Fenomena dunia memancing hari ini menyaksikan pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut. Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.
Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu. Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.
Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air. Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.
Ads
Warna Kesan Optimum Untuk Kedalaman
Merah (Red) 0 – 30’
Ads
Oren (Orange) 0 – 45’
Kuning (Yellow) 0 – 60’
Hijau (Green) 0 – 80’
Biru (Blue) 0 – 100’
Ads
Ungu (Purple) 0 – 120’
Perak (Silver) 0 – 120’ ke atas
Bercahaya (Luminous) – Waktu malam atau lebih 120’
Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan. Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Etek tidak terus menelan umpan, tetapi akan bermain dan mengutis terlebih dahulu sebelum melarikannya. Tapi jika etek terlalu banyak di kawasan sama pasti rebutan terhadap umpan semakin meriah dan bertambah galak.
Daya juangnya ketika melawan pemancing mempunyai keunikkan tersendiri. Pemancing yang sudah masak dengan alunan dan riak spesies ikan duri ketika mata kail berada di mulutnya mudah mengagak ikan dari peringkat permulaan lagi. Gaya henjutan semacam pada pecutan sekata adalah ciri-ciri utama etek berlawan.
Melalui analisa saiz maksima etek membesar tentu secara khusus pemancing boleh congak apakah saiz dan kombinasi peralatan yang sesuai untuk menawannya. Namun begitu keserasian peralatan yang bakal digunakan pula mestilah mengambil kira faktor kedalaman air, kelajuan arus serta jenis dan teknik memancing yang bakal dijalankan.
Sekiranya pantai menjadi pilihan, kekili yang boleh memuatkan tangsi 20lb sepanjang 200meter amat sesuai dan perlu dipadankan dengan joran 9 kaki ke atas.
Jika mengunakan bot atau sampan untuk memancing, joran 6 kaki dengan apa jua kekili maksima 30lb sudah mencukupi. Jika padang pancing cetek dikunjungi saya lebih syorkan tangsi dipakai berbanding mengunakan tali sulam.
Selaras dengan tabiat ikan etek yang sentiasa berada di dasar lautan, teknik memancing dasar paling efektif. Maka pemancing perlu bijak mengunakan ladung yang sesuai dengan arus semasa supaya umpan tidak hanyut.
etek dan hampir kesemua duri tidak cerewek pasal umpan. Begitu juga dengan saiz perambut dan mata kail. Bagaimanapun untuk memastikan sentapan berakhir dengan kejayaan, saiz mata kail paling sesuai ialah no 1/0 dan 3/0 sudah dianggap besar.
Perambut 30lb sepanjang sekaki setengah merupakan stail kegemaran saya jika memancing di air kurang dari kedalaman 50 kaki. Tangsi 20lb-30lb paling lumrah saya gunakan untuk mana-mana teknik memancing muara.
Kalau memancing mana-mana jenis ikan duri boleh dikatakan hampir kesemua jenama umpan disebatnya. etek juga jarang dan tidak terlalu memilih umpan. Asalkan ia berada di kawasan laluan pasti tidak di tolaknya.
Dari udang hidup, perumpun, sotong cumit, jejari sotong kurita, hirisan sotong pasar, hirisan ikan pelaling, ikan beliak mata hidup dan mati, belanak dan perumpun. Paling mudah dan tidak ingin memeningkan kepala pasal umpan guna sahaja ikan pelagik seperti pelaling, selayang selar dan tamban mudah didapati di kebanyakan pasar utama.
Hirisan ikan-ikan pasar lebih mudah dan menjimatkan belanja jika sekadar untuk memancing suka-suka di pinggiran pantai dan muara. Hirisan jangan terlalu besar kerana etek tidak menelan terus umpan kerana saiz lazim kurang dari sekilo.
Ramai agak keliru dengan teknik casting yang saya pratikkan untuk memburu siakap di sini. Teknik casting tergolong pelbagai teknik.
Ada yang menggunakan gewang dan ada juga menggunakan umpan hidup. Dan cara teknik karau pun agak berbeza. Ada yang menggunakan spinning reel dan ada juga menggunakan baitcasting reel.
Teknik casting umpan hidup (udang) yang paling mujarab yang selalu saya pratikkan. Ia bukan sahaja untuk casting siakap malahan boleh digunakan untuk spesies ikan dasar lain.
Digabungkan sistem ketuk henjutan dan tarikan secara pelan dan disulami kayuhan reel, janji umpan mestilah berada di dasar dalam masa yang sama juga kita akan memahami struktur dasar. Struktur dasar biasanya terdiri dari karang, pohon kayu, batu-batuan dan lain-lain lagi.
Rod dan reel juga memainkan peranan dalam sistem casting siakap di Kong Kong. Set ringan yang sesuai seperti P.E 1/3 dan 0/8. Manakala saiz reel 1000 hingga 3000 yang bersesuaian untuk mainan air payau.
Perambut bersaiz 20/30/40 lbs. Batu ladung hidup bersaiz 1-4 dan 5 stoper batu ladung. Mata kail pula bersaiz 3-7 jenama Berkley Triple Sharp.
Diharap ia membantu anda memperoleh strike. Untuk maklumat lanjut saya akan bantu apabila anda turun memancing siakap di Kong Kong ini.
Sebelum anda pergi ke mana-mana trip memancing, tak kiralah sama ada laut dalam, tasik sungai pergunungan atau kolam-kolam pancing, sebaiknya pastikan kamera anda dalam keadaan bersih.
Pastikan kamera bebas daripada kesan debu atau berdebu, lensa kotor dipenuhi habuk, cap jari dan sebagainya.
Di sini kami ingin berkongsi sedikit tip ini dan mungkin ia dapat membantu anda dalam penjagaan kamera.
Tip Penjagaan Kamera
2. Jika boleh, pakai satu saja lensa dan teruskan gunakan lensa tersebut sehingga berada di tempat yang sesuai dan kering untuk menukar yang lain.
3. Tekan OFF kamera sewaktu menukar lensa. Ini kerana ada sensor yang sensitif, menarik habuk sewaktu pertukaran lensa dan ia akan menjadikan kamera cepat rosak.
4. Pegang kamera secara terbalik (mulut lensa di bawah).
5. Tukar lensa secepat yang mungkin supaya risiko masuk habuk kurang.
6. Sentiasa pastikan lensa dibersihkan menggunakan ‘lens pen’ selepas menukar lensa.
7. Bersihkan ‘image sensor’, sama ada anda lakukannya sendiri atau minta pertolongan daripada orang yang arif mengenai perkara ini.
Kamera anda boleh jadi rosak sekiranya
2. Walaupun kamera tersebut anda gantung di leher, ia tetap terdedah dengan tiupan air laut yang melekit dan debu pasir yang berterbangan. Paling penting anda bawa tuala dan balut kamera anda sekiranya and tidak gunakan lagi atau simpan terus dalam beg kamera.
3. Terjatuh atau terhentak pada dinding. Yang ni memang anda kena cepat-cepat lihat kamera tersebut supaya kos untuk membetulkannya tidak sama nilai dengan harga sebiji kamera yang baru.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...