Tulang insang yang berduri akan membuatkan kayu tidak mudah tergelincir keluar. Malah, anda boleh mengeluarkan insang ikan melalui mulutnya dengan dua batang kayu bulat kecil seperti copstik, jika pandai.
Setelah dibuang semua sisik ikan, buang juga semua sirip sama ada dengan memotong atau mengguntingnya.
Jika rajin, anda juga boleh memotong sedikit muncung haruan bagi mengeluarkan giginya. Gigi ikan yang tidak dibuang boleh menyebabkan mulut kita terluka ketika memakannya nanti.
Ads
Setelah sirip ikan dibuang, barulah kita membuang perut ikan dengan cara memutuskan sambungan badan di bahagian bawah kepalanya. Kemudian barulah membelah bahagaian bawah kepalanya hingga ke perut.
Ads
Kemudian keluarkan semua isi perutnya dan potong badan ikan mengikut kesesuaian dan selera anda. Akhir sekali potongan ikan dibersihkan dan gunalah petua yang anda anda untuk menghilangkan rasa hanyir.
Ads
Seperkara lain, sekiranya haruan itu bertelur, telur haruan itu boleh diambil kerana ia juga sedap dimakan.
Perut ikan haruan sebenarnya juga boleh dimakan tetapi perlu dibersihkan dengan rapi terlebih dahulu. Dan yang paling penting pundi hempedunya perlu dibuang.
Sekiranya hempedu ini tidak dibuang buang atau pecah, ia boleh menyebabkan daging ikan menjadi pahit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Di sini kami sediakan beberapa jenis umpan semulajadi yang sesuai untuk digunakan dan umpan buatan yang telah diuji keberkesanannya.
Gunakan jenis cacing tanah yang biasa anda dapatkan di persekitaran rumah atau persekitaran padang pancing. Sebaiknya pilih cacing yang masih segar dan mempunyai ukuran yang besar dan panjang.
Teknik mencangkuknya pada mata kail ialah dengan menusukannya dari bahagian tengah. Dengan cara ini cacing akan tetap bergerak-gerak dan lebih berkesan untuk menarik perhatian ikan patin atau ikan lain yang terdapat di padang pancing tersebut.
Umpan semulajadi yang lain:
Kelkatu
Telur kerengga
Ulat daun
Belalang
Buah ara
Buah berembang
Buah hutan
Cara penggunaannya juga cukup mudah iaitu sama seperti menggunakan umpan cacing tadi.
Mengapa ikan patin suka dengan umpan ini? Ini kerana patin adalah haiwan omnivore yang menghampiri karnivor sebagaimana ikan keli, maka secara alamiah patin akan menyukainya.
Umpan buatan 1
4 keping roti sandwich
1 pek kecil yis segera
Daun serai (2 helai)
1 keping keju kraft kecil
1 paket Susu sachet (20gm)
Cara pembuatan:
Cara membuatnya cukup mudah, iaitu dengan menghiris daun serai kemudian diblender. Blender semua bahan juga kecuali roti dan yis segera.
Kemudian masukan bahan kisar ke dalam bekas dan masukkan yis segera. Biarkan ia di dalam bekas bertutup selama 5 hari sehingga 1 minggu.
Setelah itu gaulkan dengan roti sandwich dan bentuk adunan mengikut kesesuaian untuk digunakan.
Umpan buatan 2
Esen perisa pisang
Santan kelapa tua 1 biji
2 keping tempe segar
Cara membuatnya:
Kelapa tua tadi diparut dan diperah santannya dengan sedikit air.
Kemudian blender tempe dan masukkan santan serta adun sampai rata. Adunan ini kemudian dimasukkan ke dalam bekas bertutup rapat. Biarkan selama 3 hari bagi proses penapaian atau fermentasi.
Apabila ingin digunakan, tambahkan esen pisang untuk menaikkan lagi aromanya.
Memandangkan ramai sahabat yang bertanya cara untuk casting di tebing berbatu, saya nak share sikit tips dan info. Semoga menjadi panduan.
Ikan Sasaran
Sebelum memulakan trip pastikan ikan apa yang nak disasarkan supaya senang nak setup peralatan memancing. Contohnya; kalau nak target GT, talang, barracuda dan spesies pemangsa yang menyambar bolehlah siapkan set pancing yang kasar dan gewang permukaan seperti popper dan pencil. Sinking minnow dan micro jig pun ok. Untuk ikan dasar macam kerapu, jenahak dan MJ boleh guna soft plastic dan gewang selam dasar.
Tempoh Pasang Surut
Lain tempat lain cara. Ini yang selalu terjadi… bila orang ni pergi, dapat ikan banyak tapi bila orang lain pergi tak dapat ikan pulak. Okey… nak terangkan sikit. Saya akan pergi 2-3 kali di sesuatu spot untuk betul-betul paham waktu ikan makan di situ. Ada yang frenzy waktu air pasang dan sebaliknya.
Pastikan sentiasa meneliti jadual pasang surut sebelum memulakan trip. Jangan cakap ikan takde kalau kumpau. Laut tu memang tempat dia duduk.Cuma waktu makan dia je kita nak kena paham.
Gewang Pilihan
Tiada istilah gewang ‘killer’. Mahal ke murah ikan bukan tau pun. Cuma kita je yang nak kena paham apa yang ikan nak makan masa tu. Warna, bentuk dan jenis teknik. Itu semua caster sendiri yang kena pelbagaikan. Jangan malas tukar gewang.
Cara karauan pun memainkan peranan. Bukan baling tarik je. Pelbagaikan cara. Karau laju ke, jerk atau karau henti, lepas tu karau balik. Ikan follow gewang tapi tak nak ambik itu perkara biasa. Masa tu kita kena ubah cara karauan dan pelbagaikan teknik sampai la ikan tu tergoda. Yang penting kena rajin dan jangan cepat putus asa.
Set Pancing
Bila menebing di laut ni saya suka pakai rod, reel, tali dan perambut kasar.Sebabnya saya sayang ikan dan gewang. Rugi kalau tali putus ikan terlepas. Ikan sedap pulak tu. Memang boleh nak pakai set kecik tapi pastikan dulu kawasan di sekeliling.
Cari tempat yang airnya dalam, tiada batu-batu timbul. Barulah boleh layan kalau kena ikan besar. Perambut 100% flurocarbon juga penting. Mahal sikit takpe asalkan lasak dan ikan pun tak berapa nampak.
Keselamatan
Pastikan kasut sesuai. Hand glove penting untuk lindung tapak tangan masa nak panjat batu. Dan jangan tinggal kawan. Pastikan sentiasa berteman dan jangan terlalu teruja. Bila berteman macam manfaat boleh dapat. Mana la tau terjatuh ke apa ke… ada la member yang boleh bantu. Kalau dapat hasil pun member boleh ambilkan gambar.
Esok ada trip, malamnya tak boleh nak tidur. Itu situasi normal. Tak perlu la terlalu beria sangat. Rehat tu penting. Bila tak cukup tidur tu yang jadi mental. Gewang sangkut marah batu, tali kusut marah tali, member dapat ikan pun muka ketat je. Bila dah macam tu hilang la keseronokan.
Percaya Pada Rezeki
Bila dah cuba sedaya upaya tapi masih kumpau anggap saja tak ada rezeki sebab rezeki tu Tuhan yang tentukan. Orang memancing di kolam berbayar pun kekadang kumpau sedangkan dalam tu dah terang-terang banyak ikan. Dan kalau ada rezeki lebih tu bagi la sikit kat member yang kumpau. Pergi sama-sama apa salah hasil bagi sikit sorang. Barulah datang seronoknya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...