot dibuat di semua lokasi memancing dibina.
Tetapi bagi jeti yang tiada kemudahan menurunkan bot, penyimpanan di jeti adalah langkah terakhir.
Tetapi aspek keselamatan merangkumi kesemua perlu dititik beratkan contohnya jeti yang kukuh, kawasan jeti yang tidak berada di laut terbuka dan berombak.
Jika tiang jeti diperbuat daripada kayu, ia hendaklah sentiasa dibuat penyelenggaraan berjadual untuk ketahanan jeti bagi jangka masa panjang sekiranya dibuat daripada kayu.
Kebiasaannya pengusaha-pengusaha jeti mempunyai persatuan dan ada juga yang tiada.
Terdapat jeti yang dibina oleh kerajaan yang diberikan kepada nelayan namun tiada persatuan yang mengawal dan juga menjaga kebersihan persekitaran jeti.
Ini memperlihatkan kelonggaran dari segi keselamatan bot-bot yang di letakkan di kawasan jeti.
Sebaiknya ditubuhkan satu persatuan bagi menjaga keselamatan bot. Ada jeti yang berpagar dan berkunci dan ada juga jeti yang tidak berpagar.
Jika tidak berpagar, pemasangan lampu yang terang di sekitar jeti juga mampu mengelakkan kes kecurian.
Malah ada di kalangan pemancing dan juga nelayan menggajikan pekerja yang biasanya rakyat asing untuk menjaga kawasan jeti dan bot yang parking di jeti berkenaan.
Walaupun ada pekerja, aspek keselamatan yang asas seperti memasang rantai keselamatan pada enjin bot dan mangga pada kunci pagar jeti mampu meningkatkan keselamatan bot atau enjin daripada dicuri.
Apa pendapat anda? Jom komen & share. Terima kasih!
Jangan lupa like & setting see first Facebook @Majalah Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...