Sentiasa pastikan di mana kedudukan batu ladung dan mata kail sebelum membuat balingan. Elakkan dari melakukan balingan sekiranya ada sesiapa yang bergerak di belakang anda.
Cuba elak daripada mengamalkan teknik balingan secara putaran untuk mendapatkan momentum balingan kecuali tiada sesiapa di kiri dan kanan anda.
Ads
Pastikan tiada halangan atau sesuatu yang terbelit sebelum melakukan lontaran. Dengan momentum balingan yang kuat, tali pancing atau hujung joran boleh patah sekiranya terdapat halangan.
Jika anda bukan seorang perenang yang baik, sebaiknya jangan lakukan balingan di dalam air melebihi paras pinggang, apatah lagi ketika permukaan laut agak berombak. Risiko ditarik ombak ke tengah laut kemungkinan besar akan berlaku.
Ads
Pastikan drag kekili diketatkan sebelum melakukan balingan. Sebaiknya juga alas jari anda dengan plaster atau memakai sarung tangan. Seretan tali sulam dengan mudah menghiris jari umpama mata pisau.
Ads
Selepas melakukan balingan, longgarkan drag kekili dan sebaiknya jangan pancangkan jorak melebihi sudut 90 darjah. Sentapan ikan bersaiz monster boleh menyebabkan hujung joran patah.
Sekiranya ingin melakukan lontaran dari dalam air, pastikan kawasan tersebut bebas dari kewujudan ulat bulu laut. Atau sebaiknya jangan berkaki ayam ketika meredah masuk ke dalam air.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Walaupun berbadan leper, ikan timah mampu menelan mangsa yang lebih tebal dari badannya sendiri. Oleh yang demikian, anda boleh memilih untuk menggunakan umpan hidup ikan mati. Boleh pakai seekor ikan sebesar 3 jari dewasa sebagai umpan memandangkan ia tidak menelan umpan ikan sekaligus.
Umpan akan diserang secara berkumpulan sebelum bahagian yang adanya mata kail tercangkuk padai mulut. Mangsa atau umpan akan diserang sehingga tiada lagi yang tinggal. Selain ikan, sotong hidup mahupun mati adalah terbaik menjerat ikan ini.
Mata kail sehingga saiz 5/0 tidak menjadi masalah kerana ikan ini adalah spesies yang rakus menerkan mangsa. Jangan pakai mata kail kecil bagi mengelakkan faktor rabut atau mata terlucut. Biar mata sesuai lebih-lebih lagi dengan saiz umpan agar mudah ia menusuk bahagian mulut ikan yang keras ini bila ia ngap umpan berkenaan.
Secara umunnya umpan tidak begitu penting dari segi kesegaran mahupun jenis bila memancing spesies ikan timah asalkan jangan keterlaluan besar dengan saiz yang diburu. Kepingan isi ikan ini juga boleh digunakan sebagai umpan alternatif.
Teknik
Memancing ikan timah lebih mudah pada malam hari berbanding siang. Pergerakannya dapat dikesan menjelang malam terutama ketika ia bermain di kawasan diterangi lampu kapal atau bot. Kilauan sisik berkilat tersembul apabila terkena pembalikkan cahaya.
Apabila ia dikesan berada di permukaan air, cara mudah ialah campakkan apa-apa umpan tanpa pemberat ke air. Hanyutkan ia kemudian tunggu kerana spesies ini biasanya berebut menerkam makanan lebih-lebih lagi ia bersaing sesama kumpulannya.
Perlu pakai dawai atau kabel di hadapan, memadai dengan kekuatan 30 hingga 50 paun yang tahan lasak. Lebih sesuai jika kabel jenis mono ‘kekuli tahan karat’ digunakan berbanding jenis dawai bersulam 7 X1 atau 7 X 7. Jika tidak anda perlu tukar kabel setiap kali dapat seekor ikan ini.
Dawai atau kabel mono senang dibetulkan dan diluruskan semula setiap kali ikan mengena manakala dawai bersulam biasanya mudah luka maupun berpintal apabila sering digigit ikan timah.
Selain menggunakan umpan, satu lagi teknik ialah mengunjun (jigging). Saya berpeluang mencuba kekuatan ikan ini dengan cara teknik ini secara tidak sengaja di Pulau Redang. Ikan cupak yang dihajati tidak muncul sebaliknya ikan timah bertali arus hantam jig pada malam hari.
Walaupun tidak sehebat ikan cupak rembat jig, tapi bila ia dah banyak pasti anda letih di kerjakannya. Sesetengah pemancing pula berpendapat kalau tak ada batu ladung pung berguna. Anda boleh cuba fight dengan ikan yang mampu mengundur, mereng, ikut melulu dan menggelepar di permukaan ketika bertarung.
Sebolehnya guna playar atau alat menanggalkan mata kail di mulut ikan ini. Berbadan licin, serta gigi tajam mampu membuatkan anda serik jika sekali ngap. Tunggu sehingga ikan lemah bila ingin mengendalikannya setelah dipastikan tahap keselamatan jari jemari anda.
Dikatakan, ikan kurau ialah spesimen yang berskala 5 kg ke bawah manakala istilah senohong pula merujuk kepada spesimen kurau melebihi 5 kg. Kurau adalah ikan muara yang kuat melawan serta memiliki daya pecutan. Justeru, tali utama kekuatan minimum 20 lb diperlukan.
Boleh saja jika menggunakan tali berkekuatan kurang dari 20 lb namun adalah satu kerugian yang besar jika terkena kurau bersaiz besar yang mengakibatkan tali pancing putus. Harus diingat untuk strike kurau bersaiz besar bukanlah mudah sekarang ini.
Memancing menggunakan ladung yang kecil hanya sekadar memastikan umpan berada pada kedudukan dasar. Oleh yang demikian kita perlu faham pergerakan arus. Jika arus agak laju maka gunakan ladung yang lebih besar.
Gunakan perambut tangsi minimum 50 lb diikat dengan mata kail 3/0. Kalau boleh perambut yang digunakan adalah jenis yang tahan calar dan hakisan. Sebaiknya guna perambut keras seperti du pont atau fluorocarbon kerana walaupun tak bergigi namun geseran rahang kurau boleh memutuskan perambut. Tidak perlu perambut dawai kerana kurau kurang gemar.
Kurau ikan bermulut besar. Jadi, mata kail dari 2/0 hingga 5/0 adalah prasyarat memancingnya. Pasang umpan pilihan seperti ikan cabuk, udang hidup atau hirisan kembung di lubuk sasaran. Waktu kemuncak ialah 30 minit sebelum air pasang penuh dan satu jam selepasnya.
Sebaiknya ketika air pasang kecil atau air bani. Atau dalam erti kata lain sewaktu arus tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Jangan lepaskan peluang memancing ketika air mula bergerak pasang atau mula bergerak surut. Warna air juga perlu dipantau. Elakkan dari memancing ketika air terlalu keruh atau terlalu jernih.
Sebagaimana memancing di tengah laut atau sungai, waktu awal pagi sehingga matahari naik dan lewat petang sehingga matahari terbenam merupakan tempoh aktif ikan-ikan predator mencari makanan. Sementara waktu malam pula sesuai untuk mencari ikan-ikan yang aktif mencari makan pada waktu malam.
Sebaiknya gunakan umpan yang terdapat di kawasan tersebut seperti udang, kurita, belanak atau tamban. Jika tak dapat umpan hidup, gunakan umpan yang masih segar. Selain itu boleh juga guna umun-umpun atau perumpun. Umpan tiruan seperti gwang, soft plastic atau jig juga boleh digunakan untuk aktiviti casting.
Joran
Joran aksi sederhana 7-10 kaki panjang. Tak perlu joran melebihi 10 kaki panjang kecuali terdapat lubuk-lubuk berjauhan yang berpotensi.
Kekili
Kekili siri 2000-5000 dengan tali sulam atau tangsi 20lb hingga 40lb. Pastikan kekili khusus untuk kegunaan air masin.
Perambut
Perambut batu hidup batu mati dipadankan dengan mata kail lingkar. Perambut Y atau cabang dan perambut apollo.
Amat penting untuk memantau sebarang aktiviti ikan di permukaan air. Jika terlihat kawanan ikan kecil-kecil atau aktiviti pemangsa membaham ikan-ikan kecil, cuba lontarkan umpan ke kawasan tersebut setepat mungkin.
Sebaiknya pacak atau ikat joran pada sesuatu objek yang pegun dan kukuh sekiranya tidak memegang joran. Walaupun bertujuan memancing gelama menggunakan umpan perumpun namun tidak semestinya hanya gelama sahaja yang mengambil umpan tersebut.
Sebaiknya memancinglah secara berteman atau ketika ada pemancing lain di kawasan tersebut. Selain ia dapat membantu sekiranya memporleh ikan bersaiz besar, ia turut dapat menjamin keselamatan sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.
Pakailah pakaian dan alas kaki yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...