Ketua trip atau organizer berhak menentukan kaedah pembahagian hasil dalam pasukannya. Namun jarang sekali organizer meletak syarat yang memberi kelebihan kepada dirinya.
Hasil candat yang diperoleh sebaik-baiknya dibahagi sama rasa dan sama rata kepada setiap peserta terlibat sama ada penglibatan mereka secara langsung atau sekadar pemerhati sahaja (tak mencandat tetapi membayar kos trip).
Ads
Tekong dan awak-awak lazimnya akan membantu dalam proses tangkapan candat dan semua hasil terakhir program diberi kepada peserta. Jika ada awak-awak yang mencandat untuk diri sendiri maka korang berhak untuk mempersoalkannya.
Hasil sotong segar boleh dimasak di atas bot atau dibuat umpan memancing jika perlu. Dalam perkara ini ketua atau peserta sendiri perlu pandai beramah mesra dengan tekong dan meminta bantuan jika perlu. Sotong yang dimasak segera di atas bot adalah nikmat sebenar mencandat sotong.
Ads
Dalam sebuah bot candat, sikap bekerjasama secara berpasukan adalah sangat penting untuk memastikan semua peserta melibatkan diri dan mengambil peluang dan pengalaman mencandat.
Ads
Kalau boleh jauhi sikap pentingkan diri (jika hasil candat hak milik masing-masing). Saling membantu kepada peserta yang kurang pengalaman di lautan.
Sebagai ketua, anda perlu pastikan tiada pertengkaran semasa program mencandat berlangsung, sebaiknya diselesaikan diluar program.
Pembahagian hasil candat sebaiknya dibuat semasa berada di darat. Bahagikan kepada jumlah peserta terlibat mengikut longgokkan sotong mengikut saiz dan jenis. Biar adil dan saksama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sistem tegangan (drag system) yang terdapat pada kekili berfungsi memberi tekanan maksima (pressure) kepada ikan agar ia letih dan mengurangkan pecutannya.
Dengan itu ia dapat menyelamatkan tali pancing dari keluar sepenuhnya dari gelendung dan menjimatkan tenaga pemancing juga.
Ia tidak bermakna had berat ikan tangkapan, tetapi tekanan yang kita dapat letakkan pada ikan supaya ia cepat letih dan senang mengawalnya. Sistem tegangan ini perlu disiap sediakan sebelum kita mula memancing dan diperiksa dari semasa ke semasa.
Cara untuk siap sedianya adalah dengan menarik tali utama yang disiapkan bersama kekili dan joran dengan penggunaan mesin pemberat yang diikat atau sambung pada mesin pemberat pada tegangan yang diperlukan. Seorang untuk memegang joran dan seorang lagi untuk mengangkat joran sehingga berat tegangan dicapai.
Perlu diingatkan juga berat tegangan tali perambut serta tali utama mestilah melebihi 20% dari berat tegangan yang disiapkan sediakan.
Secara ringkas pengertian maksimum drag:
Keadaan spool pada kekili dikunci habis, kemudian talinya dipaksa keluar dan dalam berapa tarikan maksimum sehingga menyebabkan spool itu berputar.
Maksudnya, jika kekili yang mempunyai max drag 14 kg, bererti spool dimatikan kemudian jika talinya ditarik dengan kekuatan di bawah 14 kg maka spool tidak bergerak tetapi jika lebih dari 14 kg makanya spoolnya bergerak.
Max drag boleh dikatakan berfungsi dan juga boleh dikatakan tidak berfungsi tergantung pada penilaian kita masing-masing. Biasanya reel dikelaskan berdasarkan beberapa siri.
Umumnya adalah : Siri 1000 = 2.5kg, 2500 = 4 kg, 5000 = 5 kg, 6000 = 5 kg, 8000 = 8 kg, 10000 = 8 kg. Ini adalah umum bukannya kemestian.
Tetapi kebanyakan kekili mempunyai max drag sebagai demikian kecuali reel yang di design untuk kekuatan drag yang benar benar tinggi.
Lazimnya orang selalu cakap, kekili yang mempunyai max drag yang lebih tinggi maka lebih bagus reel atau kekili tersebut.
Namun saya tidak berpendapat sedemikian. Apa yang penting sebenarnya adalah keseimbangan. Ia bergantung kepada ikan jenis apa yang hendak dipancing.
Contohnya, jika korang menggunakan kekili dengan kekuatan drag 14 kg, padahal hanya untuk memancing di kolam tilapia, rasanya tidak perlulah guna kekili macam tu.
Dalam kes albino, enzim yang terlibat dalam produksi melanin tidak ada atau rosak. Situasi ini sebahagian besar diturunkan oleh kedua ibu bapa atau induk, namun dalam beberapa kasus dapat diwariskan dari genetik tunggal.
Namun ibu bapa yang normal tetap berpeluang melahirkan anak albino. Hal ini terjadi kerana ibu bapa adalah pembawa gen yang menyebabkan kondisi ini.
Seperti pada manusia, albinisme pada haiwan juga merupakan kelainan genetik yang menyebabkan kelainan atau ketiadaan pigmen melanin. Pelbagai mutasi gen bertanggung jawab atas terjadinya albinisme.
Albinisme boleh terjadi di hampir semua spesies haiwan yang memiliki melanin dalam tubuh mereka seperti reptilia, amfibia, moluska, burung, dan mamalia. Oleh kerana itu, albinisme terjadi pada pelbagai spesies haiwan seperti ular, ikan yu, paus, lumba-lumba, siakap, patin, tongsan dan lain-lain lagi.
Cara Mengenal Albisnisme Pada Haiwan
Tidak semua haiwan yang berwarna putih atau pucat mengalami albinisme. Anda dapat mengenal pasti haiwan albino dengan melihat warna matanya. Mata haiwan albino akan berwarna merah muda atau merah. Kurangnya melanin membuat pembuluh darah mata menjadi terlihat sehingga mata nampak berwarna merah.
Haiwan albino juga akan memiliki kuku, kulit, dan sisik yang berwarna kemerahan. Ada beberapa kondisi pada haiwan yang berhubungan dengan albinisme. Sementara axanthic albino (axanthism) terjadi kerana kekurangan warna kuning pada tubuh, anerythristic albino terjadi kerana kekurangan warna merah.
Albinisme juga sering tertukar dengan leucisme. Pada leucisme, haiwan memiliki warna yang sangat pucat atau putih, namun memiliki mata gelap. Haiwan leucisme tidak kekurangan melanin dan dapat dikenalpasti dengan warna mata mereka yang tetap gelap atau normal.
Melanin merupakan pigmen yang berfungsi melindungi kulit dari radiasi ultraviolet. Atas sebab itu haiwan albino sensitif terhadap cahaya terik matahari dan berisiko tinggi barah kulit. Haiwan albino tidak mampu melakukan penyamaran berbandingkan rakan mereka yang normal sehingga lebih terdedah terhadap predator.
Albinisme juga menyebabkan masalah penglihatan. Haiwan albino umumnya akan kesulitan mencari pasangan kerana tidak memiliki warna normal.
Dalam tempoh PKP berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, secara tiba-tiba istilah perikanan rekreasi menjadi popular. Semua kerana tidak semua pemancing faham apa yang dimaksudkan dengan perikanan rekreasi.
Menangkap ikan menggunakan tali dan mata kail (sama ada menggunakan joran atau hand-held line) yang bukan untuk tujuan komersil.
Tangkapan mungkin dilepaskan semula atau disimpan untuk kegunaan serta merta sendiri atau lingkungan sosial tetapi tidak dijual atau ditukar kepada barangan lain.
Didorong oleh faktor-faktor seperti cabaran, pencapaian, sukan, riadah, hiburan, aktiviti sosial melibatkan air, dan sebagainya.
dan perbagai bentuk perniagaan dan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pancing rekreasi.
Apakah perbezaan antara pancing rekreasi (recretional angling) dengan sukan memancing (sport fishing)?
Sukan memancing adalah satu bentuk pancing rekreasi yang lebih mengutamakan cabaran untuk mendapat dan menangkap ikan berbanding keenakkan isi dan harga ikan di pasaran – mensasarkan game fish.
Secara mutlak menggunakan joran dan kekili – untuk cabaran maksimum. Lebih bersifat kesukanan, berorentasikan pertandingan dan melibatkan aspek teknikal yang kompleks.
Beberapa takrifan perikanan rekreasi ditentukan berdasarkan kaedah dan perkakasan yang digunakan, sebahagian yang lain pula menumpukan kepada aspek tujuan. Apapun, perikanan rekreasi adalah tentang:
Menangkap ikan untuk bergembira
Menangkap ikan dengan tujuan berhibur, bersantai dan berseronok, melebihi keperluan untuk dijadikan makanan atau produk-produk lain.
Menangkap ikan untuk kepuasan hati dan bebas dari unsur ‘terpaksa’.
Kewujudan, nilai dan kemampuan Industri Perikanan Komersil bergantung kepada ikan dan nilainya di pasaran sebaliknya Industri Perikanan Rekreasi bergantung kepada pemancing dan perbelanjaan mereka.
Industri Perikanan Rekreasi di Eropah
Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi diseluruh Eropah memcecah 25 billion setahun (2005).
8-10 billion disumbangkan oleh pemancing laut (8-10 juta orang).
Secara perbandingan nilai dagangan perikanan komersil di 25 negara anggota EU adalah sekitar 26 billion (hanya 1 billion mengatasi perikanan rekreasi).
16% dari rakyat US (>34 juta orang) adalah pemancing.
28.4 juta adalah pemancing air tawar dan 9.1 juta adalah pemancing laut.
Puratanya setiap pemancing memperuntukkan 16 hari dan membelanjakan $1,046 setahun untuk memancing.
Umumnya, 2/3 perbelanjaan adalah untuk trip memancing dan selebihnya untuk perkakasan.
Pancing rekreasi menyediakan lebih 1 juta peluang pekerjaan sepenuh masa dan menyumbang sebanyak $116 billion kepada ekonomi US pada tahun 2004. (American Sportfishing Association, 2005)
Jumlah perbelanjaan pemancing rekreasi seluruh dunia dianggarkan $2.5 trillion (ASA, 2005)
Potensi Industri Perikanan Rekreasi di Malaysia
Dianggarkan terdapat 2 juta pemancing rekreasi di Malaysia (PeMM, 2005) dan meningkat sekitar 2.2 juta pada 2010. Jika seorang berbelanja sekitar RM1,000 setahun, pendapatan yang mampu diraih adalah RM2.2 billion.
23% dari hasil keseluruhan perikanan komersil (RM9.5b), hampir menyamai sumbangan akuakultur (RM2.8b) dan mengatasi perikanan laut dalam (RM1.3b).
Berdasarkan anggaran pulangan, perikanan rekreasi adalah merupakan satu industri altenatif bagi mengembalikan potensi / nilai sumber-sumber perikanan yang telah mencecah MSY (Maximum Sustainable Yeild).
Namun AWAS! Pemancing rekreasi yang tidak terdidik mampu menjadi liabiliti kepada sumber perikanan sedia ada, apatah lagi bilangan mereka (2.2 juta) melebihi jumlah nelayan (129,622).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...