Ikan air sungai atau juga dipanggil ikan darat kebanyakannya berbau hanyir.  Rasa ikan darat ni sebenarnya sedap dan manis tapi disebabkan bau hanyir yang kuat, ramai yang kurang menggemarinya. Ada cara sebenarnya untuk hilangkan bau hanyir ikan.

 

Guna Limau Nipis

Anda boleh gunakan beberapa biji limau nipis dengan membelahnya menjadi dua kemudian perahlah limau nipis tadi ke atas beberapa ikan yang akan dimasak.

Sapukan perahan limau nipis dengan sekata agar bau hanyir ikan menghilang. Tunggu beberapa minit dan cuci ikan agar hilang perahan limau nipis hilang. Setelah itu gosok badan ikan dengan daun limau nipis.

Daun limau nipis memiliki aroma yang wangi menyegarkan, wangi ini dapat kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan.

 

Cara Pantas Hilangkan Bau Hanyir Ikan Darat

 

Air cucian beras

Jika ingin bahan yang murah serta mudah didapati maka air cucian beras adalah solusi yang sangat tepat. Air cucian beras yang pertama, air ini berwarna putih mirip larutan tepung.

Cara menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan dengan menggunakan air cucian beras sama kaedahnya dengan susu. Rendam ikan haruan dalam air beras sekitar 15 minit, namun jika bau hanyirnya yang masih terasa maka anda perlu merendamnya lebih lama lagi.

 

Cara Pantas Hilangkan Bau Hanyir Ikan Darat

IKLAN

 

Susu

Dari dulu hingga sekarang susu dari dulu sampai sekarang digunakan manusia yang dapat diolah menjadi pelbagai jenis makanan atau minuman yang sangat lazat. Teryata susu juga dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar khususnya ikan haruan.

Cara penggunaan susu untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan haruan adalah dengan merendam ketulan ikan haruan yang akan dimasak ke dalam larutan susu segar atau susu UHT.

Untuk mendapatkan hasil yang optimal, rendam ikan haruan sekitar 10 minit atau sampai bau hanyir pada ikan haruan mulai pudar.

 

Cara Pantas Hilangkan Bau Hanyir Ikan Darat

 

Cuka makan

IKLAN

Bahan selanjutnya yang wajib anda cuba adalah cuka makan. Cara penggunaan cuka sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah.

Hal yang harus dipersiapkan terlebih dahulu adalah siapkan ikan air tawar berupa ikan haruan yang sudah dibersihkan. Letak ikan ke dalam ekas dan kemudian titiskan cuka dengan sekata pada seluruh bahagian ikan agar bau hanyir dapat segera hilang.

Tunggu beberapa minit dan cuci ikan untuk membersihkan cuka yang masih melekat.

 

Cara Pantas Hilangkan Bau Hanyir Ikan Darat

 

Air asam Jawa

Banyak khasiat dan manfaat asam Jawa yang patut kita banggakan, salah satunya adalah dapat menghilangkan bau hanyir pada ikan.

Caranya sangat mudah dan praktikal, kita hanya perlu larutkan beberapa butir asam Jawa ke dalam air kemudian air larutan tadi kita gunakan untuk merendam ikan yang akan kita hilangkan bau hanyirnya.

IKLAN

 

Cara Pantas Hilangkan Bau Hanyir Ikan Darat

 

Halia

Halia juga boleh kita gunakan untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan air tawar mahupun ikan air masin.

Selain murah halia juga mudah didapati, penggunaan halia untuk menghilangkan bau hanyir adalah dengan menghaluskan beberapa ketul halia dengan menggunakan blender atau menggunakan lesung batu.

Setelah halus sapukan secara sekata pada bahagian ikan sampai perut bahagian dalamnya. Tunggu beberapa minit dan ikan siap dimasak.

 

Cara Pantas Hilangkan Bau Hanyir Ikan Darat

 

Kunyit

Cara menggunakan kunyit sebagai penghilang bau hanyir cukup mudah dan efisien. Caranya haluskan terlebih dahulu kemudian oleskan dan taburkan secara merata. Tunggu beberapa minit dan ikan siap diolah menjadi hidangan yang lazat dan untuk dinikmati.

 

Cara Pantas Hilangkan Bau Hanyir Ikan Darat

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI