
Ikatan lubang cincin mata kail atau Davy Knots merupakan ikatan simpulan yang cukup asas tetapi sangat berkesan. Tutorial-tutorialnya yang ringkas membolehkan ia dihasilkan sambil memejam mata. Ia bagus kerana boleh dihasilkan tanpa bantuan cahaya sekiranya memancing pada waktu malam.
TUTORIAL 1
Ikatan ini boleh dihasilkan menggunakan tali perambut atau tali utama dengan kili atau mata kail yang memiliki lubang cincin sahaja.

TUTORIAL 2
Masukkan hujung tali utama atau perambut ke dalam lubang cincin mata kail atau kili.

TUTORIAL 3
Buatkan satu lingkaran bulat dengan bahagian hujung tali menindih bahagian atas tali utama.

TUTORIAL 4
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam lingkaran yang terhasil tadi.

TUTORIAL 5
Setelah itu lingkarkan hujung tali bagi memasukkanya kembali ke dalam lingkaran.

TUTORIAL 6
Kemudian keluarkan kembali hujung tali berkenaan dari lingkaran. Simpulan dan lingkaran berakhir di sini.

TUTORIAL 7
Perlahan-lahan tarik tali utama sambil memegang simpulan agar tidak bertindan antara satu sama lain.

TUTORIAL 8
Tarik dan ketatkan simpulan sekemas mungkin kemudian potong lebihan tali dan bakar hujungnya sebagai stopper.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!





