Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Ads
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkukkan isi ikan tamban itu kemudiannya dilontarkan ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Ads
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Ramai pemancing yang gemar memancing ikan pari. Maklum sajalah perlawanannya cukup menarik dan rasanya pun jugak sedap. Namun berapa ramai pemancing yang pandai memotong atau menyiang ikan pari ini?
Tidak sukar sebenarnya untuk menyiang ikan pari. Apa yang penting anda mempunyai pisau besar yang betul-betul tajam. Dengan panduan ringkas ini, dalam masa yang singkat anda akan dapat menguasai tekniknya.
Step Pertama
Pastikan pisau yang digunakan tajam. Hiris bahagian belakang pari yang berbelulang keras kira-kira 1 cm. Anda boleh mengesan bahagian keras ini dengan menekan mata pisau. Semakin besar pari semakin tebal juga bahagian keras ini.
Step Kedua
Lapah atau potong menyerong (kira-kira sudut 45 darjah) pada bahagian di bawah belulang tersebut dari bahagian mata ke bawah ekor dan seterus kembali ke bahagian mata.
Step Ketiga
Siat atau tarik bahagian yang telah dilapah dan ia akan tertanggal dengan mudah. Sementara sekitar bahagian insang agak keras dan anda perlu menakik untuk memisahkannya.
Step Keempat
Hiris atau potong pada bahagian tengah muncung pari untuk proses membuang insangnya. Sebaik buang bahagian ini lebih sedikit.
Step Kelima
Potong bahagian insang pari keseluruhannya dan keluarkan. Luaskan kawasan potongan agar insang yang hanyir ini dapat dibuang sepenuhnya.
Step Keenam
Kemudian hiris pula bahagian abdomennya bagi mengeluarkan isinya perutnya. Pastikan anda tidak terpotong kantung air kencing pari bagi mengelakkan isinya nanti berbau hancing.
Step Ketujuh
Seterusnya bolehlah dipotong pari seberapa banyak potongan yang dikehendaki. Kalau saiz pari yang kecil, memadai beberapa bahagian saja.
Jika korang bertemu kawasan-kawasan paya, parit, lopak atau kawasan penuh reba berhampiran dengan sungai, ambil masa untuk memerhati sekiranya ada kewujudan ikan bujuk di kawasan tersebut.
Jika ada bunyi mencakup (sambaran ikan di dalam air), maka peluang untuk anda memperoleh lesen bujuk adalah tinggi. Bunyi mencakup ini biasanya boleh kedengaran pada waktu awal pagi dan lewat senja kerana pada waktu inilah bujuk aktif memburu makanan selain pada waktu malam.
Cara kedua untuk mengesan kehadiran bujuk adalah dengan mengesan kelompok anak bujuk. Untuk mengesan kelompok anak bujuk (hampir sama dengan kelompok anak haruan) perlulah fokus dan peka pada riak permukaan air.
Lazimnya kelompok anak bujuk ini berada di bahagian tepi tebing parit atau paya. Oleh yang demikian mata perlulah fokus pada bahagian tepi tebing. Sekiranya bertemu kelompok anak bujuk yang masih kecil maka korang akan berpeluang untuk strike sepasang induknya.
Sekiranya menemui parit atau paya yang dipenuhi samai pula, korang perhatikan pula jika terdapat lubang atau ruang kosong. Lazimnya lubang ini menjadi ruang untuk bujuk timbul menghirup oksigen untuk bernafas. Maka ruang inilah korang gunakan sebagai spot untuk memancingnya dengan menggunakan umpan cacing, ikan atau katak.
Sekiranya menggunakan cacing, sebaiknya gunakan cacing tersebut sebagai rasuah terlebih dahulu. Cincang sedikit cacing dan taburkan ke dalam lubang yang dipercayai tempat bujuk timbul tersebut. Biarkan seketika bagi melihat sebarang reaksi di permukaan lubang tersebut.
Atau korang boleh saja memancing dengan menggunakan umpan cacing. Sebaiknya cangkukkan cacing dalam jumlah yang banyak pada mata kail. Kemudian hulurkan saja umpan ke dalam lubang tersebut.
Sama ada menggantungkan umpan di pertengahan air atau sampai ke dasar, umpan perlulah dihenjut perlahan-lahan. Jika ada bujuk yang menanti, dalam masa singkat korang akan menerima strike.
Kaedah yang sama boleh dilakukan jika menggunakan umpan ikan atau katak. Kekalkan unjunan perlahan di dalam lubang tersebut. Sekiranya menggunakan katak boleh juga membuat lontaran ke atas sama dan tarik perlahan-lahan sehingga umpan masuk ke lubang. Berkemungkinan korang akan menerima sambaran sejurus katak tenggelam di lubang tersebut.
Sekiranya menggunakan umpan katak dan di kawasan yang lebih terbuka pula dengan kaedah casting, sebaiknya biarkan katak tenggelam sebelum melakukan karauan. Ini kerana lazimnya bujuk kurang membuat sambaran di permukaan air. Ia lebih gemar membuat sambaran di dalam air. Apabila umpan katak tenggelam ke dasar dan buatlah karauan perlahan, berhenti seketika dan karau lagi.
Para pemancing laut dalam sering menjadikan ikan siakap merah sebagai target memancing kerana ikan siakap merah adalah ikan primadona yang banyak diburu. Memang sulit untuk menangkap ikan siakap merah, namun ia banyak diburu kerana ikan tersebut memiliki nilai yang tinggi.
Untuk memancing ikan siakap merah anda harus tahu terlebih dahulu habitat ikan tersebut. Sementara spot memancing siakap yang bagus terletak di perairan yang banyak dipenuhi batu karang.
Area yang berada di arus dasar laut juga sangat disukai oleh ikan siakap merah yang memiliki nama latin Lutjanus Malabaricus. Setelah Anda mengetahui habitat dan spot mancing yang strategik maka fokuslah untuk memancing di lokasi tersebut sebab ikan siakap merah hidup secara berkumpulan.
Kejayaan seseorang pemancing menangkap ikan siakap merah sangat berpengaruh dengan jenis umpan yang telah digunakan. Berikut ini adalah jenis umpan yang bagus dan jitu untuk memancing ikan siakap merah:
Udang
Memancing ikan siakap merah sangat galak jika menggunakan udang, umpan udang ini memberikan keuntungan bagi para pemancing berkat aromanya yang kuat sehingga membuat ikan siakap jenis predator ini akan cepat melahapnya. Pastikan guna perambut mata kail dengan pemberat untuk umpan yang terpasang di mata kail tidak terbawa arus.
Udang Lipan
Udang lipan merupakan umpan kegemaran banyak spesies ikan termasuklah siakap merah. Namun pemancing perlu bijak persembahkan udang lipan kepada kepada pemangsa. Sekiranya ia melintas di hadapan pemangsa dalam keadaan segar dan menggiurkan pasti akan dibedal dalam masa singkat.
Sotong Cumit
Cumit merupakan makanan/jenis umpan yang disukai oleh hampir semua jenis ikan laut termasuk ikan siakap merah, anda bolehmenggunakan cumit untuk umpan memancing baik dalam keadaan hidup, segar mahupun sudah dipotong potog sesuai dengan keperluan dan sesuai dengan ukuran ikan yang akan anda pancing saat itu.
Sotong Kurita
Sotong kurita yang masih hidup atau dalam keadaan segar jarang mengecewakan memikat selera siakap merah. Walaupun harga sotong kurita hidup semakin tinggi namun ia sangat berbaloi jika siakap merah bersaiz mega yang berjaya dinaikkan.
Ikan
Sebagai ikan karnivora ikan siakap merah ini biasanya memakan ikan ikan kecil yang ada di sekitarnya. Jadi anda boleh menggunakan ikan-ikan kecil untuk umpan memancing ikan siakap merah. Ikan yang sering dimangsa oleh ikan siakap merah di antaranya; ikan kembung, kerisi, ikan selar, atau selayang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...