Memancing ikan aya dengan penggunaan perambut sabiki atau apollo dan di aplikasi secara tundaan vesel laut, atau lebih dikenali sebagai mengolok ikan aya di Pantai Timur, merupakan satu kaedah yang diguna pakai bagi memancing ikan aya dalam kuantiti yang banyak.
Keadah ini turut menjadi kelaziman apabila memancing di sekitar pelantar minyak di perairan pantai timur, antara acara awal yang dilakukan adalah mencari umpan dengan kaedah menunda atau trolling sabiki (apollo) yang biasanya dibuat sendiri oleh tekong atau awak-awak.
Ads
Apollo umpan yang berwarna-warni diikat ke mata kail biasanya 40-50 bentuk mata kail digunakan. Jarak di antara satu perambut ke satu perambut yang lain sepanjang 30-50cm. Bulu apollo tersebut diperbuat daripada tali rafia biasanya berwarna hijau yang diracik halus.
Awak-awak akan menurunkan set mengolok ikan aya sepanjang 15-20meter ini tatkala bot akan menghampiri kawasan unjam. Setelah mendapat isyarat daripada tekong, perambut mengolok ini dilepaskan di belakang bot sama ada di sebelah kanan atau kiri bot dan kadangkala mereka mengolok di kedua-dua sisi bot.
Ads
Ikan aya akan menyambar bulu sabiki yang kelihatan umpama ikan bilis yang diseret di permukaan laut. Apabila terasa berat, awak-awak akan meminta tekong memperlahankan bot. 2 hingga 3 orang diperlukan untuk menarik 30-40 ekor ikan aya yang tersangkut pada mata kail.
Ads
Ikan-ikan aya yang menggelepar di lantai bot dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam bakul. Apabila bakul penuh, ikan dicurahkan ke dalam tong ais sebagai bekalan umpan sepanjang sesi memancing. Isi ikan aya yang mengandungi banyak darah dan kuat baunya antara penyebab kenapa ia begitu cepat ‘memanggil’ penghuni dasaran.
Jika tidak untuk mencari umpan bagi sesi memancing, teknik mengolok ini turut dilakukan oleh nelayan bagi menangkap ikan aya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika ada yang mengatakan peralatan pancing atau umpan merupakan keperluan paling penting untuk memperoleh hasil ketika memancing, ia sama sekali tidak tepat. Yang paling penting sebenarnya adalah mengetahui waktu terbaik untuk memancing.
Untuk mengetahui waktu terbaik memancing, anda perlu tahu perubahan pasang surut pada setiap hari. Dan jadual yang diperoleh dari seorang pelaut ini merupakan aset memancing terpenting yang perlu diingati oleh semua pemancing.
Kena sengat baung, nasib baik ada batang keladi, kurang denyutannya, petua orang kampung.
Mohd Hafiz Razali
Penah kene sengat ikan kitang… panas bisa ikan ni wat hilang mood mancing. Pemancing tegar je yg dapat pengalaman cenggini.
Nazri Rahim
Pernah gak kena sengat dengan ikan keli. Masa tu berkubang dalam paya untuk menangkap ikan ikan darat. Dengar cite sengat ikan laut lagi dasyat. X pnh lagi kena. Ape-ape pun sentiasa berhati hati semasa mengendalikan ikan yang bersengat.
Jashaniesyam Salleh
Sengat ikan semilang… sakitnya tuh di sini. Mau tau la sapa besa kena… haha.
Jack Hundreds
Petua ayah sy bila trkena sengat ikan tu, ludah dtempat kne sengat tu dan amik segumpal tanah gsok kt tmpt tu. Ble sy mncing jauh dri darat ayah slalu pesan jgn lupa bwa tnah dlm balang. Yelah tkot ap2 jd jauh nk dpt kn prtlongan.
Amir Saifudin Ahmad
Zaman kanak-kanak saya belum kenal banyak speisis ikan, yang saya tahu janji ngail jika ada peluang. Masa itu saya darjah 6 dan tinggal dengan bapa di Kuching. Bapa selalu kirim barang kepada keluarga di Sibu dengan kapal laut. Sementara tunggu kapal berlayar saya cuba-cuba pancing. Selalu juga dapat udang galah, tp hari tu saya dapat ikan sembilang api (ekor berwarna merah). Sangka saya keli. Masa buka mata kail, ikan mengelepur dan terkena durinya pada hujung jari. Tak sakit mulanya cuma darah berciciran keluar. Masa nak basuh ayah nampak. Kenapa? Kena petik (sengat) keli…. “Mana ada keli kat air payau, itu semilang api!!! Malamnya saya tak tahan bisa… kena bawa hospital untuk suntikan. Tak dapat tidur sampai pagi kerana bisa berdenyut-denyut. Kepada yg baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia pancing, sla berhati-hati.
Fadly Zaid
Kena dah sekali specis ikan duri kt Pulau Ketam. Ikan tengah melompat… kite nak ambil playar. Sekali zaappss!! Tercucuk duri tepi insang. 2 jam menahan bisa atas bot. Rasa macam nak nangis oo!
Ahmad Hazranshah
Pernah rasa penangan ikan kitang… tercucuk kat jari hantu, betul2 celah kuku… rapat sampai tulang plak tu. Time tu tak tau ape2, kebetulan ada minyak cap kapak dlm poket. Sapu je… hahaha sakit bisa ikan melebihi pedih minyak cap kapak.
Hairil N Iena
Bnyak kali dh kene sengat ikan, dri kecik main kubang pedap ikan, keli, sembilang… pas2 start men laut main pegang je ikan depu ngan kitang. Memg betul2 xtau mane spesis ikan bisa kt laut ni, tau2 rase kebas2 tgan, selawat bace 3qul dlm 15minit liang roma kluar cm peluh pas2 ilang sakit. Pegang ekor pari walau xkene sgat pn bleh rase kebas tgan… lpas2 dpt ikan men cabut pkai playar je dh.
Emy De Kua-Lure
Sy pernah kene sengat ikan tuka, walau pon terkena duri die yang dah dipotong tapi kesannye dari air mula nak pasang sampai air kembali surut masih terasa. Serik dah mancing dalam gelap.
Thylord Zuels
Pancing parit jer… kena ikan temekung saja pun dah boleh jadi kebas jari-jari.
Mohd Shaharol
Kitang… sangat berbisa walaupun besar duit lima sen. Pernah kena.. bengkak. Guna petua tekong.. selawat tiga kali, celup tgn yang bengkak di dalam lumpur. Alhamdulillah… Lima minit lega sikit.
Ikan kerapu pisang merupakan ikan yang paling bernilai tinggi di kalangan keluarga ikan kerapu. Ikan yang mempunyai bintik-bintik kuning ini mempunyai isi yang lazat untuk dijadikan hidangan telah membuatkan setiap pemancing pasti mengidamkan untuk memancing ikan kerapu pisang. Ikan ini banyak mendapat pemintaan di restoran mewah dan hotel-hotel.
Umpan: Umpan isi ikan atau sotong boleh digunakan untuk memperdayakan ikan pisang. Ikan ini juga boleh dipancing menggunakan jig besi.
Pancingan : Jigging / dasar
KERTANG
Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus
Nama umum: Giant grouper
Nama tempatan: Kertang
Kertang amat sinonim di kolam pancing air masin. Di sana ikan kertang digelar sebagai ikan naga. Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan.
Mata ikan kertang lebih terkeluar jika dibandingkan dengan boron. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa.
Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Kini ikan kertang telah dipelihara oleh pengusaha ikan sangkar kerana permintaannya yang tinggi dari kolam pancing air masin komersial. Selain itu harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing.
Umpan: Ikan ini tidak begitu memilih umpan. Apa saja akan di lahapnya sekiranya umpan betul-betul dilabuhkan de depan muka. Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak.
Pancingan : Dasar / jigging
MERAH CORENG
Nama Saintifik: Lutjanus sebae
Nama umum: Red Emperor
Nama tempatan: Merah coreng / loreng
Dikatakan sebagai raja segala ikan merah sesuai dengan namanya yang digelar Red Emperor. Ikan ini dikatakan amat sukar diperolehi terutamanya yang bersaiz besar.
Ikan ini selalu dijadikan sebagai hidangan mewah terutamanya daripada kaum Cina serta mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran.
Umpan: Umpan hirisan isi ikan dan sotong banyak digunakan untuk memancing ikan ini. Umpan sotong hidup dan ikan hidup juga boleh digunakan untuk memperdaya ikan merah celoreng bersaiz besar.
Pancing : Dasar / Jigging
KERAPU BORON
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama umum: Malabar grouper
Nama tempatan: Kerapu / boron / tong gas
Ikan kerapu merupakan ikan yang paling mudah ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun lumpur. Ikan kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang, karang dan apa-apa struktur yang boleh dijadikan pelindungan.
Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.
Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron. Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya.
Pancingan : Dasar / jigging
KERAPU BARA
Nama Saintifik: Epinephelus retouti
Nama umum: Red-tipped grouper
Nama tempatan: Kerapu bara
Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut.
Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.
Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperoleh ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya.
Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...