
Ikan pacu merupakan spesies maserba yang memakan apa sahaja. Dalam ekologi semula jadi, pacu akan menjadikan zooplankton, serangga, siput dan tumbuhan akuatik yang mereput atau mati sebagai diet utama. Pacu juga menjadikan buah-buahan dan biji benih daripada tumbuhan berdekatan sebagai dietnya.
Antara faktor penting dalam memancing ialah pengaturan umpan anda. Dalam memancing spesies pacu pula, tidak terlalu sukar dalam mengatur langkah menyediakan umpan kerana spesies ini merupakan spesies maserba yang memakan apa sahaja.
Bagi pacu bersaiz kecil, umpan cacing yang merupakan antara umpan terbaik. Pacu yang bersaiz kecil cukup gemar meratah umpan cacing yang juga menjadi umpan universal di kalangan kaki pancing. Selain cacing, umpan organ dalaman haiwan seperti perut dan hati ayam juga merupakan umpan yang terbaik untuk memancing pacu. Kulit dan lemak ayam juga boleh digunakan dan tidak mustahil mampu menggoda pacu bersaiz besar.
Selain itu, udang yang dikopek kulit juga antara menu umpan yang anda boleh cuba. Udang kopek yang dicangkuk seekor pada mata kail juga mudah untuk menarik perhatian si peragut rakus ini. Umpan dedak, pellet atau roti pula merupakan alternatif lain yang anda boleh gunakan.
Kebiasaannya umpan sebegini perlu ‘dirasuah’ terlebih dahulu untuk menarik perhatian sebelum umpan sebenar dilontarkan.
Teknik umpan bagi memancing pacu pula tidak sukar. Anda boleh menggunakan teknik pelampung, teknik dasar atau separa air bergantung kepada situasi padang pancing anda. Biasanya teknik pelampung lebih berkesan dengan umpan perut atau kulit ayam, pellet dan roti manakala teknik dasar lebih tertumpu kepada umpan hati ayam dan cacing.
Apa pun bergantung kepada usaha anda dan keadaan padang pancing, sedikit pemerhatian pasti akan membantu anda dalam pemilihan umpan dan teknik yang perlu digunakan. Jangan lupa untuk sering bersedia ketika si peragut akuatik ini melarikan umpan anda.
10 Hasil Tangkapan Terbesar Dunia!!

Berikut merupakan hidupan akuatik terbesar yang pernah ditangkap dan direkodkan. Maksudnya di sini termasuklah ikan, udang atau sotong yang berjaya ditangkap.
Macam biasalah… yang terlepas tu tentulah lagi besar!
IKAN SALMON – California, Amerika Syarikat.
Seorang pegawai hidupan liar telah menangkap seekor salmon yang dikatakan terberat di selatan California.
Spesies salmon Chinook ini direkodkan seberat 85 paun dengan panjang mencecah 4 kaki. Ikan ini dikatakan berenang sejauh hampir 100 batu menuju ke hulu sungai untuk menghempaskan telur sebelum mati kemudiannya.
IKAN ARAPAIMA – Amazonia, Brazil.
Pirarucu atau arapaima gigas boleh dikatakan spesies legenda yang masyhur di kalangan pemancing.
Jadi tidak hairanlah Lembah Amazon di Brazil ini mampu berbangga dengan spesies ikan naga sebagai rekod terberat pernah dinaikkan menggunakan rod dan kekili.
Spesies yang dijinakkan oleh pemancing profesional tersohor, Jakub Vagner pada 2010 ini telah merekodkan angka 339 paun (154 kg) dan ianya juga diperakui oleh IGFA sebagai rekod rasmi.
IKAN RAJA – Rio Negro, Brazil.
Berhampiran dengan Lembah Amazon, Rio Negro memang terkenal sebagai lokasi pancingan peacock bass ditambah dengan sokongan daripada pihak negeri untuk menjadikan lokasi tangkap dan lepas.
Pada tahun 2010, seorang pemancing warga Brazil iaitu Andrea Zaccherini, telah berjaya menaikkan seekor spesimen spesies C. temensis seberat 29.1 paun ketika trip memancing yang disertainya.
Ini seterusnya memadam rekod lama seberat 28 paun yang direkodkan hanya kira-kira 10 bulan sebelum itu.
IKAN BUAYA – Texas, Amerika Syarikat.
Spesies yang menyerupai haiwan pra-sejarah ini berjaya dijinakkan oleh seorang pemancing dari Texas iaitu Brent Crawford.
Beratnya melebihi 300 paun dengan panjang berukuran 8 kaki 2 inci. Tangkapan Crawford dikatakan menjadi rekod terbesar alligator gar yang didaratkan dengan teknik pancingan busur (bow-fishing) mengatasi rekod lama iaitu 279 paun.
Bagi rekod tangkapan alligator gar menggunakan rod dan kekili, rekod terberat ialah 365 paun.
IKAN MARLIN – Kona, Hawaii.
Marlin ini digelar marlin biru legenda Pasifik setelah ia berjaya didaratkan pada tahun 1984 di perairan Kona, Hawaii.
Panjang marlin ini mencecah sehingga 17 kaki dan beratnya pula direkodkan seberat 1656 paun. Ia mengambil masa lebih daripada 2 jam bagi pemancing menaikkan gergasi ini.
Begitu pun, ia dikatakan marlin kedua terberat yang pernah dinaikkan menggunakan rod pancing.
PATIN MEKONG – Thailand.
Pada Mei 2005, seekor patin Mekong (Pangasionodon gigas) telah berjaya didaratkan yang mana saintis percaya ia merupakan yang terbesar pernah dinaikkan.
Saiznya sepanjang 9 kaki dan beratnya mencecah 646 paun hampir sebesar seekor beruang. Oleh kerana ia dikategorikan sebagai spesies terancam, nelayan di sana cuba untuk melepaskan kembali, namun sayangnya Mekong tersebut mati.
PARI AIR TAWAR – Thailand.
Pari air tawar yang terbesar pernah ditangkap telah direkodkan di Thailand. Dengan berat mencecah 770 paun ianya ditangkap oleh seorang warga British yang memancing di
Thailand ketika membantu program tagging spesies berkenaan. Ukuran spesimen sekitar 7 kaki panjang dan 7 kaki lebar ini mengambil masa hampir 2 jam sebelum berjaya didaratkan.
KETAM RAJA – Lautan Pasifik.
Ketam juga merupakan salah satu hidupan akuatik yang mempunyai ciri-ciri yang unik serta mempunyai rasa yang lazat sebagai hidangan.
Namun begitu, tahukah anda ketam terbesar yang pernah dinaikkan mempunyai berat sehingga 15kg? Itulah seekor ketam Varanger (Varanger king crab) dengan jarak hujung
ke hujung hampir 2 meter yang pernah dinaikkan di Lautan Pasifik. Ketam Varanger ini juga sering digelar sebagai “red king crab”.
SOTONG GERGASI – Lautan Artik.
Sotong gergasi ini telah ditangkap di Lautan Artik dan direkodkan seberat 1089 paun. Ia telah mengatasi rekod berat sotong sebelum itu yang direkodkan di New Zealand iaitu 992 paun.
Panjang sotong gergasi dari Lautan Artik ini mencecah sehingga 6 meter panjang. Bayangkan betapa besarnya gergasi ini!
LOBSTER – Maine, Amerika Syarikat.
Lobster yang terbesar pernah ditangkap direkodkan di perairan Maine, New England di Amerika Syarikat. Lobster ini seberat 27 paun dan besarnya kira-kira saiz kanak-kanak berusia 3 tahun.
Ianya diberi nama ‘Rocky’ dan sepitnya sahaja mampu mencederakan lengan seorang lelaki dewasa. Beratnya tertumpu pada sepitnya dan ia dikatakan mampu mematahkan
lengan jika disepit. Rocky telah dilepaskan kembali ke lautan beberapa hari selepas itu. Sekiranya belum mati, entah sebesar mana lobster ini sekarang.
Top 10 Sungai Berbahaya Dunia!!

Mujurlah juga sungai-sungai di negara kita tidak tersenarai sebagai sungai berbahaya. Jadi, bolehlah kita memancing dengan aman.
Jom kita tengok sungai berbahaya di dunia bermula dari sungai ke-10 hinggalah sungai yang menduduki carta paling berbahaya.
Ke-10 (Sungai MEKONG)
Sebagai salah satu sungai terpanjang di Asia, sungai Mekong ini menjadi pelengkap dalam daftar sungai paling berbahaya di dunia.
Mengalir melalui Cina, Laos, Vietnam, Kemboja, Burma dan Thailand, sungai ini tercatat memiliki panjang yang mencapai 4,350km.
Tidak hanya berbahaya bagi manusia, sungai ini telah menjadi tempat tinggal bagi beberapa jenis haiwan berbahaya termasuklah buaya air masin.
Ke-9 (Sungai LENA)
Sungai yang seringkali mengakibatkan banjir ketika musim bunga datang ini terletak di Siberia.
Pernah pada tahun 2007, air sungai Lena melimpah dan menenggelamkan sebanyak 1.000 rumah penduduk dan 12 bandar.
Sungai dengan panjang 4,399 km ini lebih berbahaya ketika musim panas dan munculnya musim bunga.
Ke-8 (Sungai YENISEI)
Mengalir melewati Mongolia dan Cina, sungai Yenisei dianggap sebagai salah satu sungai terbesar dan juga paling merbahaya di dunia.
Dengan panjang 5,549 km, sungai ini dikenali dengan arus deras yang dapat menyebabkan banjir.
Selain faktor tersebut, Sungai Yenisei juga memiliki tahap racun dan radiasi yang sangat tinggi.
Ke-7 (Sungai CONGO)
Sungai Congo atau Sungai Zaiire, kedua nama itu merupakan nama dari sungai yang sama.
Dengan panjang 4,702km Sungai Congo menjadi sungai terpanjang kedua di Afrika. Sungai yang dianggap paling berbahaya bagi penduduk di Afrika ini memiliki arus yang sangatlah kuat.
Dengan kengerian yang dimiliki oleh sungai ini, orang-orang di Afrika menamakannya Heart of Darkness.
Tambah berbahaya, pada bahagian akhir dari sungai Congo terdapat sebuah tebing mengerikan yang disebut dengan Gates of Hell.
Ke-6 (Sungai YANGTZE)
Di Asia juga memiliki sungai yang dianggap berbahaya. Berlokasi di Cina, sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang yang berada di Asia dengan panjang mencapai 6,379km.
Sungai Yangtze sudah dikenal akan kengeriannya karena pernah menyebabkan banjir besar yang melanda China pada waktu dulu.
Oleh karena itu di sungai ini dibangunkan empangan untuk mencegah kejadian serupa terulang kembali.
Ke-5 (Sungai MISSISSIPPI)
Sungai kedua terbesar di Amerika Syarikat ini memiliki panjang mencapai 3,765km.
Bermula di Lake Itasca, Mexico, Sungai Mississippi memiliki aliran yang berakhir di Teluk Mexico.
Dengan tingkat air sungai yang turun naik disertai arus deras, para penduduk yang tinggal sekitar Sungai Mississippi sering hidup dalam ketakutan terhadap ancaman banjir serta ancaman jerung.
Ke-4 (Sungai ORINOCO)
Terletak di Amerika Selatan dan juga termasuk dalam sungai terpanjang ketiga di Amerika Selatan.
Memiliki panjang 2,140km dan mengalir melintasi Colombia dan Venezuela dengan 200 cabang sungai dan juga memiliki beberapa air terjun.
Sungai Orinoco ini sukar untuk dilalui karena memiliki arus yang sangat keras dan diapit dengan hutan hujan yang sangat tebal.
Sungai Orinoco ini juga memberikan ancaman pada penduduk tempatan kerana air sungai Orinoco seringkali melimpah dan menyebabkan banjir.
#3 – PARANA RIVER
Sungai yang melintasi Argentina dan Paraguay ini memiliki panjang sekitar 4,828 km.
Sungai Parana dianggap sebagai salah satu sungai paling berbahaya kerana sungai ini memiliki arus yang sangat kuat dan selalu menyebabkan banjir, sekaligus kemusnahan
teruk kepada kediaman dan kota yang berdekatan dengan sungai ini. Arus kuat di sungai Parana ini juga mendapat pengaruh dari angin kuat dan El Nino.
Ke-2 (Sungai BRAHMAPUTRA)
Sungai Brahmaputra merupakan sungai yang berada Bahaduradbad, Bangladesh. Sungai dengan panjang 2,896 km ini seringkali digunakan sebagai sarana pengangkutan dan juga pengairan.
Walaupun sungai ini memiliki banyak manfaat bagi penduduk di Bahaduradbad, ketika salji di pergunungan Himalaya cair, maka sungai Brahmaputra bakal berhadapan bencana banjir yang besar.
Hal lain yang membuat sungai ini sangat berbahaya adalah karena di sungai ini memiliki air pasang yang disebut Tidal Bare.
Tidal Bare ini memiliki arus yang berlawanan dengan arus dari sungai Brahmaputra. Hal itulah yang membuat sungai Brahmaputra menjadi sungai yang paling berbahaya di Bangladesh.
No.1 (Sungai AMAZON)
Tiada sebarang bantahan untuk meletakkan Sungai Amazon adalah sungai yang paling berbahaya di dunia.
Terletak di Amerika Selatan, sungai Amazon ini amat besar dan juga memiliki arus yang sangat deras.
Ia menjadikan sungai Amazon amat mustahil untuk dilewati walaupun dengan jambatan sekalipun.
Di bagian mulut sungai Amazon memiliki punca air yang sangat besar, sebanyak 8 triliun galon air per hari keluar dari mulut sungai itu.
Kedalaman sungai Amazon juga terbilang sangat dalam yakni mencapai 15 meter.
Ketahui Perbezaan Sepat Spesies Tempatan & Import

Ikan sepat ronggeng (T. trichopterus) merupakan salah satu daripada 4 spesies ikan sepat yang kita jumpai di Malaysia.
Seperti kumpulan ikan ini yang bertubuh lebih besar iaitu sepat Siam (T. pectoralis), ikan sepat ronggeng merupakan ikan yang dimakan dan disukai orang tempatan walau pun umumnya hanya untuk pasaran tempatan sahaja.
Disamping itu terdapat pula perbezaan pada badan ikan dimana corak hiasanya mempunyai beberapa warna menarik. Ikan ini juga adalah jenis ikan yang popular sebagai ikan hiasan didalam akuarium.
Walaupun ikan ini mempunyai banyak nama gelaran tempatan, ia dipanggil sebagai sepat rawa dan dalam bahasa Inggeris ikan ini dikenal dengan nama three spot gourami, blue gourami, cosby gourami, gold gourami, golden gourami serta opaline gourami.
Ikan sepat ronggeng ini lazimnya mempunyai bentuk badan yang pipih dan meruncing sempit di mana ukuran panjang sehingga 120mm. Ia mempunyai warna badan perak pudar atau kilat dengan sedikit warna kebiruan atau kehijauan Lazimnya terdapat beberapa jalur seakan bentuk pita yang senget berwarna gelap.
Ia kadang-kadang jelas berwarna kehitaman dengan hadir pada kedua-dua belah badan sepat ronggeng iaitu pada tengah sisi tubuh dan pada pangkal ekor. Nama three spot gourami yang diberi adalah merujuk pada kedua bintik hitam pada badannya dan ditambah dengan mata sebagai bintik yang ketiga. Sirip ekor berlekuk dangkal yang berbintik-bintik dengan jelas untuk pergerakan pantas dalam air.
Warna tubuh ikan ini amat bervariasi. Bergantung kepada spesies atau kualiti air, warna ikan sepat ini sama ada terang dan gelapnya mahu pun warna bintiknya pada tubuhnya amat berbeza.
Kalau diteliti juga bilangan jejari pada sirip-siripnya juga berbeza coraknya. Purata ikan sepat ronggeng sekitar 2.3-2.5 kali lebih panjang dari lebar badan. Sepat ini agak unik kerana ia mempunyai sepasang sesungut yang ketara panjang dibadan dimana ia berkedudukan di depan pada sirip perut.
Ikan Sepat Rawa terdapat di Malaysia, Indonesia dan kawasan di Indochina, terutama di Lembah Sungai Mekong dalam air tawar.
Ikan sepat Siam (T. pectoralis) atau dalam Bahasa Thai, pla salit adalah satu spesies ikan yang banyak dijadikan makanan atau ikan hiasan. Ikan ini boleh ditemui di rawa-rawa, danau, sungai dan parit-parit yang berair tenang, terutama yang banyak ditumbuhi tumbuhan air.
Juga kerap terbawa oleh banjir dan masuk ke kolam-kolam serta saluran-saluran air hingga ke sawah-sawah.
Sebagian besar makanan sepat siam adalah tumbuh-tumbuhan air dan lumut. Namun ikan ini juga memangsa haiwan-haiwan kecil di air, termasuk ikan-ikan kecil yang muat di mulutnya.
Ikan ini sering ditemui di tempat yang terlindung oleh tumbuhan atau sampah-sarap yang tersangkut di tepi air. Ikan sepat siam menyimpan telur-telurnya dalam sebuah sarang buih yang dijaga oleh si jantan.
Sebagaimana kerabat dekatnya dalam keluarga gurami, sepat Siam tergolong dalam rumpun Anabantoidei. Taburan asli ikan ini adalah di wilayah Asia Tenggara, terutama di lembah Sungai Mekong di Laos, Thailand, Kamboja dan Vietnam; juga dari lembah Sungai Chao Phraya. Ikan ini diperkenalkan ke Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Papua New Guenia, dan Sri Lanka.