WAN CRS: Sebenarnya selepas habis sekolah saya sudah mula melibatkan diri dalam keusahawanan.
Sebelum kerjaya sebagai rod builder, saya merupakan pengusaha kolam pancing air tawar (Kolam Pancing Kulim Square dan Kolam Pancing Udang Galah Kulim Square masih
beroperasi hingga sekarang) , mengimport ikan-ikan dari negara jiran, trading benih ikan dan menghantar ikan ke kolam pancing (Kulim Aquaqultur).
UMPAN: Bagaimana perjalanan anda menjadi seorang rod builder?
WAN CRS: ia bermula dengan manfaatkan masa terluang semasa menjadi pengusaha kolam pancing.
Di kolam itu ada kedai pancing kecil saya buat jual umpan, jual peralatan memancing, repair rod, servis reel dan sebagainya.
Kemudian saya mula belajar buat rod sedikit demi sedikit daripada rod yang rosak. Membinanya semula sehingga boleh digunakan kembali.
Dalam pada masa sama saya jadikan Youtube sebagai panduan. Praktis dan jadikan kesilapan untuk perbaiki kelemahan.
Selalu bertanya pada orang yang dah lama buat rod. Seterusnya beranikan diri mencari barang custom di pasaran dan bina untuk diri sendiri.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
WAN CRS: Memang banyak cabarannya. Berkat dari sokongan rakan pemancing, saya mula mengorak langkah demi langkah.
Alhamdulillah, dengan bantuan rakan juga saya berjaya membawa model atau produk CRS ini seluruh Malaysia. Walaupun banyak persaingan dengan produk yang sudah terkenal,
saya perhebatkan lagi produk sendiri dengan mencari supplier dari luar negara bagi mengembangkan perniagaan custom rod ke tahap yang lebih baik.
Seperkara lagi, saya berharap terus menyokong local product (Malaysia).
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?
WAN CRS: Dengan melakukan custom rod, bermakna anda boleh tentukan peralatan terbaik yang anda ingin gunakan dan CRS akan menghasilkan custom rod terbaik untuk anda dan hanya anda seorang saja memiliki produk tersebut di dunia.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman memancing anda?
WAN CRS: Walaupun agak sibuk CRS namun saya tetap mencari masa untuk melunaskan hobi memancing. Saya juga seorang pemancing tegar.
Setakat ini saya sudah memancing hampir di seluruh Malaysia dan turut memancing di Thailand serta Indonesia.
Mengapakah ikan kanai (tembaring) kurang membiak di kawasan sungai paya bakau semenanjung Malaysia sedangkan ia berada dalam kawasan suhu khatulistiwa?
JAWAPAN:
Di Malaysia, ikan kanai atau Papuan black snapper (dipanggil tembaring, kanai di Sabah) memang terkenal di Sabah.
Status spesies Lutjanus goldiei ini sebenarnya tergolong dalam kumpulan ikan snapper dan merupakan spesies endemik di Papua New Guinea serta spesies natif di Pulau Ryukyu, Jepun.
Spesies endemik (endemic) agak unik kerana hanya boleh ditemui di lokasi tertentu sahaja walaupun dalam perairan yang sama manakala spesies natif (native) bermaksud spesies asal sesebuah negara atau tempat tetapi masih boleh ditemui dalam banyak perairan.
Selain Papua New Guinea dan Jepun, hanya terdapat dua lagi negara yang direkodkan kehadiran spesies ini iaitu Indonesia dan Malaysia.
Status kehadiran L. goldiei ini di Indonesia masih lagi status persoalan (questionable) manakala di Malaysia pula dengan status berkeliaran (stray).
Pengkaji cenderung mengatakan kanai di Indonesia kemungkinan merupakan spesies yang dibawa masuk (introduced) dan kehadiran spesies ini di Sabah kerana berkongsi jajaran perairan yang sama.
Jadi persoalan status pembiakan spesies kanai di Semenanjung Malaysia pada dasarnya memang tiada kehadiran kecuali jika spesies ini dibawa masuk dan dilepaskan di perairan Semenanjung sebagai ‘introduced species’.
Mungkin juga, ribuan atau ratusan tahun dahulu, ikan ini berada di perairan Semenanjung, namun akhirnya tidak lagi ditemui, tanpa sebarang bukti atau kajian spesifik dapat dilakukan.
Profil braided atau tali sulam bersifat tiada memori. Sementara shock leader ataupun bahasa mudahnya perambut kejutan atau perambut serap tekanan berfungsi untuk menyerap henjutan dari ikan.
Dalam erti kata lainnya, shock leader merupakan penyambung antara tali sulam dengan tali perambut (leader) yang biasa diperbuat daripada bahan fluorocarbon atau komposit.
Penggunaan shock leader ini semakin meluas digunakan oleh kaki pancing yang menggemari teknik seperti casting, jigging, trolling dan lain-lain lagi. Fungsi utamanya ialah ia menjadi alat untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan apabila ikan menyambar umpan.
Fungsi lain ialah bertindak sebagai alat untuk mengurangkan tekanan geseran pada struktur dan pada masa yang sama ia juga mampu untuk mencangkukkan mata kail dengan lebih kemas pada mulut ikan.
Kelebihan inilah menjadikan shock leader ini sering digunakan oleh kaki pancing terutamanya bagi mereka yang menggunakan tali sulam kerana tali sulam juga tidak mempunyai kuasa regangan untuk menampung henjutan kuat ikan secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul oleh perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai absorber.
Selain itu, tali sulam yang dijual di pasaran sekarang mempunyai pelbagai warna. Kebanyakan daripada warnanya lebih untuk menarik perhatian kaki pancing untuk membelinya selain berkesan untuk kaedah pancingan tertentu tetapi tidak kepada ikan.
Jika diabaikan pemasangan perambut ketika casting, ia sedikit sebanyak akan mengangu perhatian ikan untuk menyambar umpan anda. Dengan pemasangan shock leader (lut sinar) sepanjang sedepa atau sedepa lebih, mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...